“Azam tahun baru saya 2026 adalah untuk keluar PKR. Alhamdulillah, saya dah keluar.”
Ustaz Wan Ji tidak berselindung tentang keputusannya meninggalkan PKR.
Daripada PAS ke PKR. Daripada membawa harapan reformasi kepada merasai sendiri kekecewaan terhadap perjuangan yang pernah diyakininya.
Mengapa beliau akhirnya memilih untuk keluar? Apa yang berubah dalam PKR — dan masih adakah ruang untuk sebuah politik reformasi yang benar-benar berpegang pada prinsip?
🎙️ BILA HARAPAN REFORMASI BERAKHIR DENGAN KEKECEWAAN | USTAZ WAN JI
Tonton MOMENTUM bersama Ibrahim Sani:
https://t.co/OA89EpyBV7
#MOMENTUM #IbrahimSani #WanJi #PKR #Reformasi
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟭𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗪𝗢𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝟳 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗦 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣
Bagi pihak BERSAMA, kami mengalu-alukan penyertaan Saudara Wong Chen, mantan Ahli Parlimen Subang sebagai ahli BERSAMA berkuat kuasa hari ini.
Beliau telah membuat permohonan menjadi ahli BERSAMA secara atas talian dan akan diproses mengikut peraturan keahlian.
Saudara Wong Chen telah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 2013.
Sesuai dengan pengalaman beliau, Saudara Wong Chen akan bertanggungjawab menyelia persediaan kertas-kertas dasar BERSAMA.
Menjelang Hari Merdeka 2026, BERSAMA akan mula menerbitkan satu siri kertas dasar yang dinamakan Kertas Kancil.
Setiap satu dari 12 Agenda BERSAMA akan diperincikan dengan mendalam untuk mencambahkan diskusi dalam masyarakat mengenai langkah, dasar, akta-akta dan bentuk program yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keberhasilan di dalam Agenda BERSAMA.
Perincian mengenai proses, rundingan terbuka dan forum-forum untuk membincangkan cadangan di dalam setiap Kertas Kancil akan diumumkan kelak.
Kami juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli BERSAMA yang telah tampil memikul tanggungjawab menggerakkan parti sejak dilancarkan semula hampir 3 bulan lepas.
BERSAMA sedang memasuki fasa berkembang yang seterusnya, yang memerlukan lebih ramai pimpinan pelapis untuk menguruskan dan menggerakkan parti.
Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa BERSAMA akan menamakan penggerak-penggerak dan tokoh-tokoh sama ada sebagai:
1) Jurucakap BERSAMA – diberi mandat untuk mewakili BERSAMA dalam bidang dan kumpulan masing-masing
2) Calon Bayangan BERSAMA – dikenal pasti dan diberi mandat untuk menyusun persediaan BERSAMA di kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh BERSAMA
3) Penggerak BERSAMA – diberi mandat untuk menjadi rujukan ahli-ahli BERSAMA dan mewakili BERSAMA dalam mengelolakan pertumbuhan parti
Pengurusan BERSAMA akan mengumumkan Jurucakap-jurucakap, Calon Bayangan dan Penggerak dari satu masa ke semasa untuk mengukuhkan lapisan pengurusan parti, ke arah satu pemilihan parti untuk memilih barisan kepimpinan baru BERSAMA.
Proses ini akan dimulakan dengan pindaan Perlembagaan BERSAMA yang kini sedang diuruskan, selari dengan keperluan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.
Pada hari ini, BERSAMA berbesar hati untuk mengumumkan kumpulan pertama tujuh (7) orang Jurucakap BERSAMA.
Kami mengalu-alukan tujuh (7) orang tokoh-tokoh berikut:
𝗦𝗨𝗠 𝗗𝗘𝗞 𝗝𝗢𝗘
Lulusan MA (Internasional and Development Economics) dan BA (Economics) dari Australian National University (ANU), beliau adalah seorang ahli ekonomi yang bertugas di ASEAN+3 Macroeconomic Research Office, Fiscal Surveillance Group (Singapura) sehingga bulan lepas.
Sebelum itu beliau bertugas di Asian Development Bank (ADB) sebagai penasihat ekonomi makro, perunding ekonomi kepada kerajaan Papua New Guinea dan pensyarah di ANU.
Beliau akan mengendalikan persediaan kertas-kertas Kancil bersama-sama pemikir yang lain.
𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗜
Seorang akauntan profesional dan memulakan kerjaya di sektor perbankan korporat, sebelum menjadi personaliti media di Astro Awani dan BFM.
Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju yang bertanggungjawab mengendalikan program-program profesional untuk bakat Bumiputra.
𝗪𝗔𝗡 𝗭𝗨𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗛𝗔𝗥
Seorang akauntan yang pernah bertugas sebagai pengurus di firma-firma besar negara termasuk KPMG, PETRONAS dan Sime Darby.
Beliau telah lama membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik di kalangan aktivis wanita muda.
𝗝𝗛𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗜 𝗦𝗘𝗔𝗛
Berkelulusan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan dari University of Nottingham (UK), Jhen adalah seorang jurutera geoteknikal yang pernah terbabit dalam projek-projek besar seperti KVMRT Line 2, WCE dan lain-lain.
Beliau juga membabitkan diri dengan kerja-kerja pembangunan dasar bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
𝗔𝗡𝗕𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗚𝗘𝗦𝗨
Anba adalah pemimpin masyarakat setempat yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Bandar Raya Subang Jaya di antara 2015 hingga 2026. Beliau juga adalah bekas Ketua Whip MBSJ di antara tahun 2020 hingga 2026.
𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗨
Berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya, Hong Yau adalah personaliti media Mandarin yang pernah menjadi wartawan multimedia dengan 8TV dan BFM.
Beliau kini mengendalikan podcast Mandarin, selain dari menubuhkan Got Point Education Centre, sebuah pusat latihan berbahasa Mandarin di Petaling Jaya.
𝗥𝗔𝗕𝗜𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗔𝗗𝗔𝗪𝗜𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗟𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡
Berkelulusan undang-undang dari UiTM, beliau adalah seorang rakan kongsi firma guaman.
Beliau telah membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti politik wanita muda dan kegiatan kemasyarakatan sebelum ini.
𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗦𝗬𝗨𝗞𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗕
Kenyataan media penuh boleh diakses di sini:
https://t.co/fFXJH9BM80
Peruntukan yang adil dan setara harus diberikan kerajaan kepada semua ahli Parlimen bagi memastikan kelancaran pengurusan hal-hal kebajikan rakyat, bukan kerana terikat atau tidak dengan mana-mana persefahaman.
Video penuh: https://t.co/Br5QWeuyfE
#Parlimen#DewanRakyat
Kerana MP-MP pembangkang tak sokong dia, dia dera, tak bagi langsung MP urus peruntukan pembangunan di kawasan parlimen mereka. https://t.co/GlIVviMM04
Bagaimana @rafiziramli dilayan oleh rejim Barisan Nasional kerana membongkar penyelewengan Tabung Haji tidak lama dulu. Malah dituduhnya berbohong dan memfitnah orang2 melayu dan islam. Akhirnya kini, RCI Tabung Haji menjadi bukti bahawa dakwaannya benar.
Lagi hina, bila RCI ini telah siap pada 2022 tetapi dijadikan pekasam selama 4 tahun kononnya bimbang pendeposit2 akan lari. Kononnya, juga hanya didedahkan kini kerana keadaan kewangan Tabung Haji lebih baik daripada 2022. Benarkah dakwaan itu? Nanti aku up video YBM#57 di mana Rafizi Ramli menyangkal dengan merujuk kepada perbandingan akaun kewangan Tabung Haji 2022 dan 2025. Tunggu! 🫵🏼
APA JADI KEPADA KES NICKY LIOW ?
Bila ternampak gambar Datuk Seri Nicky Liow di majlis PKR baru baru ini bersama PM Anwar Ibrahim, saya tertanya-tanya apa jadi kepada 26 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) bernilai RM36 juta yang telah dihadapkan kepada dia pada tahun 2022.
Semakan saya mendapati tarikh Mahkamah yang terakhir di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk pertuduhan-pertuduhan dia adalah pada 15 Jun 2023.
Sebagai seorang pengamal undang-undang, saya pasti tarikh-tarikh ini sudah semestinya bukan tarikh bicara, sebaliknya hanya tarikh sebutan kes.
Saya tidak dapat mencari apa apa laporan berita atas talian berkenaan apa yang berlaku di Mahkamah pada tarikh terakhir Mahkamah iaitu 15 Jun 2023 ataupun apa apa laporan berita selepas itu sehingga sekarang.
Apa yang saya tahu, adik Nicky Liow dan ahli-ahli geng dia telah dibebaskan oleh Mahkamah berikutan pihak Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap mereka dan menerima representasi mereka pada tahun 2022.
Mohon @KDNPUTRAJAYA@saifnasution@AGCPutrajaya memberi pengesahan berkenaan status 26 pertuduhan yang telah dihadapkan kepada dia berjumlah RM 36 juta.
139 Selasa telah berlalu sejak 5 Julai 2015.
Namun hingga kini DS @NajibRazak masih tidak saman @WSJ berkaitan dakwaan RM2.6 bilion.
Rakyat harap Selasa ke-140 ini DS Najib akan saman WSJ, @MSNBC + @maddow kerana dakwaan & tohmahan yang amat dahsyat!
#RespectMyPM#DOJ
"You ingat UMNO nak masuk pilihan raya bersama dgn PH sebagai satu gabungan ke? I don't think so," - kata @rafiziramli selepas berakhir pemilihan PKR.
Rafizi dah berbuih mulut ckp. Pimpinan tertinggi PH sikit pun tak endahkan kata² dia disebabkan kehangatan bercinta dgn UMNO.
Pemilihan PKR pun dicabuli supaya semua pemimpin atasan PKR dibarisi individu yg tak lantang dgn UMNO. Rafizi dibuang utk capai cita² berkahwin secara tetap dgn UMNO utk menamatkan situasi bersekedudukan tanpa ikatan sah.
Fast forward, hari ni segalanya terbukti. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Nak kahwin dgn UMNO tak dpt, panglima perang berkepakaran tinggi pula dh tinggalkan PH.
PH skrg dlm keadaan lemah dan menunggu masa utk rebah. Kalau nak menang di N9, PMX kurangkan bercakap. Dia dah tak popular. Di N9, Tok Min lebih berpengaruh. Masih ramai rakyat N9 yg nak ajar UMNO sbb bersimpati dgn Tok Min.
Bersama dah berikan ruang kpd Tok Min. Manfaatkan ruang ni sebaik²nya kerana di Melaka nanti, kami akan kembali utk menyumbang kekalahan PH.
Tahniah di ucapkan kepada Encik SANDRARUBEN A/L NEELAMAGHAM (Nombor 2 dalam senarai) yang dikenali juga sebagai S.Ruben di atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) Pulau Pinang yang membawa gelaran Dato’😇😇.
Kalau ada gambar kongsi-kongsikanlah dengan rakyat jelata ya.
Pasti ramai yang berbangga dengan pencapaian hebat & luar biasa ini.
Tahniah Dato’ S.Ruben 👏👏
Jauh di hati Dr.Puad, mungkin dia merasakan langkah KAMIKAZE Sdr Rafizi Ramli & Nik Nazmi amat diperlukan saat ini dan merupakan langkah terbaik bagi memulihkan persepsi rakyat terhadap kejelikan & kebobrokan amalan politik/parti tua/dinosaurs.
Langkah KAMIKAZE 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 telah bermula setahun yang lalu & semalam Dr.Puad baru terasa nak “follow”🤭
Apa pun, pendedahan Dr.Puad sedikit sebanyak mengesahkan amalan kronisme yang berakar umbi.
Maka sudah sampai masanya untuk parti-parti politik tua dipencenkan dari terus mentadbir negara. Cukup-cukuplah mengagihkan kekayaan/harta negara kepada ahli keluarga & kroni!
Jom terus menyertai 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀. Boleh daftar di https://t.co/2ZOizpeGFS
Selamat pagi semua rakyat Malaysia🥰
Setelah 18 tahun menyertai PKR & 8 tahun menyandang jawatan di peringkat pusat parti,hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Namun saya kekal sebagai anggota parti,terus jalan tugas sebagai Ahli Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.
Kenapa Parti Keris cukup tak berkenan dengan @rafiziramli? Inilah sebabnya.
Apa sahaja yang beliau bongkar, akhirnya terbukti dengan keputusan2 mahkamah. Kalau dulu 1MDB, SRC terbukti berjaya dibuktikan benar satu penyelewengan besar negara, hari ini pula satu lagi kebobrokan yang pernah dibawa Rafizi juga terbukti. Mahkamah hari ini memutuskan bahawa Kak Mah kena bayar balik semua 43 barang kemas berjumlah RM67 juta kepada satu syarikat di Lubnan.
