Tahniah & syabas kepada semua pegawai Cawangan Kejuruteraan Cerun yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 hari ini 👏
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, dedikasi & profesionalisme dalam melaksanakan amanah dengan cemerlang.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang #KKR 2025. #IamJKR Kekalkan budaya kerja berpasukan dan kecemerlangan ini, untuk Jabatan khasnya serta rakyat & negara amnya.
#JKRsynergy#tangkasbertindak#JKR#myjalan
Sinergi Kebersamaan - Merujuk kepada usaha penyelarasan dan kerjasama strategik antara Cawangan/Bahagian/Unit serta agensi berkaitan dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan dan penyampaian perkhidmatan JKR dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan berkualiti. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hasil kerja, malah memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan serta memantapkan imej dan kredibiliti Jabatan kepada rakyat dan pihak pemegang taruh.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
AMSTERDAM, BELANDA – Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, telah menghadiri persidangan Intertraffic Amsterdam 2026 bersama-sama delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Dalam acara berprestij tersebut, YB Menteri Kerja Raya telah menyampaikan ucaptama yang menekankan kesungguhan Malaysia dalam memperkukuh agenda mobiliti pintar serta infrastruktur digital. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi utama Kerajaan untuk memastikan pengurusan infrastruktur jalan raya negara lebih cekap, selamat, dan mampan.
Intertraffic Amsterdam yang berlangsung dari 10 Mac hingga 13 Mac 2026 merupakan antara pameran serta platform terkemuka dunia yang menghimpunkan pembuat dasar, pakar industri, jurutera dan pemimpin teknologi dari pelbagai negara bagi berkongsi pengetahuan, inovasi serta amalan terbaik dalam pengurusan mobiliti masa hadapan.
Penglibatan ini juga membuka peluang kepada pertukaran kepakaran, penerokaan teknologi baharu serta pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa dalam memastikan pembangunan infrastruktur negara terus berdaya saing dan memenuhi keperluan mobiliti masa hadapan.
Penyertaan Malaysia dalam acara ini mencerminkan komitmen Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dalam memperkasa transformasi sektor infrastruktur negara melalui penggunaan teknologi digital, inovasi kejuruteraan serta pendekatan pengurusan berasaskan data bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan dan kemampanan rangkaian jalan raya.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Menjelang Aidilfitri, ada rindu yang terpaksa dipendam demi sebuah amanah.
Saksikan Setulus Janji Wira Kuning, sebuah naskhah meruntun jiwa daripada JKR Malaysia yang menyingkap pengorbanan di sebalik seragam mereka. Lebih istimewa, kisah penuh emosi ini dihidupkan sepenuhnya melalui teknologi AI.
Nantikan 17 Mac 2026, hayati sebuah kisah yang mungkin pernah kita lupakan.
Pautan di Youtube: https://t.co/Q26XHyabvV
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
🌍 Shaping the Future of Slope Engineering: Registration for ICOS 2026 is NOW OPEN!
Are you ready? Join us at the International Conference on Slope 2026 (ICOS 2026) in the heart of Kuala Lumpur.
Hari ini saya melawat projek² jeti sekitar Kilim Karst Geoforest Park, Ayer Hangat seliaan pasukan JKR di Daerah Langkawi. Topik berkaitan skop Maritim JKR turut dibincangkan dalam suasana segar & projek dilaksanakan mengikut jadual. Teruskan momentum ini. #iamJKR#MADANIBekerja
6 & 7 FEB 2026 Pemukiman KSUKP 2026 - M'percepat Pelaksanaan M'perhebat Reformasi b'tempat di EPF LC Bangi. Program sebegini bersama YAB PM & Tan Sri KSN sangat bermakna buat semua Ketua Kerajaan, bersemangat waja menghadapi isu global demi rakyat & negara. #iamJKR#MADANIBekerja
SESI LIBAT URUS & DIALOG KPKR bersama Cawangan Kejuruteraan Cerun telah diadakan sebagai platform perbincangan dua hala bagi bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta membincangkan isu, cabaran dan penambahbaikan pelaksanaan tugas.
Hari ini, saya menghadiri 'the 124th Meeting of REAAA (the Road Engineering Association of Asia and Australasia) Governing Council' sbg 'the Vice President' di Goyang, Seoul, Korea Selatan. Wakil drpd beberapa buah negara turut berkongsi pandangan dlm pelbagai bidang. #IamJKR
Alhamdulillah, TAHNIAH semua pegawai yg berjaya dlm Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2025 hari ini. Program ini memberi pengiktirafan kpd pegawai mengikut kemahiran dlm bidang masing² yg seterusnya memenuhi piawaian pensijilan jabatan. #MalaysiaMADANI#IamJKR
Pagi ini saya melakukan briskwalk sekitar Kea Farm Market Cameron Highland sempena hadir ke Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi JKR Malaysia 2026 – 2030. Kesihatan didahulukan agar dapat menjalankan tugas harian dengan baik & teratur. #MalaysiaMADANI#iamJKR
PROGRAM LAWATAN TAPAK YBHG. DATUK WIRA Ir. ROSLAN BIN ISMAIL, KETUA PENGARAH KERJA RAYA KE TAPAK CERUN RUNTUH DI SABAH
Pada 21 September 2025 telah berlangsungnya program lawatan tapak YBhg, Datuk Wira Ir, Roslan bin Ismail,
🛣️ Dari Aduan ke Tindakan!
26.8.2025 | Aduan Diterima: Jalan mendap di Jalan Iskandar, Kapar, Selangor
🚧 Tindakan: Pasukan MYJALAN A-TEAM dari Konsesi Infrasel telah disiapkan dengan pantauan oleh JKR Daerah Klang, Selangor. Kerja siap pada 2.9.2025
#MYJalan#KKR#JKR
JKR komited membantu usaha Kerajaan dalam memperkukuhkan agenda Perumahan Mampu Milik Negara. Terima kasih KPKT atas jemputan mesyuarat.
#MalaysiaMADANI#RakyatMADANI#iamJKR
4.9.2025-Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Jalan Masuk Di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran KP Perhutanan Semenanjung Malaysia, TKP Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan), PKCJ dan barisan pegawai daripada JKR Malaysia dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
#Iamjkr
@IPJKR_Official@RoslanisE@TKPKR_Infra