Dana Rakan Muda Tahun 2026 ๐ฅโก๏ธ
Peranan dan kerjasama pelbagai pihak amat signifikan dalam menyediakan program serta aktiviti yang berupaya menggilap potensi anak muda di samping penerapan nilai-nilai positif ๐ช
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ฎ๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ง๐๐๐ก๐ ๐ฌ๐ข๐จ
I have run many election campaigns before. Never in any of them so many nameless people echoed the messages so loudly, yet so resoundingly beaten in the result.
For that, I owe a mountain of gratitude to the average Malaysians who supported my campaign. From the bottom of my heart, thank you so much, only Allah can repay your kindness.
I will not dwell on the outcome. I have been very transparent and vocal in sharing my concerns on numerous issues, from the change in one member one vote voting system, to the integrity of the digital voting system, to the lackadaisical efforts to resolve them.
I can understand the frustration and disillusionment of ordinary PKR members and supporters out there. It will take time to shake off the sense that many years of dedication to PKR ideals have gone to waste.
I wouldnโt be human if I didnโt feel the same, even if only momentarily. Iโve spent a good part of my adult life, nearly 27 years, to be precise, serving the party: from running the International Free Anwar Campaign, to a leadership role in the PKR Youth Wing in its early years, to writing a book explaining Anwar Ibrahimโs court case to the layperson.
I left a promising corporate career at a relatively young age, at Anwarโs request, to become his Chief of Staff at the Selangor Economic Advisory Office. To date, I have had to endure 16 court cases: 7 criminal and 9 civil defamation suits, for exposing numerous financial scandals. I have probably spent more time in court than the average lawyer. I was sentenced to three years' imprisonment (suspended) under the Official Secrets Act (OSA) for my role in exposing 1MDB.
Honestly, I donโt feel that bad. If anything, I feel a great deal of relief that I can return to living a private life, away from the shenanigans of the corridors of power.
When I joined reformasi (before PKR was even launched), I was driven by an ideal. I wanted to see the first democratic change of government because I believe in competition. I believe the public deserves the best set of people to run the government. Competition promotes merit and keeps politicians on their toes. It is an antidote to rampant corruption.
I believe in a multiracial, progressive Malaysia because we are but a small nation. Multiracialism opens our minds to competition. It allows us to learn from one another and adapt the best practices. It builds empathy and compassion. Competition prepares us to be an outstanding member of the global market. All of this can lead to prosperity and provide a much better life for many Malaysians.
I joined PKR because of the promise of this ideal. I did not join PKR for public office or ministerial positions, let alone for financial gain. I understand that Anwar Ibrahimโs fate is intertwined with PKRโs, but I believe PKRโs relevance transcends Anwar or any one personality. Leaders come and go, but the ideal endures.
I stayed in PKR for 27 years, outlasting many of the pioneers and senior members of the party, because I believe PKR is still a work in progress. We have made substantial contributions to the coming of age of Malaysians as a mature society, yet we are still far from achieving the ideal we espoused.
I have never believed that holding a government position is the only way to achieve our ideals. Society must change faster than the government in order to realize a multiracial, progressive Malaysia - a goal that remains a work in progress.
I am proud of the ordinary PKR members and supporters who have staunchly stood by this ideal throughout the campaign, even when all odds were stacked against me. There is hope after all.
Thank you for the hundreds of messages expressing support. Thank you to those who offered their prayers. I was deeply moved when a few young party members shed tears, pleading with me not to walk away from PKR despite the sting of betrayal. There is hope after all.
I have no intention of giving up on the idealistic belief that Malaysia deserves better, a belief that inadvertently drew me into activism and politics in the first place. For every problem, there are multiple solutions. For every obstacle, there are many ways to overcome it.
With more time on my hands, I am grateful that I can now spend more time with everyday Malaysians.
In the meantime, the least I can do is to respond to as many of the supportive messages Iโve received as possible.
To those who feel disappointed, all I can say is: we must trust the process. Allah knows best what is good for us.
Once again, thank you very much from the bottom of my heart.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ฎ๐ฐ ๐ ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐
KEADILAN lahir atas semangat rakyat berbilang kaum yang yakin bahawa perjuangan reformasi bukan hanya sebuah ungkapan tetapi tindakan serta pelaksanaan.
Kini, Parti Keadilan Rakyat merupakan sebuah parti masa depan untuk negara Malaysia. Perjuangan orang lama yang dibentuk dengan pengorbanan perlu disambut dengan penuh rasa tanggungjawab oleh anak muda pelapis reformasi.
