Sedih baca berita di Bera Pahang ni.
Si isteri & anak 16 bulan teman suami memancing. Kereta kemudiannya tergelincir masuk sungai. Isteri sempat serahkan anak pada suami, sebelum tenggelam bersama kereta.
Kereta ditemui di dasar. Si isteri ditemui 2.5km dari kawasan kejadian.
Kalau nak isteri jadi suri rumah sepenuh masa, lelaki kena pandai pilih isteri. Cari yang ada sifat feminine tinggi, tapi paling penting agamanya. Sebab apa? Sebab isteri bukan sekadar pasangan, dia madrasah anak-anak kita.
Lelaki kena faham, nak isteri fokus jadi isteri & ibu yang competent, kita kena provide 100%. Kalau isteri ada hutang belajar sebelum kahwin, kita yang settlekan lepas kahwin. Jangan bebankan dia dengan tanggungjawab cari duit kalau nak dia fokus pada role utama dia.
Aku sendiri masa nak kahwin, semua perbelanjaan nikah & majlis aku tanggung sendiri takde tongtong. Itu cara aku belajar untuk provide dan set the tone awal-awal – nak tunjuk yang aku serius nak bina keluarga. Sebab tu aku selalu cakap, penting sangat untuk lelaki pilih wanita yang nakkan kehidupan berkahwin, bukan yang nakkan wedding. Ramai wanita sekadar nakkan wedding supaya boleh berhias bercantik cantik untuk tatapan awam. Elakkan yang macam tu.
Jadi suami ni kena bijak, jangan sebab kita nak pakai kereta baru atau ikut kehendak duniawi, isteri terpaksa kerja untuk top-up kebodohan kita urus kewangan. Hidup sederhana, elak riba, dan utamakan keperluan keluarga. Kita nak isteri fokus pada anak-anak, bukan stress fikir nak bayar bil.
Kehidupan ni confirm akan ada ujian – harta, isteri, anak-anak – benda ni Al-Quran dah bagitahu. Sebab tu kena selalu kuatkan tauhid, sedia mental & fizikal untuk tanggung semua ni.
Semoga para lelaki yang berusaha keras untuk jadi suami & bapa yang baik diberikan ganjaran yang setimpal. Begitu juga para wanita yang berusaha keras jadi isteri & ibu yang baik diberikan ganjaran yang setimpal.
Allah hadirkan kekuatan melalui ujian. Allah tangguhkan sesuatu untuk mendidik sabar. Allah ambil sesuatu untuk mengajar redha. Syukur & sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kerana Dia sentiasa aturkan apa yang terbaik untuk kita.