𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗜𝗞
Baru-baru ini, ada kawan-kawan yang panjangkan satu tulisan panjang mengenai saya oleh seorang bekas cikgu saya.
Boleh dibaca di sini:
https://t.co/z0KwRyrMme
Saya panggil cikgu saya ni Smash. Bukan sebab dia hebat smash main badminton.
Namanya Syed Mohd Azhan Syed Hassan, jadi initial dia memang SMASH.
Mula-mula kenal di akhir saya tingkatan satu dan rapat sejak dari saya tingkatan dua. Pernah sama-sama belajar di universiti yang sama.
Walaupun kami panggil dia cikgu sampai sekarang, dia sebenarnya sangat terpelajar.
Ijazah dari UPM, sarjana dari University of Leeds dan PhD dari University of Manchester. Sebenarnya panggil yang sewajarnya ialah Dr Syed Mohd Azhan Syed Azhan.
PhD dia dalam Language Engineering, so masa kami terkial-kial belajar programming, dia pun dah pandai programming ha3.
Beliau pernah menjadi pensyarah di USM dan tulang belakang penubuhan sebuah universiti di Yaman (sebelum perang tercetus).
Selepas bersara, beliau terus mengajar di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, walaupun kerjaya sebelum itu di unversiti (bukan sekolah).
Sekarang, Cikgu Smash bersara dan mengusahakan sebuah chalet percutian unik di Kampung Kati, Kuala Kangsar.
Dekat sini ada chalet-chalet bertemakan Hobbit, rumah-rumah Belanda dan macam-macam lagi. Ada kincir angin lagi yang menjana elektrik sendiri.
Tak percaya, tengok video dan gambar:
https://t.co/UXGjCJeAcr
https://t.co/q0CHz5uFQH
Saya tanya dia sapa kontraktor yang design dan buat kincir angin dan design semua ni.
Dia kata dia belajar dari YouTube.
Kalau datang dari orang lain, saya sinis.
Tapi sebab dari SMASH, saya tahu dia memang jenis macam itu. Dia tidak pernah berhenti belajar dan mahu mencuba. Dia jadi guru yang baik sebab dia memang suka berkongsi ilmu dan pengalaman.
Dari hubungan anak murid-guru, selepas 36 tahun kami sudah menjadi sahabat dan keluarga.
Kita dipengaruhi oleh pengalaman yang kita lalui sepanjang kita hidup, terutamanya guru-guru yang kita jumpa.
Banyak yang saya belajar dari SMASH.
Contoh-contoh terbaik ialah dia tidak pernah berhenti belajar dan mengajar. Dia juga tidak ambil pot pandangan orang mengenai idea-idea pelik dia. Kalau dia buat sesuatu, dia buat giler-giler, sebab tu ada taman tema mini di tengah-tengah Kampung Kati.
Paling penting, dia tidak pernah mengejar pangkat, kedudukan atau harta. Orang seperti SMASH, dengan kelayakan, pendidikan dan pengalaman, dah boleh jadi pemimpin organisasi yang tinggi.
Tapi dia selesa menjadi pesara di kampung menyediakan sedikit peluang pekerjaan kepada anak-anak muda tempatan.
Setiap guru mesti mengajar kita sesuatu.
Guru-guru yang baik mengajar kita ilmu yang jadi pedoman dan mempengaruhi nilai-nilai hidup kita.
Guru-guru yang kita kurang suka sebab perangai mereka atau sebab-sebab tertentu, mereka juga banyak mengajar kita secara tidak langsung. Mereka mengajar kita menjauhi perangai atau nilai yang tidak baik itu.
Sebab itu saya kata, tidak ada guru yang tidak baik!
Selamat Hari Guru! (terutamanya kepada kakak saya, seorang guru yang mengabdikan hidupnya mendidik kanak-kanak istimewa).
Agak sukar untuk kita fahami strategi beliau. Yang baik seperti Dr Zaliha, Steven Sim ditukar.
Yang tak perfom kekal. Ada pula yang tak perfom dapat tugas kritikal contohnya Adam Adli, dilantik jadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Hal sepenting pendidikan dibuat mainan.
Kepada yang tak minat ambil tahu, penyu adalah pemangsa utama obor-obor.
Kita adalah khalifah di bumi, jaga bumi ni dan semua di dalam nya.
Kredit: Oh Ya
Just because YB Nik suarakan pendapat beliau, tiba² legasinya hanya baju batik? ASEAN Power Grid, NETR, EQA 2024, REE framework, semua ni, jasa beliau. Semua ini, akan menguntungkan negara in future. Being ignorant is not something to be celebrated. Banyakkanlah membaca.
MALAYSIA SEDANG GEGARKAN INDUSTRI MINYAK DAN GAS DUNIA
Ramai tak tahu Industri Minyak dan Gas Malaysia catat beberapa kejayaan besar yang menggemparkan Industri Minyak dan Gas dunia dalam beberapa bulan terakhir ini. Antara kejayaan itu ialah
1) Malaysia bakal menjadi antara pengeluar minyak kapal terbang hijau dari minyak terpakai terbesar di dunia atau lebih dikenali sebagai Minyak Penerbangan Mampan (SAF).
