Syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam, sekali gus meraih tempat ketiga serta menamatkan saingan FIFA ASEAN Cup tanpa kalah dan tanpa bolos!
Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat juang demi lencana di dada.
Terus melangkah, terus berjuang dan harumkan nama negara! 🇲🇾⚽🔥
Nota kaki: Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa. 😉
#YakinMADANI
#HarimauMalaya
Kredit: FB Malaysia National Football Team
Sekitar tinjauan saya di Litar Antarabangsa Sepang sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Semoga penganjuran yang bermula hari ini berjalan lancar dan memberi pengalaman yang mengesankan buat peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
"It's lights out and away we go!" 🏎️🏎️🏎️
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.
Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.
Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُو
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian YAB Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah.
Seluruh warga KKM menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan tokoh negarawan yang amat disayangi, yang juga merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia.
Jasa, bakti, dan sumbangan berterusan Allahyarhamah dalam memajukan sektor kesihatan awam, khususnya dalam aspek kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan masyarakat, akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara.
Mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.