KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:
i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;
ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;
iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;
iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan
v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.
“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026
Kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dikritik kerana tidak mempunyai hala tuju yang jelas sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Berita penuh
https://t.co/nxA57m1gZz
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menggesa Kerajaan Malaysia menggantung serta-merta kebenaran berlabuh bagi kapal tentera dari negara yang terlibat dalam peperangan serta pelanggaran aktif undang-undang antarabangsa.
Berita penuh
https://t.co/0JzhHUej1N
Minda Presiden PAS
RAGU BERSAMA PALESTIN MELAWAN YAHUDI ZIONIS, BERPIHAK KEPADA AMERIKA SYARIKAT BERSAMA ZIONIS
Keraguan dikatakan berlaku dalam menghadapi peperangan yang terjadi di Palestin, khususnya di Gaza yang diganyang oleh Yahudi Zionis dan sekutunya tanpa perikemanusiaan, sehingga menarik simpati masyarakat antarabangsa bukan Islam yang berperikemanusiaan.
Namun, masih banyak negara Islam, termasuk Malaysia yang berslogankan ‘Malaysia Madani’ dalam bahasa Arab yang menarik, tetapi akrab dengan Bank Dunia dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa ‘Zionis’) berserta negara Arab yang berbahasa al-Quran berada dalam keadaan ragu dan tidak istiqamah bersama Palestin. Para ulama’ yang mendukungnya masih menjadikan alasan berijtihad wajib taat kepada ulu al-amri.
Keraguan berlaku kerana Iran yang paling kuat bersama Palestin bermazhab Syiah Ithna ‘Ashariyyah dan tidak dipercayai Islamnya, walaupun imam mazhabnya, Ja‘far al-Sadiq RH termasuk dalam kalangan generasi tabiin dan dihormati kerana daripada zuriat Rasulullah SAW yang mujtahid dan diiktiraf ilmunya oleh ijmak ulama’ Sunni. Beliau juga guru kepada beberapa orang ulama’ Sunni, antaranya Imam Abu Hanifah RH yang sehingga mati di dalam penjara kerana membela Imam Ja‘far RH.
Iran juga diragui walaupun Iran yang berjenama Republik Islam mengisytiharkan perang terhadap Zionis Israel.
Sebaliknya, Iran dikira Islam tanpa keraguan terhadap Syiahnya pada zaman Shah dahulu yang bergelar Shahanshah (شاهنشاه – Raja bagi Segala Raja), jenama yang diharamkan oleh Rasulullah SAW [berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari, no. 6205 dan Muslim, no. 2134 daripada Abu Hurairah]. Di samping itu, Shah Iran melakukan normalisasi terhadap Israel dan berpegang dengan prinsip sekularisme, bersama pemimpin Turkiye pada masa itu, Kamal Ataturk yang mengharamkan negara Islam, memaksa al-Quran dengan huruf Latin, dan melaungkan azan dalam bahasa Turki.
Baca selanjutnya:
https://t.co/YuJAh1nm5d
Peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran merupakan petunjuk dan panduan hidup yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Ikuti lagi di https://t.co/cziREWbgI2
#RamadanKareem#KembaliKepadaPenyelesaianIslam
Minda Presiden PAS
ISLAM SAHAJA BERJAYA MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK
Bencana lahir di Amerika Syarikat yang mengetuai kuasa besar yang digunakan oleh Yahudi Zionis untuk bertapak di Israel bagi mengembalikan kerajaan seperti Nabi Sulaiman AS yang dipilih oleh Allah.
Tiba-tiba, Israel menunjukkan kezaliman yang terbuka, sehingga dikutuk oleh seluruh pelosok dunia. Amerika Syarikat pula menunjukkan kemusnahan dengan berjuang melalui penjajahan ekonomi menggunakan senjata tarif. Malah, Amerika Syarikat juga merampas negeri yang banyak sumber kekayaan dengan menyerang negara jirannya, Venezuela dan mengumpulkan bala tentera yang besar di Asia Barat yang kaya, serta mengancam Greenland di Kutub Utara.
Pada masa yang sama, negaranya sedang digemparkan dengan isu Epstein, seorang Yahudi yang menjalankan kegiatan nafsu kebinatangan yang meruntuhkan kemanusiaan.
Inilah jawapan kepada soalan, apakah penyelesaian masyarakat majmuk di Malaysia?
Jawapannya ialah Islam al-din yang sempurna.
Perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung al-Quran sebagai rujukan yang paling tinggi dan mulia. Maka, perjuangannya tidak boleh melampaui sempadan ketetapan Allah dan hikmah (kebijaksanaan) Rasulullah SAW yang mentafsirkan al-Quran secara amali.
Semua pihak wajib mengkaji Islam dan membaca sejarah kejayaannya dengan benar, ikhlas dan adil. Koyakkan topeng Islamofobia yang menjadi senjata Dajjal (pembohong paling besar) untuk merosakkan dunia.
Baca selanjutnya:
https://t.co/VBTcLVgeRI
“Detik Keluarnya Roh Ketika Solat”
Oleh Mynewshub
Tular di Nigeria 🇳🇬:
SEORANG imam dilaporkan terlalu lama berada dalam posisi sujud ketika solat berjemaah.
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, seorang jemaah yang berada di saf belakang kemudian tampil ke hadapan untuk mengambil alih tugas imam bagi meneruskan solat.
Difahamkan, jemaah berkenaan menyedari imam tersebut telah meninggal dunia, menyebabkan dia kedengaran menangis dan sebak ketika meneruskan bacaan dalam solat.
