Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini (Jumaat) untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat.
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantu saya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.
Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya.
Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, kepada gaji progresif sehinggalah RMK13, mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga mula boleh dilaksanakan.
Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing.
Terima kasih dari saya kepada:
Dr. Azraai Bahari Nasruddin – doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge, dengan lulusan tambahan dalam Informatics dari UCL. Ijazah Kelas Pertama. Berkhidmat lama di UK sebelum kembali ke Malaysia tahun 2014.
Benjamin Quek – lulusan perbankan dan kewangan dari Monash University dan MSc dalam Applied and Computational Mathematics, John Hopkins University. Sebelum ini seorang pengurus dana.
James Chai – pelajar terbaik undang-undang dari University of London dan sarjana undang-undang dari University of Oxford. Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini kerjaya undang-undang dan dalam bidang tech. Juga seorang penulis buku.
Ismat Qayyum – lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE). Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini di sektor perbankan.
Haqimi Zamri – lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham. Sebelum ini mengusahakan perusahaan sosial pada usia yang muda.
Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya.
UPSR - 5A
PMR - 8A
SPM - 8A 1B
Foundation in CS - 3.7ish
Bachelor Of CS - 3.7ish
Aku ambik SPM serentak buat chemo.Cuma time exam dia kasi stop masuk chemo skjp.Form 4 sekolah 6 month shj, Form 5 sekolah 6 month shj jugak😂. Pengawas jaga aku semua tido je weh sbb wad sejuk 🤣
Sempena Aidilfitri ini marilah kita tingkatkan kesatuan rakyat dalam membangun dan menyelamatkan pertiwi tercinta ini.
Video Penuh: https://t.co/EMiXA8Jdn4
#MalaysiaMADANI
Antara best video pernah ditonton.
Kita satu bangsa, kita satu negara. Satu Malaysia 🇲🇾👏🏽👏🏽.
Tolong menolong tanpa mengira kaum. ✅. Korong tengok part penunggan motosikal lain pon tolong tow berganti ganti tu 👏🏽👏🏽
Video credit to owner : John Le 🫶