Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang, di Pasir Gudang, tiga tahun lalu, berjaya memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.
Ia selepas Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Februari lalu, memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu, membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49.
#sinarharian #jalanberlubang #saman #mahkamah #penunggangmotosikal
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor
1. Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Johor Bahru, Kerajaan Negeri Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.
2. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor yakin bahawa Forest City akan diberikan nafas baru dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
3. Semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan sedang giat berusaha untuk merancak dan mempertingkatkan ekonomi Johor agar memberikan impak positif seperti peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi buat Bangsa Johor. Justeru, khabar angin yang tular ini dilihat mempunyai unsur sabotaj dan berniat jahat mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
4. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor juga tidak pernah menerima jemputan bagi sebarang perbincangan berhubung perkara ini, apatah lagi terlibat atau dirujuk mengenainya. Kerajaan Negeri juga tidak menerima sebarang cadangan mahupun menghadiri mana-mana mesyuarat yang membincangkan perkara yang sama.
5. Sejarah jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di Johor telah ditutup. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa Baginda tidak membenarkan pembukaan mana-mana kasino di negeri Johor. Ini jelas menunjukkan pendirian Johor berhubung perkara ini.
6. Dengan penegasan ini, Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak lagi diperpanjang dan dimomokkan sehingga menjejaskan kerukunan dan nama baik negeri dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor
26 April 2024
@onnhafiz Beras Bangsa Johor da selesai hantar. Elaun SV masih tak nampak bayang . Kesian SV tenaga dah perah , elaun xda khabar berita. Tolonglah YAB MB segera lunaskan bayaran
Saya yakin, hubungan diplomatik kedua-dua negara sepanjang pentadbiran Shinzo Abe akan diteruskan terutama menjelang sambutan ulang tahun ke-40 Malaysia - Jepun.
Majlis penandatanganan buku ini turut diiringi oleh Dato' Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri tiba di kediaman rasmi Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Katsuhiko Takahashi pada jam 3.52pm.
Sebagai penghormatan ke atas pemergian mantan Perdana Menteri Jepun, mendiang Shinzo Abe, saya sebagai mewakili kerajaan Malaysia telah menandatangani buku takziah petang ini.
Pernah tak korang masuk shopping mall sorang sorang pastu, jalan sorang, makan sorang, tengok movie sorang, beli itu ini sorang sorang. Best tak sorang sorang?
Saya dapat mengucapkan ucapan TAHNIAH secara bersemuka kepada YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz semalam. Saya yakin YAB dapat menggalas tugas besar ini dengan penuh tanggungjawab.
#N35PasirRaja#pasirrajaprihatin#ThisIsTenggara