“Jangan minta yang kecil, kepada Dia yang Maha Besar.”
Ada yg ngetik ini di threads kemarin.
Terus langsung inget kalo besok hari Arafah. Hari dimana bukan malaikat, tapi Allah yang turun langsung ke bumi.
Maka dari itu, berdo’a lah se-banyak dan se-mustahil mungkin.
Manfaatkan momen hari arafah ini dengan se baik-baik nya🫶
Ini ada list do’a yg bisa kalian baca, incase bingung mau do’a apa😅
Comel je tengok white blood cell ni bergerak sana sini nak cari pathogen to protect our body. Sebab tu jaga kesihatan tu sunnah. 24/7 Allah jaga body kita, tak kan kita sendiri takleh nak jaga. Makan minum berada. Exercise la sekali sekala. As simple as that
Bismillah… mempersembahkan, inilah cover EDISI ISTIMEWA Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan! 🥹🤩😍
Saat ini, generasi baru terutamanya, melalui cabaran untuk membuat pilihan dalam keadaan pengaruh social media yang besar. Antara dilema itu ialah persoalan untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi atau tidak.
Maka saya harap, karya ini serba sedikit dapat mencelah dan ‘memberi pendapat’ kepada golongan muda akan topik ilmu.
Buku ini BUKAN kisah kejayaan. Tapi kisah perjalanan. Kesungguhan, ikhtiar bangun setelah jatuh, kepentingan menuntut ilmu, belajar kerana Allah, jaga agama di mana sahaja kita berada, mengejar cita-cita, mencari hikmah dalam ketentuan, & macam-macam lagi.
Untuk edisi istimewa ini, saya gali phone lama untuk extract beberapa gambar ‘behind the scenes’ yang menjadi inspirasi penulisan ini. Kemudian, kita gabungkan cantik-cantik 2 buku Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan!
Selain daripada cover yang dilukis menggambarkan moment-moment dalam buku, khas untuk 10,000 pertama, saya lukiskan sprayed edges yang bersambung! FREE gold stamping book jacket! FREE bookmark! Harga promosi!
Kalian boleh hadiahkan untuk adik atau anak buah yang lebih muda juga! InsyaAllah, ia sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Dahlah kalini banyak hadiah, ia lagi murah daripada beli Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan asing-asing!
Kita buka 10,000 unit untuk pre-order kali ini! Jangan risau, banyak 🥹.
ESOK, Jumaat (1 Mei), 9 malam! Kalau berminat, kalian bolehlah set reminder!
Akan ada 3 ‘pasangan’ keluaran khas kali ini!
📦 (RM30) Komik Pelukis Jalanan + Book Badge Pelukis Jalanan
📦 (RM 53) Edisi Istimewa Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan + Book Badge Arkitek Jalanan
📦 (RM ?) Empayar 4 + Book Badge Empayar 4
Kalian akan dapat DISKAUN BERGANDA jika beli combo ketiga-tiga pasangan sekaligus!
Link pembelian akan diberikan kemudian.
Esok, beberapa jam sebelum pre-order, saya akan reveal cover Empayar 4 & harga promosi ketiga-tiganya pulak!
‘JUMPA’ ESOKKK!
And terima kasih sangat-sangat sebab sudi menerima kehadiran karya-karya saya selama 10 tahun ni 🥹💕
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Bismillah… mempersembahkan, inilah cover untuk Komik Pelukis Jalanan! 🥹🤩😍
Bermula dengan catatan peribadi yang saya tulis sekadar untuk kenangan hari tua, berkembang menjadi manuskrip yang pernah saya sendiri ‘buang’, sehinggalah menjadi sebuah novel yang tidak dijangka bestseller. Kini….. ‘Pelukis Jalanan’ dalam versi komik! 🥹💕
Alhamdulillah, semuanya ketentuan Allah. Saya hanyalah hamba Allah yang diuji dengan tanggungjawab penulisan.
Segan sebenarnya bila kisah sendiri dikomikkan ni. Hahaha!
Tapi takpalah. Moga-moga cerita ini jadi peneman, terutamanya untuk generasi muda yang perlu menempuh cabaran tidak nampak kepentingan belajar tinggi pada akhir-akhir ini.
Komik ini, menceritakan tentang kesungguhan, kepentingan menuntut ilmu, menjaga agama, menyantuni pendapat orang tua, dan macam-macam lagi.
Selalunya, saya tak sabar nak beri kalian baca karya baru saya. Tapi kali ini, segan. Segan banyak hahaha!
Apa-apa pun, insyaAllah pre-order akan dibuka 3 HARI LAGI! Akan ada 3 ‘pasangan’ keluaran khas kali ini!
📦 (RM30) Komik Pelukis Jalanan + Book Badge Pelukis Jalanan
📦 (RM ?) Edisi Istimewa Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan + Book Badge Arkitek Jalanan
📦 (RM ?) Empayar 4 + Book Badge Empayar 4
Link pembelian akan diberikan kemudian.
Kalian akan dapat DISKAUN BERGANDA jika beli combo ketiga-tiga pasangan sekaligus! Potongan harganya melebihi nilai FREE 3 BOOK BADGE!
Jangan risau, tak perlu terkejar-kejar, limitnya banyak iaitu 10,000 units walaupun ada 3 keluaran khas!
Silap-silap, sampai PBAKL nanti pun ada banyak lagi baki!
Kalau berminat, kalian boleh set reminder pada 1 Mei, Jumaat, 9 malam. Akan ada 3 keluaran khas sempena 10 tahun, dengan pakej, ciri-ciri, harga, hadiah, dan items istimewa yang TERHAD hanya untuk pembeli terawal!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level ‘terbakar’ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. 🌹
setiap sholat dan di sujud terakhir aku selalu tambahin do'a:
1. Allahumma inni as'aluka husnul khatimah.
2. Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut.
3. Wa'afiatan fil jasad (Sehat badan)
4. Wabarakatan fir rizqi (Berkah rezeki)
dan alhamdulillah jarang banget sakit.
I know some of you are smiling on the outside, but carrying waves of emotion & disappointment within.
It’s okay. You’re allowed to feel that way. Just don’t let one moment define your worth or limit what you can become.
Effort doesn’t always show in results, but it is never wasted.
This moment doesn’t define your future. What you do next will.
You’re not behind your target. You’re on a different path. And sometimes, paths that feel uncertain lead to the most meaningful places. 🌹