Saya telah arahkan agar siasatan penuh, terbuka dan telus dijalankan berhubung kematian anak kita, Zara Qairina di Sabah. Tidak kira siapa pun yang terlibat, orang kenamaan atau orang biasa, tiada tolak ansur! Setiap kematian mesti disiasat tanpa cubaan melindungi mana-mana pihak demi keadilan.
Namun kita tidak boleh jadikan tragedi ini sebagai modal politik. Jangan bina istana di atas pusara. Menggunakan kesedihan keluarga untuk menyerang atau membina keuntungan politik adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Nyawa yang terkorban bukan bahan permainan untuk diperalatkan.
Atas syak wasangka dan mengikut lunas undang-undang, Peguam Negara telah mengarahkan supaya mayat digali semula untuk bedah siasat. Langkah ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa kebenaran tidak disembunyikan.
Saya tegaskan sekali lagi, ini Kerajaan MADANI. Tiada sesiapa, termasuk VIP, akan dilindungi jika bersalah. Pembunuh tetap pembunuh, dan undang-undang mesti ditegakkan demi memastikan setiap nyawa dihargai serta keadilan ditegakkan.
#MalaysiaMADANI
WAS ANY ACTION TAKEN BY ANYONE…⁉️
Israeli soldiers throwing a blindfolded Palestinian person from a roof in the West Bank.
NOTHING WILL HAPPEN BECAUSE THEY ARE PROTECTED BY AMERICA.