Bersyukur sangat² bila kita seorang yg beragama Islam, hidup dan tinggal di Malaysia. Muslim dari negara² eropah yg lain ramai dh puji best jd Muslim kat Malaysia.
Tp some of us, sibuk memburuk²kan agama, malah nak tinggalkan agama ni.
Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini.
Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat.
#APEC2025#KpopForever
TERKINI
Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengumumkan Israel tidak berhak menuntut kedaulatan di mana mana kawasan di Palestin termasuk Baitul Maqdis
Penubuhan Gaza Humantarian Foundation menggantikan UNRWA telah melanggar prinsip asas kemanusiaan antarabangsa
Israel wajib bersetuju dan memudahkan pelaksanaan bantuan kemanusiaan oleh negara ketiga dan ICRC serta UNRWA
Israel tidak boleh menggunakan kebuluran sebagai senjata peperangan dan Israel bertanggungjawab melindungi hak asasi manusia rakyat Palestin
Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.
Berita penuh di https://t.co/H3HdYzrqpu
#BernamaNews #KPN #polis #jenayah
ADUN Duyong Melaka, Mohd Noor Helmy memberi jaminan kepada semua guru di semua sekolah di bawah DUN Duyong bahawa selagi cikgu merotan anak murid dengan sebab munasabah. YB akan pertahankan cikgu itu
Ini kerana menurut beliau lebih baik beliau hilang seorang pengundi daripada DUN Duyong menghasilkan Penjenayah
Mahmoud Issa antara salah seorang banduan Palestin dibebaskan hari ini
Mahmoud merupakan antara orang penting dalam Pasukan Pertahanan Palestin di Tebing Barat
Dia dipenjarakan selama 31 Tahun dengan 13 tahun dalam Penjara Asingan atau sel bersendirian
Beliau pernah terlibat dalam operasi menangkap IDF di Baitul Maqdis. Tujuan operasi itu supaya lebih ramai tahanan Palestin dapat dibebaskan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Rejim Zionis Israel memintas kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) secara tidak sah di perairan antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan provokatif itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Baca lanjut di: https://t.co/TxpqkGULiF
#AWANInews
Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Ketika kejadian, kesemua kapal itu berada di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.
Ikuti berita terkini di https://t.co/lRvvxw7ZG1
#AWANInews
Qunut Nazilah dipanjatkan untuk keselamatan para sukarelawan dan aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) yang berjuang membawa amanah kemanusiaan.
Lindungilah mereka daripada segala kezaliman musuh-Mu. Jadikanlah mereka di bawah naungan rahmat, dipelihara dalam perlindungan-Mu yang tidak dapat ditembusi oleh kejahatan.
Kepada Allah SWT kami berserah.
TERKINI
ALLAHUAKBAR
GSF Tracker melaporkan hanya tinggal 4 buah Kapal daripada 44 buah kapal Misi Global Sumud Flotila yang masih kekal dalam status berlayar
Kapal itu ialah Marinette, Mikeno, Shireen dan Jong Summertime
19 buah kapal dilaporkan dijangka penganjur sudah dipintas IDF iaitu Adagio, Ahed Tamimi, Allakatalla, Amsterdam, Australe, Catalina, Estrella Y Manuel, Fair Lady, Inana, Mango, Maria Christina, Meteque, Mia Mia, Ohwayla, Paola I, Pavlos Fyssas, Selvaggia, Vangelis Pissas dan Wahoo
Saya dan pasukan sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera.
Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini. Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.
Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel.
Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.
Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.
Foto: Reuters
Kita banyakkan doa ketika ini. Sahabat-sahabat yang berpuasa hari ini, terlebih lagi jangan lepaskan peluang.
Moga Allah sampaikan bantuan, diberikan perlindungan buat saudara kita di sana.
Tiada mustahil walau sikit pun bagi Allah untuk realisasikannya.
TERKINI
Sekurang kurangnya 35 buah Kapal Misi Global Sumud Flotila masih kekal meneruskan pelayaran ke Gaza
13 buah Kapal mengeluarkan Isyarat Kecemasan dan mereka kini berada di kedudukan 101 Km dari Gaza
MISI FLOTILA IALAH PENGGANAS- ISRAEL
Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa Misi Global Sumud Flotila GSF merupakan misi pengganas kerana ia disokong Hamas
Ini selepas mereka mendakwa IDF menemui dokumen yang mendedahkan hubungan antara pihak penganjur dan Hamas.
Saif Abu Kashk iaitu Ketua sebuah syarikat perkapalan Sepanyol didakwa Israel mempunyai kaitan dengan Popular Conference For Palestinians Abroad PCPA iaitu salah satu rangkaian Hamas di luar negara kerana diiktiraf Ismail Haniyeh pada 2021