==Thread==
Ini sebenarnya cara British ekploitasi ekonomi Tanah Melayu.
Baru-baru ni, Ratu Elizabeth II telah mangkat dan ramai orang daripada seluruh negara menzahirkan simpati atas pemergiannya. Nak dijadikan cerita, ada seorang mamat DJ radio ni bersimpati dengan +
RINGGIT KITA
Saya ambil masa menulis mengenai prestasi ringgit, kerana setiap hari ada je berita baru.
Yang pasti, dinyatakan sejak 2 minggu lalu, prestasi ringgit meningkat, PM kata terbaik dalam 14 tahun.
Ada la yang panas, menidakkan prestasi ringgit. Pada mereka, ringgit jahanam lagi bagus untuk naratif politik.
Betul ke ringgit makin menaik? Ini fakta yang saya jumpa. Diketengah oleh media antarabangsa:
1. Sejak minggu lepas, ringgit makin mengukuh berbanding dolar Amerika, kenaikan selama 11 hari berturut2. Ini merupakan prestasi kenaikan konsisten (โrunsโ) terbaik dalam 14 tahun.
2. Setakat minggu lepas, Ringgit merupakan satu2nya mata wang dalam rantau Asia Pasifik yang mengukuh berbanding dollar Amerika. Landed sampai RM4.49 jua.
***************
Ada yang kata ini perkara biasa lah. Kenapa Kerajaan nak ambil kredit?
Ini fakta yang perlu kita ambil tahu, supaya kita adil bila mengadap propaganda.
1. Kerajaan ini tidak naikkan OPR (Kadar Semalaman) selama 7 kali berturut2. Bertahan pada kadar 3% selama lebih setahun. Menyebabkan Ringgit melemah pada tahun 2023, bila Amerika naikkan interest mereka.
2. Awal tahun ini, Bank Negara and MOF jalankan intervensi, minta agar semua syarikat GLC bawa pulang untung mereka ke dalam negara dalam Ringgit kita. Ini bukan penyebab utama ringgit mengukuh, tapi membantu jua.
3. Reformasi fiskal mengenai subsidi dan juga pelaburan asing teknologi tinggi seperti data centre terbesar di Asia, ini yang menarik minat pelabur, tingkatkan pelaburan di Malaysia. Ini kata Bloomberg ya. Bukan kata saya.
***************
Satu yang paling utama, kena tahu ringgit mengukuh kerana spekulasi Feds Amerika nak turunkan kadar interest. Tu sebab pelabur mencari mata wang lain, Malaysia dapat benefit kerana kita tak turunkan OPR kita ikut Amerika. Tu yang berlambak pelabur cari mata wang kita.
Kita kena tahu juga semalam, pasaran dunia jatuh mengikut pasaran saham Amerika. Dikatakan mereka diambang recession atau kemelesetan ekonomi. Symptom nya pasaran buruh Amerika jatuh merudum.
Dalam kita meraikan kejayaan ringgit kita, harap jangan mendongak ke langit. Takut ringgit terpalit sama bila ekonomi Amerika melemah. Nasib baik rakan dagang kita paling utama ialah China dan Kerajaan ini buat keputusan baik untuk sertai BRICS. Tidak bergantung dengan Amerika.
Kita doakan ringgit kita makin kuat dan utuh, melawan cabaran ekonomi dunia.
Kalau ada set2 yang taknak berdoa, lebih rela ringgit jahanam, kerana taksub benci Kerajaan. Ketahuilah, anda itu sudah masuk kategori bigot politik.
Setia anda bukan kepada negara, setia anda ialah kepada pemimpin atau parti berhala.
Diharapkan anak2 tidak mengikut juga.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Macam mana nak faham maksud defisit dan hutang terkumpul kerajaan dalam bahasa mudah?
Kalau kita tengok, kerajaan sekarang ni fokus turunkan defisit. Tapi hutang terkumpul iaitu RM 1.22 trillion menaik.
