8 Oktober ni keputusan Federal Court terhadap kes DNAA dia.. itu pasal dia koyak semacam sejak semalam.
Sabarlahhh Wakkk...
Memang xde rezeki nak buat camna.
Selembik lembik Muhyiddin dgn Mael Penyu pon dapat jugak naik PM.
JUST IN: BRICS leaders take family photo at the 2026 Summit.
🇨🇳 Xi Jinping
🇷🇺 Vladimir Putin
🇮🇳 Narendra Modi
🇮🇩 Prabowo Subianto
🇮🇷 Masoud Pezeshkian
🇪🇬 Abdel Fattah el-Sisi
🇻🇳 Le Minh Hung
🇿🇦 Cyril Ramaphosa
🇲🇾 Anwar Ibrahim
Honored to extend a warm welcome to the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, during his momentous visit. Strengthening ties of knowledge, culture, and mutual respect.
Berkesempatan sekali lagi bertemu sahabat baik saya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Gandhi, pagi tadi sambil bersarapan.
Pertemuan singkat ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan mutakhir antarabangsa dan serantau.
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Dalam dewan dia nak layan emosi perwakilan, berdegar2 dia berucap. Perli PMX macam2. Seronok la dengar perwakilan sorak dan tepuk tangan. Riuh dewan dgn jeritan "bubar..bubar..bubar.." Dia keluar je dewan, slow je dia bgtahu partinya akan terus bersama "guru' sampai habis penggal. Kahkahkah. Jangan cakap kena paksa pulak mcm MB N9 tu....ha3
Saya kemudian langsung ke Hyderabad House untuk ketemu sahabat, Perdana Menteri @narendramodi. Saya zahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diberikan sejak delegasi Malaysia tiba di New Delhi malam tadi.
Alhamdulillah, kami sepakat untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-India serta memperteguh persahabatan yang berakar daripada sejarah panjang dan hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara.
Bicara kami memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor strategik, khususnya industri semikonduktor. Malaysia dan India memiliki kekuatan yang saling melengkapi dan boleh digembleng melalui kerjasama industri, integrasi rantaian bekalan, pembangunan bakat serta pelaburan dua hala.
Saya juga membangkitkan keperluan untuk memudah cara dan mempercepat kemasukan barangan eksport Malaysia ke pasaran India bagi membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia memanfaatkan potensi pasaran India yang besar dan berkembang pesat.
Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh persahabatan ini yang saling menguntungkan demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇳
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Bodohnya jadi ayah . Walaupun tengah marah sekalipun, janganlah lepaskan geram dekat anak macam tu. Anak tu manusia, ada hati dan ada sakitnya. Kena terajang tu memang sakit weiii.
Threads - _aalifzulfaqar
pm malaysi ketemu putin di india:
- di sela sela jelang ktt brics
- diajak bertemu berdua dan bersalaman dengan Putin gaes
- beda banget dari sikap Putin kepada presiden 58%
KONDISI KALIMANTAN 12 SEPTEMBER 2026‼️
Kabut asap paling parah yang pernah gua liat😭 bahkan kualitas udara aja udah BERBAHAYA
Ya Allah lindungilah saudara2 kami semua yang ada di Kalimantan😭🤲
Berucap di hadapan pimpinan dunia pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini, saya menyampaikan penghargaan Malaysia kepada India atas penganjuran sidang yang amat bertepatan tatkala dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik.
Teknologi berkembang pada kadar yang belum pernah disaksikan, tatkala sebahagian besar negara sedang membangun masih bergelut untuk mencapai kemajuan ekonomi. Terlalu banyak negara dibelenggu hutang sehingga lebih banyak dibelanjakan untuk membayar faedah berbanding berbelanja untuk pendidikan atau kesihatan.
Justeru, sistem pembiayaan antarabangsa perlu lebih adil dan tidak menjerumuskan negara ke dalam hutang yang tidak tertanggung hanya kerana mahu memenuhi keperluan asas rakyat.
Saya turut menekankan keperluan mempercepat inisiatif melalui New Development Bank, memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan serta memanfaatkan potensi besar pasaran modal Islam.
Negara-negara BRICS juga harus berganding melalui langkah nyata untuk merungkai amalan perdagangan tidak adil, berkongsi pengalaman pembangunan serta memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan.
