PPS Kg Padang Kiambang Segamat yg terputus hubungan. Tq @MarkasATM kerana membantu memudahkan urusan menghantar bantuan. Tq @onnhafiz atas bantun dr SV.
Buat seluruh Bangsa Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku bermula 26 hingga 29 Disember 2025, melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Kerajaan Negeri Johor melalui agensi-agensi berkaitan juga akan terus memantau situasi ini secara rapi dan berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan keselamatan serta kebajikan Bangsa Johor sentiasa terpelihara.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar negeri Johor terus dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah, serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Assalamualaikum WBT dan Salam Jumaat Semua.😊
Semoga Johor sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan. ❤️💙
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Pagi ini, kita menerima perkhabaran duka mengenai pemergian seorang tokoh agama yang amat dihormati di negara ini, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, bekas Imam Besar Masjid Negara.
Pemergian Allahyarham meninggalkan kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia. Sepanjang hayatnya, Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, tetapi juga sebagai seorang pendidik, mursyid dan tokoh al-Quran yang mencurahkan ilmunya tanpa jemu. Khidmat beliau sebagai hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa turut mengangkat martabat negara di mata dunia.
Allahyarham adalah insan yang lembut tutur katanya, tinggi ilmunya dan besar jasanya dalam memartabatkan al-Quran, ilmu dan dakwah. Keperibadian beliau akan kekal menjadi contoh sepanjang zaman.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
Buat seluruh Bangsa Johor, MET Malaysia telah memaklumkan perkembangan cuaca yang melibatkan amaran hujan berterusan (Waspada) serta angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan negara termasuk perairan terlibat di negeri Johor.
Berdasarkan laporan terkini, hujan berterusan dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru bermula 7 hingga 8 Disember 2025, manakala angin kencang kategori pertama turut melibatkan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman dan kawasan sekitarnya dengan ketinggian ombak di antara 2.5 hingga 3.5 meter.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah meningkatkan kesiapsiagaan melalui penyelarasan rapat bersama agensi keselamatan, pemantauan berkala di kawasan rendah dan tebing sungai, serta persiapan aset di lokasi strategik bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku peningkatan paras air atau keadaan laut yang membahayakan.
Saya menasihatkan seluruh Bangsa Johor untuk terus berwaspada dengan keadaan cuaca dan laut, mengelakkan aktiviti rekreasi di kawasan pantai dan perairan, serta merujuk makluman rasmi daripada PRABN, JPS dan MET Malaysia dari semasa ke semasa. Sekiranya diminta berpindah oleh pihak berkuasa, utamakan keselamatan keluarga dan pastikan anda bertindak segera!
Marilah kita terus berdoa kepada agar negeri Johor terus dijauhkan daripada sebarang musibah, dan mempermudah segala urusan kita sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan “Bangsa Johor Sejahtera” bakal dibentangkan dengan tumpuan kepada Agenda Maju Johor 2030 melalui enam teras utama yang memacu kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
Belanjawan kali ini memberi penekanan menyeluruh terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor. Selain merancakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan serta memperkukuh pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur strategik, pelbagai insentif baharu turut diperkenalkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat.
Pembentangan ini bukan sekadar sebuah belanjawan, tetapi mencerminkan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang menyeluruh sebagai manifestasi Kerajaan Negeri untuk membina masa depan Johor yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan.
Ayuh sama-sama saksikan pembentangan Belanjawan Johor 2026 dengan tema "Bangsa Johor Sejahtera" pada 13 November 2025, jam 9.30 pagi, secara langsung di laman Facebook Onn Hafiz Ghazi.
Bersama kita terus melangkah, memperkasa Johor menuju negeri maju, makmur dan sejahtera. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #BelanjawanJohor2026 #BangsaJohorSejahtera
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Dato’ Saripah Aminah binti Syed Mohamed, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga Wanita UMNO, tetapi juga kepada seluruh warga parti dan masyarakat yang mengenali beliau sebagai seorang pejuang gigih dalam memperjuangkan peranan wanita, keluarga dan pembangunan komuniti.
Saya dan seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikan serta bakti yang telah beliau curahkan dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin.
أَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Al-Fatihah.
Kepada Allah kita berserah.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Kampung Sungai Danga, Johor Bahru. Kemudian kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Saiful Syahir bin Mohamad Sopah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Tazkirah menyentuh tentang persiapan menghadapi kiamat. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Bilakah berlakunya kiamat?” Baginda menjawab dengan bertanya kembali: “Apakah persiapan yang telah engkau lakukan?” Yang utama bukanlah mengetahui waktunya, tetapi mempersiapkan hati dan amal soleh.
Firman Allah SWT:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang kamu sanggupi…” (al-Anfal: 60). Ayat ini mengingatkan kita bahawa persiapan bukan sahaja untuk dunia, tetapi lebih penting bagi kehidupan akhirat.
Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW. Hadith al-Bukhari menegaskan, sesiapa yang benar-benar mencintai Allah SWT dan Nabi, maka dia akan bersama Baginda di akhirat kelak. Marilah kita menzahirkan cinta ini dengan amal kebajikan dan memperkukuh iman kerana itulah tanda kasih sebenar kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah SWT, dikurniakan kekuatan untuk istiqamah dalam iman dan amal serta dipermudahkan perjalanan hidup hingga bertemu Allah SWT dalam husnul khatimah. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #SemarakSubuhJohor #GengSubuhMacamJumaat #RapatkanSaf
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi Semua! 😊
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa didalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
#semaraksubuhjohor
Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor berkesempatan mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram (RKKMUT), Johor.
RKKMUT kini menempatkan kanak-kanak perempuan berusia antara 1 hari hingga 18 tahun yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Bahagian V). Dengan kapasiti maksimum seramai 30 orang, pusat ini memainkan peranan dalam memberi perlindungan sementara dan menyediakan persekitaran selamat serta kondusif bagi pertumbuhan emosi dan fizikal kanak-kanak.
Selain meneliti fasiliti, saya turut meninjau keperluan bagi menaik taraf kemudahan asas seperti ruang tidur, tandas, surau serta taman permainan. Inisiatif penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan lagi keselesaan penghuni dan kecekapan pengurusan RKKMUT.
Dalam lawatan ini, saya turut melihat tapak projek pembaikan cerun di kawasan RKKMUT. Projek ini bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar serta mengelakkan risiko kejadian tanah runtuh yang boleh menjejaskan keselamatan penghuni. Kerja-kerja pembaikan telah diarahkan dan perlu dilaksanakan segera, mengikut jadual dan mematuhi spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan.
Saya percaya ini adalah amanah yang perlu dipikul bersama. Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan setiap kanak-kanak di bawah jagaan Negeri Johor menerima perlindungan sewajarnya serta peluang yang adil untuk membina masa depan yang lebih cerah. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #JohorPrihatin
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Yang Terutama (TYT) Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura, atas kesudian menerima kehadiran saya dan delegasi Kerajaan Johor di The Istana. Pertemuan ini bukan sekadar simbol hubungan akrab dua negara berjiran, malah mencerminkan tekad bersama untuk membawa kerjasama Johor–Singapura ke tahap yang lebih strategik dan holistik.
Dalam sesi perbincangan, saya telah berkongsi kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) termasuk penubuhan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) yang kini menjadi pemudah cara utama pelaburan dan penyelarasan dasar. Sehingga kini, Johor telah menerima lebih 577 pertanyaan pelaburan, dengan 70 pelabur menunjukkan minat serius termasuk 11 syarikat yang dirujuk terus oleh agensi pelaburan Singapura.
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, saya telah mengutarakan cadangan strategik termasuk menghubungkan Tuas ke Iskandar Puteri melalui sistem RTS2.
Selain itu, saya juga berbesar hati berkongsi prestasi memberangsangkan Johor dalam suku pertama tahun ini, termasuk pelaburan mencecah RM30.1 bilion. Johor juga mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.4%, yang tertinggi di Malaysia, sekaligus membuktikan keyakinan pelabur terhadap Johor sebagai destinasi pelaburan yang kukuh, stabil dan strategik.
Perdana Menteri Singapura menyambut baik kemajuan JS-SEZ, serta turut berkongsi pandangan positif mengenai potensi kerjasama yang lebih luas merangkumi sektor tenaga, logistik serantau dan pengukuhan hubungan dua hala antara Johor dan Singapura. Beliau turut menghargai usaha berterusan Johor dalam memastikan pasaran buruh yang adil dan berdaya saing, di samping menyatakan keterbukaan untuk meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan secara konstruktif.
Secara keseluruhan, perbincangan ini amat positif dan saya yakin pertemuan ini membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala Johor–Singapura. Semoga segala yang dibincangkan ini dapat dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua buah negara. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #LKYEF
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah saya ucapkan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (Along) atas pemergian ibunda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi.
Sesungguhnya, pemergian seorang ibu adalah satu kehilangan yang tiada gantinya. Saya sempat menziarahi Allahyarhamah dan mengiringi perjalanan terakhirnya di Kota Damansara malam tadi. Di saat ini, doa seluruh keluarga besar UMNO bersamamu, Along.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Buat Along dan sekeluarga, semoga terus tabah dan kuat dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Teruskan berdoa, kerana kasih dan doa seorang anak yang tidak pernah putus akan terus mengiringi roh ibunda dalam doa dan amal jariah yang berpanjangan. Insya-Allah.
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Al-Fatihah.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan mengiringi YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segamat yang berlangsung di Dewan Muafakat Taman Yayasan, Segamat.
UMNO lahir di Istana Besar Johor, berlandaskan perjuangan suci demi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Maka, setiap kemenangan, jawatan dan mandat yang diberi harus diterjemahkan melalui perkhidmatan yang tulus dan terbaik kepada rakyat.
Tahniah diucapkan kepada YB Dato' Zahari bin Sarip, Ketua UMNO Bahagian Segamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, serta seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Segamat atas komitmen dan kesungguhan memperjuangkan nasib rakyat, khususnya di Segamat.
