Burung merpati terbang sekawan,
Datang kenari iring ke selat,
LRT laluan Shah Alam kini dilancarkan,
30 hari tambang percuma dinikmati rakyat.
#YakinMADANI
Alhamdulillah di Bintulu tadi, saya telah umumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai ini. Penurunan harga diesel ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara melalui penggunaan MyKad.
Tatkala dunia masih bergelut dengan krisis bekalan global, Kerajaan MADANI memilih untuk memastikan hasil reformasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara dipulangkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi ini, di samping mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter.
Insya-Allah, Menteri Kewangan II akan memaklumkan perincian mengenai pelaksanaan subsidi diesel ini esok.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Johor DAP chairperson Teo Nie Ching revealed that the party had planned to move Skudai assemblyperson Marina Ibrahim to another urban state seat in the next Johor election.
This follows Marina's announcement yesterday that she would step away from politics after serving one term.
🧵1
Kesemua 14 ADUN UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan sebulat suara menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan kerajaan negeri yang dipimpinnya.
Keputusan diumumkan susulan krisis melibatkan Institusi Adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan.
#AWANInews
NIAT ABANG MINYAK HITAM JALANAN HADIAHKAN MAK UNTUK TUNAI UMRAH TERCAPAI
“Mak, ini tiket umrah untuk mak...”
Kata-kata sederhana ini cukup menyentuh hati. Rezeki menjadi orang baik, niat Sdra. Mohd Yusof Mohd Noor, atau lebih dikenali sebagai “Abang Minyak Hitam Jalanan” untuk ibunya menunaikan ibadah umrah terlunas.
Saya umumkan kejutan pakej umrah untuk dua orang kepada Sdra. Yusof, 31, semasa Sidang Media Aidiladha TVAlhijrah, di Kuala Lumpur.
Penghargaan ini bukan sekadar hadiah buat beliau dan ibunya, tetapi tanda menghargai sifat keprihatinan dan kebaikan yang ditunjukkan beliau. Lebih bermakna, ia menjadi asbab impian yang lama tersimpan - untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama insan tersayang - akhirnya menjadi kenyataan.
Inilah bukti, bila niat baik dijaga kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala, rezeki akan hadir dengan cara yang tidak dijangka. Niat seorang anak yang ingin membahagiakan ibunya kini terlunas, insya-Allah penuh keberkatan.
Sempat juga saya dan Sdra. Yusof menghubungi Sdra. Dicky Yau menerusi panggilan video, memandangkan Sdra. Dicky terikat dengan urusan kerja.
Dalam suasana menjelang kemuncak musim haji 1447H, platform seperti TV AlHijrah terus menjadi jambatan rohani, mendekatkan hati umat Islam dengan Tanah Suci.
Bertemakan “Arafah: Puncak Munajat dan Harapan”, pelbagai pengisian disusun untuk menyentuh jiwa - mengajak kita semua untuk kembali merenung, berdoa dan berharap hanya kepada-Nya.
Fastabiqul khairat!
Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
📸 Hakim (Media YBM HEA)
@beritaalhijrah
8,861 orang memohon menjadi ahli baharu UMNO dalam tempoh tiga hari!
Syukur Alhamdulillah.
Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan selamat datang kepada semua yang telah mendaftar serta memilih untuk bersama perjuangan ini.
Saya juga amat teruja melihat ramai anak muda tampil membantu mempromosikan laluan pendaftaran secara dalam talian ini.
Teruskan usaha mendakap lebih ramai lagi untuk menyertai keluarga besar UMNO ini.
Saya nak tanya, ada yang baru mohon juga dalam tiga hari ini?
#UMNOMilikSemua