Dengan penuh keikhlasan, saya Mohammed Taufiq Bin Johari ingin menawarkan khidmat bakti dalam barisan pasukan Angkatan Muda Keadilan sebagai Calon Naib Ketua AMK Malaysia bagi sesi 2025-2028. Saya mohon sokongan dan dokongan oleh semua rakan-rakan anggota AMK di seluruh negara. Saya yakin bahawa penyertaan ini bukan semata-mata mengenai jawatan tetapi prinsip untuk memastikan AMK terus kuat serta menjadi benteng utama dalam perjuangan yang panjang ini.
Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua sahabat-sahabat yang bertanding dan berani kehadapan bagi memastikan KEADILAN terus kukuh dan utuh. Semoga pemilihan kali ini menjadi tempat untuk kita merapatkan ukhwah, kuatkan jentera akar umbi dan memilih yang terbaik dari kalangan terbaik.
๐ซ๐. ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐
๐ช๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐จ๐ด๐ฒ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ 2025/2028
Ayuh Malaysia bukan elit dalam Parti.
Ayuh Malaysia adalah gerakan yang membangkitkan semula PKR dalam pasca PRU15.
Malangnye semua mereka yang berkuasa sudah lupa.
Memilih @rafiziramli sebagai Timbalan Presiden bukan pilihan tetapi keperluan untuk bertempur PRU16.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025, yang kini memasuki fasa akhir, adalah kali pertama parti memilih pimpinan sebagai parti Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu persaingan sengit berlaku di setiap peringkat.
Pemilihan di peringkat cabang telah mengundang beberapa fenomena baru, termasuklah keadaan bila mana hanya calon Ketua Cabang menang tetapi keseluruhan jawatankuasa dan sayap-sayap dimenangi oleh pesaing. Saya juga dimaklumkan jumlah bantahan melebihi 190 di seluruh negara.
๐๐๐๐ถ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ง๐๐ด๐ฎ๐ ๐ฅ๐ฎ๐๐บ๐ถ
Perkara-perkara ini membayangkan bahawa isu berbangkit semasa pemilihan sewajarnya diuruskan dengan baik untuk menjaga keharmonian parti di setiap peringkat, tidak kira pihak mana yang membuat bantahan.
Menyedari bahawa aduan-aduan dan isu yang timbul perlu diuruskan dengan harmoni, sebagai Timbalan Presiden, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan.
Masa yang diperlukan adalah panjang. Sewajarnya, kerja-kerja mengurus parti yang memerlukan masa khusus seperti ini tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri. Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baru yang wajar kita semai.
Oleh itu, saya telah membuat permohonan kepada YAB Perdana Menteri untuk bercuti dari tugas rasmi untuk memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.
๐๐จ๐ช ๐ฝ๐๐ง๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฉ ๐ฝ๐๐ง๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐ ๐๐๐ข๐๐ก๐๐๐๐ฃ
Sepanjang tempoh saya bercuti dari 29 April ke 5 Mei (iaitu empat hari), saya telah mengadakan pelbagai pertemuan dan membawa isu-isu berbangkit mengenai pemilihan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
MPP bertarikh 29 April 2025 bersetuju supaya satu audit bebas dijalankan untuk memastikan sistem pemilihan digital bebas dari campur tangan yang mempengaruhi keputusan akhir di peringkat cabang.
Laporan juru audit bebas ini dibentangkan di dalam MPP bertarikh 4 Mei 2025, seperti di dalam ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐. Berdasarkan laporan ini, MPP menerima gesaan Presiden supaya keputusan di peringkat cabang disahkan walaupun ada aduan-aduan berbangkit, agar parti boleh bergerak ke hadapan dan pemilihan peringkat pusat dapat diteruskan.
Semasa audit bebas itu berjalan, seperti mana persetujuan MPP bertarikh 29 April 2025, calon-calon yang membuat aduan boleh melantik wakil teknikal mereka untuk turut serta sebagai pemerhati semasa proses audit.
Saya sertakan laporan wakil teknikal yang dilantik calon mengenai keseluruhan proses audit di ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐.
Atas prinsip ketelusan kepada semua anggota parti, saya percaya kedua-dua pandangan dari laporan-laporan ini boleh memberi konteks keseluruhan kepada pelbagai isu yang timbul.
Walau apa pun kesimpulan yang dibuat, saya menyeru supaya anggota-anggota parti menerima saranan untuk merapatkan saf dan memberi tumpuan mengukuhkan parti.
