BERITA BAIK: HARGA RON97, RON95 DAN DIESEL TURUN
Kerajaan terus memastikan rakyat menikmati manfaat apabila harga diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter, manakala harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi turut menurun mengikut pergerakan harga pasaran global.
PUAD ZARKASHI UMUM KELUAR UMNO DAKWA PARTI ITU ‘DIKAWAL’ ISTANA
Pengumuman Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi keluar daripada UMNO membuka satu lagi episod baharu dalam landskap politik Johor.
JANGAN KAITKAN INSTITUSI DIRAJA DENGAN POLEMIK POLITIK - PERDANA MENTERI
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua pihak supaya tidak mengaitkan institusi diraja dengan polemik politik, khususnya menjelang pilihan raya.
PERMOHONAN BUDI DIESEL TIADA TARIKH TUTUP
Kerajaan tidak menetapkan tempoh masa atau tarikh tutup bagi permohonan kelayakan tambahan 100 liter subsidi diesel melalui MyKad bagi memastikan manfaat itu dinikmati semua pemilik kenderaan diesel yang layak.
DAKWAAN PUAD ZARKASHI BUKA PEKUNG KRISIS DALAMAN UMNO JOHOR
Tindakan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar daripada UMNO dilihat mendedahkan krisis keyakinan yang semakin ketara dalam parti itu, khususnya di Johor. Kenyataan beliau bahawa hanya selepas keluar daripada
Melalui Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC), pemilikan akaun media sosial ditangguhkan sehingga umur 16 tahun bagi memastikan anak-anak menggunakan ruang digital dengan lebih matang, selamat dan bertanggungjawab.
Kerjasama erat, persefahaman yang kukuh serta komitmen berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor akan terus diperkasa bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Membaca bukan simbol, tetapi budaya.
Negara yang maju lahir daripada masyarakat yang menjadikan ilmu sebagai asas berfikir dan membuat keputusan. Pemimpin yang membaca membuka ruang kepada wacana, fakta dan idea baharu demi masa depan yang lebih baik.
#malaysiamadani