Ni contoh mudah:
Ali ada kawan baik bernama Roslan. Roslan ni dia sangat kaya dan ahli perniagaan jutawan.
Ali sebenarnya ada gaji RM 10 ribu sebulan dari perniagaannya. Gaji Ali sebenarnya cukup. Cuma Ali ada masalah urus duit.
Ali suka melancong luar negara dan boros. Setiap bulan Ali belanja lebih dari income dia. Gaji dia RM 10 ribu tapi belanja dia RM 11 ribu
Jadi dia hutang RM 1000 sebulan. Jadi Ali defisit RM 1000 sebulan. Kalau Ali tak ubah cara dia belanja, lepas 12 bulan hutang terkumpul akan jadi RM 12 ribu. Tu belum masuk interest.
Kemudian Ali jumpa Roslan mintak tolong. Dia nak pinjam duit. Roslan bukannya tak nak bagi. Tapi bila dia tengok cara Ali berbelanja dia risau Ali akan jadi lebih teruk.
Roslan cakap dengan Ali. Kalau kau betulkan balik cara kau belanja aku bagi pinjam.
Jadi sejak itu Ali tak ada pilihan. Dia terpaksa buat perubahan berat. Dia dah tak boleh boros. Perubahan ni Ali tak suka. Tapi dia tahu dia mesti kena buat.
Isteri dan anak-anak Ali tak suka. Sebab Ali dah tak boleh bawa mereka melancong ke luar negara bersakan lagi.
Tapi Ali tak ada pilihan. Dia tahu dia kena buat sesuatu untuk kebaikan keluarganya walau mereka tak suka.
Sejak dari tu, Ali cuba baiki cara urus duit dia. Daripada dia hutang (defisit) RM 1000 sebulan, dia turunkan jadi RM 500 sebulan.
Bulan seterusnya Ali turunkan lagi defisit dari RM 500 sebulan kepada RM 300 sebulan. Tapi disebabkan Ali masih lagi defisit setiap bulan, hutang terkumpul Ali sebelum ni iaitu RM 12 ribu akan meningkat.
Cuma, beza di sini ialah kenaikan dalam hutang terkumpul tu jadi perlahan.
Lepas beberapa bulan, Ali jumpa Roslan semula. Ali tunjukkan Roslan dia berjaya ubah cara dia belanja dan jadi lebih baik.
Walau hutang terkumpul Ali meningkat, tapi defisit bulanan Ali menurun. Ini membuktikan Ali ada disiplin dan Roslan mula yakin padanya.
Atas keyakinan ini, Roslan bagi Ali pinjam RM 10 ribu. Dengan wang ni, Ali buat modal perniagaan.
Disebabkan Ali dah berubah menjadi orang yang lebih disiplin, perniagaan Ali berjaya buat untung.
Ali bukan saja boleh bayar hutang Roslan tapi disebabkan perniagaan dia untung, ada pelabur lain yang minat nak labur dalam perniagaan Ali.
Makin ramai pelabur minat labur dalam perniagaan Ali maknanya dia sekarang ada cash injection yang baru dan boleh kembangkan perniagaannya lebih besar.
Ini semua berlaku sebab Ali ada semangat nak berubah. Kalaulah Ali terus dengan defisit RM 1000 tadi, akan sampai satu masa di mana hutang terkumpulnya menjadi terlalu tinggi dan Ali takkan mampu bayar lagi komitmen bulanan.
Bila benda ni berlaku, Ali takkan dapat pinjam dari Roslan dan dia kena pinjam Ah Long. Ali akan terjerumus ke dalam masalah hutang lebih teruk lagi.
Nampak tak dalam kes ni, kuncinya bukanlah pada hutang terkumpul tu. Kuncinya ialah pada defisit Ali.
Kalau Ali berjaya kawal defisit tu, hutang terkumpul itu boleh diuruskan.
Semasa Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid 19, defisit kita sangat teruk lepasi 6 peratus.