๐๐๐จ๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ข๐๐ก๐๐๐๐ฃ ๐๐ช๐จ๐๐ฉ
Pun begitu, memandangkan sistem yang sama akan digunakan untuk pemilihan pimpinan pusat, saya menggesa supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera memastikan kelemahan-kelemahan sistem yang dibangkitkan di dalam kedua-dua laporan diperbaiki secepat mungkin.
Ini termasuklah perkara-perkara berikut:
i.Mengesahkan jumlah OTP yang dikeluarkan berbanding dengan jumlah eKYC, undi di pelayan S3 dan undi akhir yang direkodkan di blockchain, untuk mengenal pasti berapa banyak undi yang tercicir akibat kelemahan sistem;
ii.Melindungi versi kod asal (๐ด๐ฐ๐ถ๐ณ๐ค๐ฆ ๐ค๐ฐ๐ฅ๐ฆ) yang dimuat naik di pelayan awan (๐ค๐ญ๐ฐ๐ถ๐ฅ ๐ด๐ฆ๐ณ๐ท๐ฆ๐ณ), memastikan versi yang betul dan sama digunakan sepanjang proses pemilihan, menyemak keseluruhan kod asal bagi setiap versi yang dimuat naik, untuk memastikan tidak ada kod berbeza yang memproses pengundian;
iii.Melindungi dan mengawal muat naik kod asal (๐ด๐ฐ๐ถ๐ณ๐ค๐ฆ ๐ค๐ฐ๐ฅ๐ฆ ๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ญ๐ฐ๐บ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต) dengan menyemak log muat naik (๐ฅ๐ฆ๐ฑ๐ญ๐ฐ๐บ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ญ๐ฐ๐จ) sebelum, semasa dan selepas proses pengundian, bagi memastikan integriti sistem terjamin; dan
iv.Isu-isu teknikal lain yang dibangkitkan.
JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat (termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem) berjalan dengan lancar, untuk mengelakkan kontroversi berpanjangan selepas pemilihan pusat selesai.
๐๐ฉ๐ง๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐๐ญ๐ฒ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐๐ฃ ๐ ๐๐ฌ๐๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ฉ
Sepanjang saya bercuti, saya juga mengadakan pertemuan empat mata dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Perbincangan dengan YAB Datuk Seri Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan YB Datuk Seri Saifuddin.
Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar, saya mengutarakan pandangan bahawa strategi kempen ke arah Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) perlu diperkemaskan mengambil kira keadaan semasa rakyat.
Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (๐ฅ๐ฆ๐ง๐ฆ๐ฏ๐ด๐ช๐ท๐ฆ), dan tidak menyerang (๐ฐ๐ง๐ง๐ฆ๐ฏ๐ด๐ช๐ท๐ฆ) seperti rentak KEADILAN semasa menjadi pembangkang.
Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16. Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini. Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen KEADILAN yang dilihat tidak agresif.
Saya juga menyuarakan perkara yang sama kepada Datuk Seri Saifuddin dan menyatakan kesediaan saya untuk memberi laluan, agar saya boleh kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan kabinet dan kerajaan.
Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir.
๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ฉ๐๐๐ฃ ๐๐๐ข๐๐ก๐๐๐๐ฃ ๐๐ช๐จ๐๐ฉ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Saya berterima kasih kepada semua aktivis dan pimpinan KEADILAN di semua peringkat yang telah memberi pelbagai pandangan dalam tempoh seminggu yang lepas.
Kita perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini (kecil atau besar) sedang diperhatikan rakyat. Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat.
Saya juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidik saya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri. Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan.
Saya menerima baik berita-berita bahawa Datuk Seri Saifuddin dan Saudari Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.
Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti.
Ia keputusan yang menang-menang bagi saya.
Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16.
Jika saya dipilih, saya boleh terus memainkan peranan di dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden, dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.
Jika saya tidak dipilih, saya boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
7 Mei 2025
๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก ๐ (๐๐๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฆ)
https://t.co/esi7GDCNcO
๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก ๐ (๐๐๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ช๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐)
https://t.co/WpElgO1Lw3
Keputusan undi Rang Undang-undang RUU Suatu Akta Pindaan Perlembagaan Persekutuan:
Bersetuju - 148
Berkecuali - 57
Tidak hadir - 17
Jumlah : 222
Hari bersejarah untuk demokrasi dan sistem pemisahan kuasa dalam perlembagaan Malaysia.
@najib_bakar_ Di kedah ipr intan ni tak berapa jalan tuan, sy difahamkn ada yg dah daftar sejak 2023 tp belum ada apa2 respon..mohon bantuan tuan dan team utk kembangkan lg kejayaan ipr ini ke utara pulak๐