Meruntun Jiwa... Air Mata KJ Berderai Tatkala Talkin Pak Lah Dibaca
Jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat dikebumikan dalam penuh istiadat penghormatan negara di Makam Pahlawan Masjid Negara pukul 2.30 petang ini.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) semalam disemadikan berhampiran pusara pemimpin serta tokoh kenamaan negara yang lain.
#PakLah #SalamTakziah
Video : @aqiraazemi
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
✨ MALAM MUSTAJAB DOA ( MALAM 1 REJAB 1446) ✨
31 Dec bersamaan 1 Rejab, lepas Maghrib berdoa banyak². I kongsikan doa yang boleh kita buat. In shaa Allah 🫶🏻
Jangan lepaskan peluang untuk berdoa. Malam tahun baru nanti boleh amalkan Doa Malam 1 Rejab ni.
Semoga Bermanfaat ❤️
Selamat menyambut bulan Rejab ❤️
Sempat lagi Perdana Menteri kita ni menyampaikan bait-bait puisi sebelum mengakhiri pembentangan belanjawan beliau tadi! 😁🙌🏻
#Belanjawan2025#MalaysiaMADANI#BeritaRTM
Jagalah Hati, Kunci Keseluruhan Jasad
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya; jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
Kita boleh dikatakan sangat kaya & beragam walaupun negara hanya bersaiz sederhana tetapi mempunyai sekitar 300 kumpuran etnik. Cuma tula.. kita kena pandai promosikan.
🗣️ Malaysia mempunyai pelbagai kaum,
Kami ada Melayu, Cina dan India ❌
Kami ada beratus kumpulan etnik ✅
My first collab dengan @sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia.
Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉
"Langkasuka, Leluhur Bagi Kesultanan Kedah dan Pattani."
Langkasuka, sebuah kerajaan Melayu purba yang jadi entiti terawal kerajaan-kerajaan Melayu.
Kedah Tua dan Pattani dikatakan lahir dari Langkasuka.
Meremang tengok video ni. Tak dinafikan sejak KPG ambil alih Harimau Malaya, ketara betul perubahan prestasi diorang. Teknik, gameplay pun berubah habis. Dulu Malaysia ni pasukan belasahan, sekarang kalau dengar nama Malaysia, berpeluh gak pihak lawan 😅
#BREAKING
Abang-abang #AlQassam rilis kompilasi rekaman mereka hancurkan tank Zionis ‘Israel’ - baik sebagian maupun sepenuhnya merusak.
Jubir #AlQassam Abu Ubaidah: Dalam hitungan jam, abang-abang #AlQassam rusakkan sedikitnya 24 kendaraan militer
#GazaGarisPertahananUmmat
A camera trapping study unveiled diverse wildlife at the Pedu and Padang Terap Forest Reserves within the Ulu Muda Forest Complex in Kedah. #DYK that protecting our wildlife and forests means safeguarding our future? Please support our conservation efforts: follow us or visit https://t.co/foKga8tXB0 Thank you #wwfmy