Kanak-Kanak Maut Selepas Motosikal Dinaiki Bersama Ibu Bapa Terbabit Kemalangan Di Jalan Cheras
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kenderaan lain di Jalan Cheras menghala ke Jalan Loke Yew, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.18 pagi itu, mangsa yang membonceng motosikal bersama ibu bapanya mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis SYM Husky 150 SE, sebuah kereta Honda CRV dan motosikal Yamaha Y15ZR.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 35 tahun bersama isteri dan anak mereka dipercayai sedang mencelah di antara lorong kiri dan kanan ketika keadaan trafik sesak.
“Bagaimanapun, motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah Honda CRV yang berada di lorong kanan.
“Akibat pelanggaran itu, sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR yang datang dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal terbabit sebelum kedua-duanya terjatuh di atas jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, penunggang motosikal mengalami kecederaan pada bahagian pinggang serta kedua-dua kaki, manakala isterinya cedera pada tangan kanan dan sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Sementara itu, pemandu Honda CRV berusia 59 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang Yamaha Y15ZR berusia 47 tahun hanya mengalami luka pada lutut kiri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-MYNEWSHUB
Hakim ditemui maut jatuh bangunan 8 hari selepas jatuhkan hukuman bekas wanita pertama Korea Selatan
#BHdunia Hakim dipercayai jatuh daripada sebuah bangunan. Sekeping nota ditemui bersama mayatnya menyebut, “Saya minta maaf. Saya pergi atas pilihan sendiri”.
https://t.co/xDtAjHTZjW
"Membakar anak-anak hidup-hidup tidak akan pernah bisa dibenarkan. Tolong tunjukkan solidaritas anda dengan Gaza."
~ Dua Lipa.
#FreePalestine#FreeGaza 🇵🇸