Kedua dua pengeluar terbesar ialah di Johor iaitu Loji Penapisan Minyak dan Gas Petronas Biorefinery di Pengerang di kedudukan ketiga dunia dengan 650,000 Tan minyak dan Loji Penapisan Minyak Ecoceres di Pasir Gudang yang menghasilkan 220,000 Tan minyak SAF. Loji ini di kedudukan keenam dunia. Kedua dua loji ini akan hasilkan 760 peluang pekerjaan dengan kepakaran tinggi yang baru dan 1 Juta Tan minyak SAF akan dikeluarkan
2) Petronas dan ENI Itali bekerjasama dalam projek RM 70 Bilion untuk menguruskan dan membangunkan 14 aset minyak dan gas di Indonesia dan 5 di Malaysia. Projek ini bertujuan memastikan 19 aset itu mampu keluarkan 500,000 tong minyak sehari dan menambah simpanan minyak sebanyak 10 Bilion tong
3) Malaysia diberi penghormatan menyimpan dua kapal pelantar minyak terbesar dunia iaitu Valaris MS-1 dan DPS-1 selepas projek tamat di Australia
4) 3 Projek utama Malaysia iaitu Loji Penapisan Minyak dan Gas Pengerang, Loji Penapisan Minyak Ecoceres Pasir Gudang dan Loji SAF SEDC Energy Sarawak akan meletakkan Malaysia sebagai antara pemimpin Tenaga Hijau dunia
5) Malaysia akan membelanjakan 10 Bilion USD menjelang 2035 untuk meletakkan Malaysia sebagai pemimpin sektor tenaga dan pengeluar gas LNG Asia dan ASEAN termasuk menewaskan Singapura
6) Malaysia akan menjadi Ketua Tenaga Bersih ASEAN dengan pengumuman projek khas Penangkapan Karbon CCS dan BioFuel yang akan memberikan 15,000 peluang pekerjaan baru dengan kepakaran tinggi
7) Malaysia kini mengoperasikan atau membina 7 daripada 10 Projek Minyak dan Gas terbesar di ASEAN. 6 daripadanya di Malaysia dan 1 di Indonesia iaitu Medan Hidayah dengan Petronas sebagai operator utama. Pelaburan keseluruhannya RM 12 Bilion dan membuka peluang pekerjaan kepada 8,000 orang dan menaikkan seluruh industri dan syarikat syarikat PKS Minyak dan Gas Malaysia
8) Malaysia melalui Petronas sudah kuasai 10 Blok minyak dan gas di Suriname berkeluasan 5,456 kilometer persegi di luar Pesisir Laut Suriname. Kawasan lembangan minyak dan gas mempunyai simpanan minyak sebanyak 11 Bilion Tong
Sijil halal xde dalam syariat. Dlm Islam, jika kita tak nampak tanda² haram, sebutlah saja bismillah dan makan lah. Nabi s.a.w pun x byk songeh bila dijamu kambing panggang oleh wanita Yahudi.
Gerai Melayu Islam byk je x apply sijil halal, kita melahap juga.
This has always been Malaysia’s way.
Anyone who comes here is treated as a guest, no matter how much we may dislike them.
At the same time, we use every channel available to voice our disagreement.
This applies to Palestine, as well as lesser-mentioned issues like the Rohingya and Uyghurs.
Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, PU Rahmat dan Zizi Kirana memberi respon terhadap kehadiran Presiden Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN.
Bagi mereka, protes terhadap dasar pro-Israel wajar diteruskan, namun dengan cara yang matang, berstrategi dan berteraskan solidariti kemanusiaan. PU Rahmat juga menegaskan pentingnya keseimbangan antara prinsip dan kepentingan negara, manakala Zizi menyeru agar rakyat mengekalkan semangat “sumud” tegas, berani, tapi tetap beradab.
Video penuh: https://t.co/PjjmS7JHSC
#malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #ExplainSikitKini #PURahmat #ZiziKirana #respon #Presiden #DonaldTrump #Malaysia #SidangKemuncakASEAN #protes #proIsrael #matang #berstrategi #solidariti #kemanusiaan #keseimbangan #prinsip #kepentingannegara #sumud #tegas #berani #beradab
Bak kata @AymanRashdanW, kita ada dua pilihan:
1. Layan dia macam penjenayah perang. Turun kapal terbang je, kita bagi layanan ala kadar. Tak ada karpet merah bagai.
2. Kita buat macam cara kita sambut ketua negara.
Kita kecam Amerika dalam isu Gaza, tapi kita masih ada hubungan diplomatik.
Bentang karpet merah sebahagian daripada protokol menyambut ketua negara asing.
Kalau kita buat cara pertama, kita dapat tonjolkan pendirian kita. Negara lain dan media asing mungkin puji kita untuk beberapa hari.
Tapi kesannya, Trump bad mood dari pagi sampai malam. Trump seorang yg ego. Orang ego tak rasa diri bersalah. Tegur macam mana pun, dia akan rasa orang nak jatuhkan dia, nak rosakkan hidup dia.
Macam-macam cara dia boleh "hukum" Malaysia, malah ASEAN sekali.
Dan adakah negara asing akan tolong kita masa tu?
Kita mungkin rasa puas sebab dapat tonjolkan pendirian, tapi adakah nasib rakyat Gaza akan berubah? Adakah kita dapat persetujuan negara ASEAN lain untuk buat benda itu?
Kalau kita sambut cara kedua, kita buat Trump gembira walaupun tak berprinsip bagi sesetengah orang. Malaysia dan ASEAN nampak cantik di mata dia.
Tak jamin dapat pelbagai manfaat. Tapi paling tidak takkan dapat layanan tak munasabah.
Semua orang tak suka Trump. Tapi kena fikir kepentingan yg lebih besar.