Peralihan hijau mesti mengambil kira realiti dan tahap pembangunan setiap negara kerana tidak semua mampu bergerak pada kadar atau melalui jalan yang sama. BRICS memiliki kelebihan geoekonomi menerusi pasarannya yang luas, sekali gus membuka ruang mempelbagaikan perdagangan, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional Barat serta menjana kemakmuran bersama.
Namun, kita tidak boleh berbicara tentang pertumbuhan terangkum selagi peperangan terus melonjakkan harga tenaga dan mengancam laluan laut yang menjadi nadi ekonomi dunia. Pencerobohan Israel di Asia Barat turut menyebabkan negara-negara yang tidak terlibat dalam peperangan ini menanggung akibat melalui inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Pendirian Malaysia jelas: kedaulatan mesti dihormati, orang awam dilindungi dan laluan utama ekonomi dunia tidak boleh dijadikan medan pertempuran.
Malaysia percaya BRICS mesti berani menyatakan pendirian bahawa pendudukan haram, penjajahan serta keganasan tidak boleh terus dibiarkan, dan setiap nyawa manusia wajib dipertahankan tanpa mengira di mana mereka berada.
Bagi Malaysia, autonomi strategik bererti kebebasan menentukan haluan serta keberanian mempertahankan pendirian tatkala diuji. Sebagai Negara Rakan BRICS, Malaysia bersedia menyumbang dengan semangat ini.
=====
Addressed the 18th BRICS Summit in New Delhi today, where I conveyed Malaysia’s appreciation to India for convening this timely session amid profound shifts in the global economic and geopolitical landscape.
We meet at a moment of great contradiction. Technology has rarely advanced faster, yet for much of the developing world, economic uplift remains remote. Too many countries are in debt distress or at serious risk of it, while far too many people live in countries where more is spent on interest than on teaching the young or tending the sick.
No nation should be forced to choose between honouring its debts and honouring its obligations to its people. Financing must therefore be fit for purpose, ensuring that meeting basic needs and providing public goods do not leave countries carrying debts they cannot sustain. Commercial capital also has an important role, provided it is deployed on sound and sustainable terms.
I stressed the need to advance initiatives through the New Development Bank, mechanisms for local currency settlements and the immense potential of Islamic capital markets. We must also act jointly through concrete measures to dismantle unfair trading practices, share our development experience and strengthen technical cooperation and training in emerging fields, including semiconductors and artificial intelligence.
(Full statement on Anwar Ibrahim’s Facebook page)
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Memulakan pagi ini di New Delhi dengan bertemu Presiden Republik Islam Iran, Dr Masoud Pezeshkian bagi memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Iran serta membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
Dalam pertemuan ini, saya menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berlarutan serta ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat. Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan yang boleh memburukkan keadaan, kembali ke meja rundingan serta mengutamakan dialog dan diplomasi bagi menyelesaikan pertikaian secara aman.
Malaysia berpendirian bahawa kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz perlu terus dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa. Sebarang gangguan akan membawa kesan besar terhadap keselamatan tenaga, perdagangan dan ekonomi dunia.
Kami turut meneroka usaha memperluas perdagangan dan pelaburan Malaysia-Iran, khususnya dalam sektor tenaga, pertanian, minyak sawit, keterjaminan makanan, industri halal, teknologi dan pendidikan tinggi.
Usai mesyuarat dua hala, saya dan Dr Masoud sempat berbicara secara empat mata. Insya-Allah Malaysia sedia menterjemahkan hubungan persahabatan ini kepada kerjasama yang lebih bermakna dan berterusan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇷
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Bak kata pepatah lama, "seperti anjing menyalak bukit".
Punya kuat dia menyalak bagai anjing gila tapi bukit tak runtuh2 juga.
Last2 pusing dan akhirnya duduk jugak menempek kat kaki bukit tu tunggu guru bagi makan.
Mmg betul2 sarkis laaa Zahid dan UMNO nih
Guru PM @anwaribrahim selamat tiba di Kerala, utk bertemu Grand Mufti of India, Sheikh AbuBakr Ahmad, di institusi Islam Jamia Markaz.
Semoga perjalanan cinta ilmu ini dipermudahkan dan mendapat roestu bumi.
Guru Bekerja.
Kredit Amir Haziq PMO (video not music).
DJ Ular cakap ini ialah Perdana Menteri Malaysia ‘sedang menunggu’.
Akhirnya, dapat juga kita merasa ada PM macam Prabowo. Barulah Malaysia - Indonesia serumpun 😆
Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misi diplomasi bersama Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.
Steady Guru
Teruskan Guru 🙂