Saya menyeru kepada seluruh ahli UMNO Johor untuk terus bersatu, berpandangan jauh dan bermuafakat dalam mempertahankan wadah perjuangan ini. Negeri Johor, sebagai tempat kelahiran UMNO, mesti terus menjadi benteng kukuh parti keramat ini.
Saya berharap UMNO akan kekal sebagai platform perjuangan yang utuh dan relevan dalam membawa suara rakyat, mempertahankan maruah bangsa dan menempuh cabaran politik dengan jati diri dan semangat yang tidak luntur. Semoga segala usaha kita sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #UMNOJohor
#UMNODuluKiniDanSelamanya
𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
Menerima satu lagi khabar duka hari ini mengenai pemergian seorang tokoh yang sangat saya hormati, Tan Sri Dato’ Dr. M. Thambirajah, pengasas Sri Murugan Centre (SMC).
Bagi saya secara peribadi, beliau bukan sekadar seorang pendidik, malah mentor, guru dan pensyarah semasa saya menuntut di Universiti Malaya. Hubungan kami amat akrab, dan kami berkongsi tekad yang sama bahawa pendidikan ialah pemangkin utama perubahan sosial.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam perjuangan memartabatkan pendidikan masyarakat India. Namun, legasi beliau akan terus hidup dalam setiap pelajar yang berjaya, setiap keluarga yang terbela martabatnya, dan setiap nilai yang disemai melalui SMC.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga mendiang serta warga Sri Murugan Centre. Segala jasa dan pengorbanan beliau akan terus dikenang dan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyempurnakan penyampaian Notis 5A Permohonan Memperbaharui Tempoh Pajakan Tanah kepada tujuh (7) penduduk di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Langkah ini bukan sekadar penyerahan dokumen, tetapi bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam mempertahankan hak dan kepentingan rakyat, khususnya komuniti asal yang telah sekian lama menetap dan menyumbang kepada pembangunan kawasan ini.
Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa status pajakan bukanlah penafian hak milik. Sebaliknya, ia merupakan bentuk pemilikan yang sah di sisi undang-undang dan tetap menjamin kepentingan pemilik tanah. Setiap permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan dinilai dan dipertimbangkan secara telus dan adil.
Di saat Johor sedang melangkah ke hadapan dengan pelbagai agenda pembangunan dan pengukuhan ekonomi negeri, Kerajaan Negeri tidak pernah dan tidak akan sesekali membiarkan keresahan rakyat berlarutan. Kami mendengar dan mengambil tindakan terhadap kebimbangan yang timbul berkaitan status tanah Kampung Melayu Majidee. Pelbagai langkah sedang dan akan terus dilaksanakan agar komuniti ini terus terbela dan tidak terpinggir dalam arus kemajuan.
Justeru, Kerajaan Negeri menyeru agar isu ini tidak dipolitikkan atau diputar belit oleh mana-mana pihak. Kerajaan Negeri juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan kegusaran rakyat, menggugat keharmonian, atau membakar sentimen perkauman.
Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan negeri demi masa depan Bangsa Johor yang lebih gemilang. Semoga segala usaha ini menjadi bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa peka dan tidak akan mengabaikan hak serta kepentingan rakyat. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Insentif Khemah Kepada Usahawan Mikro Bagi Tahun 2025 di Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti.
Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah mengagihkan sebanyak 6,000 unit khemah kepada penjaja dan usahawan kecil di seluruh Johor, merangkumi 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sebagai usaha memperkasa ekonomi rakyat melalui sokongan fasiliti niaga yang lebih kondusif.
Pada tahun 2024, sebanyak 2,000 unit khemah telah berjaya diagihkan kepada para usahawan mikro. Memasuki tahun 2025, jumlah tersebut mencatat peningkatan membanggakan sebanyak tiga kali ganda. Peningkatan ini jelas mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri Johor dalam memperluas manfaat kepada rakyat, membela kebajikan peniaga kecil, serta memperkukuh sektor ekonomi mikro di negeri ini.
Khemah yang disediakan bukan sekadar alat berniaga, tetapi simbol sokongan kerajaan kepada pengusaha kecil yang berjuang gigih demi kelangsungan hidup dan kelestarian ekonomi tempatan. Ia juga memperlihatkan kesungguhan kita dalam mempertingkat imej dan standard pasar malam serta penjaja kecil, agar terus relevan dalam landskap ekonomi semasa dan masa depan.
Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi mikro yang lebih dinamik, seterusnya menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup rakyat Johor secara holistik, merentas bandar, desa dan kampung. Kerajaan Negeri akan terus komited untuk menyediakan dasar yang mendokong aspirasi usahawan kecil dan sederhana di negeri ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik anak-anak Bangsa Johor.
Terima kasih atas segala dedikasi, inspirasi, dan usaha tidak pernah berbelah bagi dalam membentuk masa depan yang lebih cerah bagi generasi mendatang.
Semoga Allah SWT terus memberkati para pendidik dengan kesihatan, kekuatan dan semangat untuk terus menginspirasikan para pelajar dalam membina Johor dan Malaysia sebagai bangsa berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Insya-Allah.
TERIMA KASIH CIKGU!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor