KENYATAAN MEDIA
PEMBATALAN LESEN PERNIAGAAN DAN ARAHAN PENGHENTIAN OPERASI NS0 MALAYSIA SDN. BHD. (NETWORK SCHOOL) DI FOREST CITY
1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum dan menyokong sepenuhnya keputusan Mesyuarat Penuh Khas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk membatalkan lesen perniagaan serta mengarahkan semua aktiviti NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City dihentikan, berkuat kuasa pada 22 Julai 2026.
2. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan proses dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan oleh pihak syarikat.
3. Untuk makluman, tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil selepas aduan serta maklumat disahkan, pemeriksaan dijalankan, ketidakpatuhan dikenal pasti dan proses undang-undang disempurnakan. Tempoh sesuatu premis beroperasi tidak bermakna semua aktivitinya sentiasa mematuhi syarat lesen. Apabila ketidakpatuhan dikenal pasti, tindakan mesti diambil tanpa kompromi. Kerajaan Negeri akan terus memperketat penyelarasan antara agensi agar sebarang ketidakpatuhan dapat dikesan dan ditangani segera.
4. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Johor sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan negeri. Namun begitu, tiada mana-mana pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan mengatasi kedaulatan undang-undang negara.
5. Dalam ruang lingkup bidang kuasa yang diperuntukkan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang atau perkara yang boleh menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara.
6. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan berkaitan meneruskan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti, pelanggaran syarat kemasukan atau apa-apa kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
7. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila Johor merupakan pintu masuk strategik negara yang bersempadan dengan Singapura. Sebarang kelemahan atau penyalahgunaan sistem imigresen mesti ditangani segera, tegas dan tanpa kompromi.
8. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap status Malaysia Digital atau sebarang pengiktirafan yang telah diberikan kepada organisasi berkenaan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat atau prinsip yang ditetapkan.
9. Kerajaan Negeri turut menggesa semua agensi berkaitan memperketat proses “due diligence”, termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan, bentuk operasi serta naratif yang dibawa oleh mana-mana syarikat atau organisasi.
10. Penyelarasan antara agensi juga perlu diperkukuh agar setiap pelaburan atau inisiatif antarabangsa diteliti secara menyeluruh dari aspek pelesenan, imigresen, keselamatan, penggunaan premis dan pematuhan undang-undang. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan Johor kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini, tanpa berkompromi terhadap keselamatan, kedaulatan dan undang-undang negara.
11. Semua perkara diatas telah disembah maklum serta perkenan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Sekian.
ONN HAFIZ GHAZI
Menteri Besar Johor
21 Julai 2026
Hi semua, terima kasih sebab sudi luangkan masa baca ni 🙌🏻
Nama saya Norsinah Abu. Dengan rendah diri, saya ingin berkongsi bahawa pada pagi ini, saya telah mendaftarkan diri sebagai calon untuk berkhidmat di DUN N.44 Larkin.
Larkin dah banyak berubah dan berkembang pesat sejak
Saya telah menerima surat tunjuk sebab yang terbaru daripada PKR bertarikh 9 April 2026.
Berikut merupakan jawapan balas saya:
𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝟵 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲
Saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab kedua yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin bertarikh 9 April 2026, dengan rujukan LD2025-2028/TS/030.
2. Berikut adalah penjelasan bertulis saya seperti yang dikehendaki:
Ajer gampang..kena repost sampai warden ni ditahan polis..
Kredit : Munafik Hunter.
Lokasi hulu langat madrasah tahfiz..ustaz sebagai warden. budak budak boleh kau bantaii baruaaa
Anak harun betul…
Semalam maki hamun Anwar, kononnya buat perjanjian setan dengan USA, jual negara dan macam-macam tuduhan berat.
Hari ini bila Anwar hadir untuk jawab, semua tak hadir.
Yang penting, video maki hamun sudah masuk Tiktok, kan?