Ini baru betul. Bila kau dakwa ada penyelewengan, kau bawa dengan bukti. Kemudian mahkamah akan tentukan. Bukan macam Parti Mata Lebam dan sayapnya AMK. Tuduh Rafizi macam2, kemudian suruh Rafizi jelaskan semua pertuduhan. Bangang!
1998 aku tubuhkan ranting PKR, 2008 - Aku sambut Putri Reformasi dirumah keluarga. 2012 - Sekali lagi aku sambut Putrri Reformasi di rumah keluarga. 2026 - Aku buang dan join BERSAMA.
Political Parties in Malaysia: An Updated Perspective
For more than six decades, Malaysian politics has largely been shaped by race-based political parties and coalitions.
Today, many Malaysians are beginning to imagine a different political landscape,one in which existing coalitions realign, evolve, or even break apart in response to changing voter expectations and self-interest priorities.
PAS has already parted ways with BERSATU within Perikatan Nasional (PN).
Looking ahead, some observers speculate that DAP and PKR could eventually pursue different political directions within Pakatan Harapan (PH).
Others believe that the PH-BN partnership may also face challenges in the future, potentially leading to new political alignments.
Possible Coalition Scenarios After the 16th General Election (GE16)
Rumah Bangsa
UMNO + PAS + MCA + MIC + RESET + GPS + GRS
Payung Besar
PKR + UMNO + PAS + AMANAH + GPS + GRS
In this scenario, MCA and MIC may play a less significant role.
Payung IPR
BERSATU + PKR + AMANAH + DAP + GRS + GPS + other smaller parties under IPR
New Venture
PKR + BERSATU + RESET + DAP + AMANAH + GPS + GRS
In this arrangement, UMNO and PAS would serve as the opposition.
Another Possibility: MADANI 2.0
PKR + UMNO + PAS + DAP + AMANAH + RESET + MCA + MIC + GPS + GRS
Under such a broad coalition, the bargaining power and political leverage of GPS and GRS could be reduced.
Questions for Malaysian Voters
Which political party would you support to secure Malaysia's future?
Which coalition arrangement would best serve the interests of the people?
Or would you continue supporting politics as usual, where political compromises are often made in the pursuit of power, while issues of race and religion remain heavily politicised, sometimes at the expense of addressing economic challenges and governance reforms?
Remember, a coalition between PH and BN had reportedly been negotiated before GE15 in 2022. What do you think would stop any of these parties from negotiating before GE16?
Where Does Parti BERSAMA Malaysia Stand?
Parti BERSAMA Malaysia may not win every battle, but it can serve as an independent voice and a constructive force for public accountability.
Regardless of which coalition forms the government, Parti BERSAMA Malaysia will go solo, and its priority will be the implementation of meaningful reforms that strengthen governance, transparency, economic competitiveness, and institutional integrity, without delay or restraint by coalition partners who may have different taikun interests that they also have to serve.
If rakyat atas pagar are still undecided about whom to choose, vote for Parti BERSAMA Malaysia to create a people's political movement rather than being used as pieces in post-election coalition bargaining and political maneuvering.
It is the responsibility of citizens, civil society, and political movements to ask difficult questions and hold those in power accountable.
Choose wisely. The future of Malaysia belongs to its people.
This article reflects the personal views, opinions, and political analysis of the author and does not represent the official position of Parti BERSAMA Malaysia or any other political organisation.
Setakat ini ye.
Strategi pertama - Bongkar segala kebobrokan 1MDB, NFC, TH, FELDA, LCS dan MARA. Akhirnya, PH dapat jadi Kerajaan mengalahkan rejim 60 tahun BN pada 2018.
Strategi kedua - Misi Ayuh Malaysia pusing satu Malaysia naik Lori. Fokus kepada Pengundi Atas Pagar mengapa perlu memilih PH dalam PRU15 setelah kekalahan teruk PKR di Sabah, Melaka dan Johor. Tak sampai 5 bulan setelah diminta Anwar dan Izzah membantu, PH berjaya menjadi blok terbesar seterusnya mengangkat Anwar menjadi PMX.
Ketiadaan Rafizi setelah ditendang secara 'blockencing', menyaksikan strategi Saifuddin dan Izzah di PRN Sabah, melingkup. PH kalah teruk. DAP kalah semua 8 kerusi yang dulunya ada 6 kerusi. PKR hanya menang 1 kerusi itu pun daripada calon katak.
Tak nampak lagi, tak tahulah. 🤭