Tapi keadaan ni tak boleh berterusan. Fokus kerajaan kini ialah turunkan defisit, naikkan keyakinan pelabur.
Dah tentulah hutang terkumpul akan naik. Tapi fokusnya tetap pada turunkan defisit. Sebab ini kunci nak baiki hutang kerajaan.
Sebelum ini dalam satu majlis, saya pernah beritahu penjawat awam, baik yang di atas mahu pun di bawah kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab yang diamanahkah.
Sejauh mana kesibukan kita, kepesatan pembangunan sementalahan teknologi dunia berputar, iman kita harus diangkat selain dijaga nilai mahu pun akhlak.
Saya kaitkan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti dalam ayat al-Quran surah Al Kahfi di mana pada masa itu sistem dan kerajaan serta raja yang zalim itu menyembah berhala, ditolak orang beriman termasuk tujuh pemuda ini yang kemudian berlindung di sebuah gua.
Mesejnya adalah keteguhan dan kekentalan iman pemuda itu yang membentengi kepada amalan syirik dan kebejatan, justeru adalah wajar agar penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah tersebut.
Namun pandangan saya disalahtafsir hingga ada yang dikupas melibatkan cacian dan cemuhan pada sesetengah pihak termasuk pendakwah mahupun ulama, dan bagi saya ini keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Sayugia, budaya wacana yang baik harus dijulang, bukannya diangkat cerca kritikan melampau, khasnya melibatkan konteks ayat Al-Quran yang kini semakin meluas dibahas di media sosial.
Moga mutu kefahaman tentang Islam terus dipertingkat, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
๐งต CEO AMAN PALESTIN
Aman Palestin diasaskan oleh Abdullah Zaik Abdul Rahman (bekas Presiden ISMA) dan mula bergerak sebagai NGO untuk pungut dan salurkan sumbangan orang ramai ke Palestin sejak 2004.
Pada 2006, Aman Palestin Berhad didaftarkan secara sah dengan SSM.
Antara faktor Starbuck sukar mendapat tempat di hati rakyat Vietnam:
โ Pilihan kopi yang terhad kerana kopi di Vietnam terdapat lebih berbagai jenis dan rasa. Kopi dgn yogurt, kopi dengan telur dan banyak lagi. Starbuck takde offer kopi kopi macam ni.
โ Starbuck gemar gunakan biji kopi Arabica, manakala pilihan utama masyarakat sana adalah Robusta. Arabica lebih smooth, jika hendak dibandingkan dengan biji kopi Robusta yang lebih 'kick'.
โ Harga menjadi satu punca juga. Harga ditawarkan oleh local coffee shop jauh lebih rendah berbanding Starbuck. Kalau lebih banyak variety, lebih murah, orang akan cenderung ke local Coffee shop.
โ Gaya hidup ini juga mainkan peranan. Benar, Vietnam adalah pengeluar kopi kedua terbesar dunia. Tapi customer behaviour ini mainkan peranan utama dalam pasaran. Contoh, kalau harga lebih murah, rasa lebih sedap, kalau consumer dia pandang Starbuck itu satu jenama yang gah dan lebih mendapat social approval, orang akan ke sana juga.
Tidaklah cakap semua orang pergi Starbuck itu sebab social approval, sebab aku pergi starbuck pun nak ambience. Tapi tak nafikan ada yang pergi ke Starbuck atau jenama jenama besar ini dek jenama itu sendiri.
He left a high paying job to raise cows.
And he became a farmer who built Malaysia's biggest fresh milk industry.
This is the inspiring story of farmer & entrepreneur Loi Tuan Ee of Farm Fresh.
Cow buys ice cream - Farm Fresh Bhd (FFB) acquires 65% stake in The inside Scoop (IS) for RM85 mil
This values the ice cream co. at RM129 mil
IS is Malaysiaโs largest home-grown ice cream brand. Launched in 2013, it now has 37 outlets
Here's the deal structure ๐