Siapa yang dah daftar haji, korang ada tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk cukupkan simpanan TH minimum RM15,000.
Lepas 1 Januari 2029 nanti, siapa yang ada minimum RM15,000 dalam TH je boleh masuk giliran haji secara automatik.
Dah tak ikut giliran seperti sebelum ini.
Maksudnya giliran haji korang mungkin akan jadi lebih awal.
Sebab bukan semua 'mampu' nak cukupkan RM15k ini. Termasuk yang masih kanak-kanak dan yang belum wajib haji.
Ambil peluang ini cukupkan RM15,000 dalam TH dulu.
Saya dah jangka siri iPhone 18 Pro tidak mengalami perubahan besar. Jika anda sudah membeli iPhone 17 Pro bawah RM4,300 dan iPhone 17 Pro Max bawah RM4,800 bagi saya satu pembelian yang sangat berbaloi.
Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.
Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI