Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Puasa Qada
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Alhamdulillah, saya telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan:
• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.
• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.
Moga inisiatif ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Khusyuk bukan datang dengan sendiri. Ia perlu dilatih dan dimohon daripada Allah.
Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu menghadirkan hati ketika solat.
Semoga Allah kurniakan kita solat yang khusyuk dan diterima.
#ustazwadiannuar#uwakongsi
Salam
Mohon bantuan, bag duit tercicir di MRT Persiaran KLCC - Permai Mutiara pada 11.55 malam 13/11/2025.
- BAG DUIT WARNA COKLAT GELAP
- ADA IC ATAS NAMA MUHAMMAD LUQMAN HAKIMI BIN MOHAMAD AMERUDIN
- ALAMAT : PULAU PINANG
- JIKA JUMPA, MOHON HUBUNGI 0125500185 (AMERUDIN-BAPA)🙏
Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah umumkan beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.
Antara yang saya umumkan:
• Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
• Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
• Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
• Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
• Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia
Sejak hari pertama, inilah azam dan arah kita bahawa setiap dasar, setiap keputusan, setiap ringgit yang dibelanja harus mengangkat darjat dan martabat rakyat.
Semoga langkah-langkah ini benar-benar menjadi nafas kelegaan buat rakyat terbanyak dan menjadi obor keyakinan untuk kita terus melangkah bersama dalam perjalanan reformasi menuju sebuah negara yang lebih adil, makmur dan sejahtera.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Rasa bertuah sangat bila dapat buat video magik dengan the legend Louis Koo! Antara bintang filem paling ikonik di asia! Dan lagi excited bila dapat tahu filem ni shoot 100% di tanah air kita.