Insiden yang menyentuh perasaan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai menganggapnya sebagai satu pengakhiran hidup yang penuh keinsafan.
DISCLAIMER :
**Bagaimanapun, kesahihan kejadian ini masih belum dapat disahkan secara rasmi walaupun ada bukti video, justeru tempat dan masa kejadian juga tidak dapat disahkan sepenuhnya.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat Kementerian Ekonomi Malaysia.
Berita penuh
https://t.co/xzPjGXVbPx
Alhamdulillah Lajnah Kebajikan & Kerukunan Sosial Dewan Ulamak PAS Perak yang diwakili oleh Harian Dewan telah mengadakan ziarah ke atas Tuan Guru Haji Sidek Noor di pondok beliau, Ikuti lagi di https://t.co/Hg6LPmtJ9d
#KembalikepadapenyelesaianIslam
waktu, kita semakin lupa menghargai hari-hari yang Allah kurniakan kerana terlalu sibuk mengejar urusan dunia hingga urusan agama dipinggirkan.
Berita penuh
https://t.co/ptIBg8CfeX
Minda Presiden PAS
POLITIK KETETAPAN ALLAH YANG BERSIH
Amanah yang terbesar bagi menegakkan keadilan ialah politik mentadbir negara. Inilah ajaran Islam yang diperjuangkan oleh para anbiya’ dan rasul yang dilantik oleh Allah untuk menjadi teladan dan memimpin manusia ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT:
Allah memilih para anbiya’ dan rasul yang wajib bersifat benar, amanah, berani menyampaikan, dan memiliki kebijaksanaan luar biasa bersama tanda mukjizat, serta dikawal oleh wahyu (maksum).
Semua perkara tersebut menjadikan politik Islam yang paling bersih, adil dan sempurna. Bahkan, tiada kekurangan dan kelemahan sedikit pun padanya walaupun sekecil-kecilnya yang dikesan oleh musuh, melainkan secara pembohongan, penipuan dan fitnah.
Tuduhan politik itu kotor adalah ajaran sesat yang dimasukkan oleh penjajah yang mengotorkan politik dengan memisahkan politik daripada agama Allah (Islam) yang dibawa oleh para rasul dan anbiya’.
Allah menghukum mereka yang beramal dengan ajaran Islam yang tidak sempurna itu sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan yang menyesatkan manusia.
Sebenarnya, manusialah yang mengotorkan politik yang bersih, dengan hawa nafsu kebinatangan yang merosakkan akal dan lain-lain perkara yang mulia yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Politik dalam Islam adalah amalan soleh yang bersih, apabila amanah itu dilaksanakan dengan iman, akhlak yang mulia dan niat yang ikhlas.
Maka, politik Islam adalah satu bidang daripada perkara yang berada di atas jalan yang lurus menurut ketetapan Allah Yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan kelemahan. Ia merupakan pancaran daripada sifat Ilmu-Nya yang dinyatakan daripada Kalam-Nya dan disebut dalam semua kitab-Nya yang dibawa oleh semua rasul yang wajib kita beriman kepada semuanya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/o6w57esGdh
Minda Presiden PAS
PAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYA
Sebenarnya, PAS berpolitik Islam yang tidak berpisah daripadanya konsep al-din yang menggabungkan aqidah, syariah, dan akhlak, dengan meletakkan kedudukan Islam dijunjung tinggi melalui perjuangan yang penuh pengorbanan harta, jiwa, dan raga.
Perlembagaan PAS menyatakan hukum Islam adalah paling tinggi dan haram bagi PAS menerima yang lain daripada Islam. Perkara ini tidak dinyatakan oleh semua parti yang lain.
Perjuangan PAS bagi mendapat kuasa politik demi mendaulatkan Islam yang berkuasa memerintah, menjadikan PAS sasaran kepada semua kumpulan yang anti-Islam.
Apa yang menakutkan mereka ialah kebangkitan semula Islam dalam kalangan mereka yang berpendidikan Barat yang asalnya dirancang bagi menentang Islam, tiba-tiba bangkit melawan tuannya.
Peranan parti Islam ialah memimpin umat selepas ketiadaan kerajaan Islam yang berkuasa. Maka, PAS menegaskan dalam Fasal 7(1) Perlembagaan PAS, iaitu meletakkan Islam adalah yang tertinggi dan PAS memperjuangkannya melalui negeri dan persekutuan dengan meletakkan kedudukan Islam sebagai agama yang wajib dimuliakan.
Apabila PAS berkuasa di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, maka konsep tersebut dilaksanakan. Di Terengganu khususnya, PAS berusaha mengembalikan kedudukan Islam sebagaimana dalam Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk (perlembagaan Terengganu sebelum berlakunya penjajahan) dan keputusannya ditandatangani dengan dukungan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pada peringkat persekutuan pula, PAS telah beberapa kali membawa usul persendirian supaya meminda Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang kuasa negeri melaksanakan syariat dengan sempurna.
Baca selanjutnya:
https://t.co/l6lug2E6FO
"Hari ini, Umno sedang melalui fasa paling getir dalam kewujudannya hanyut dalam pelukan Madani, kehilangan peranan sebagai juara, suara Melayu semakin tenggelam, dan akhirnya lemas senyap di muara politik baharu."
Berita penuh:
https://t.co/m5ubJt22sY
#Harakahdaily
"Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah."
Berita penuh:
https://t.co/KZ4cTBf3Jv
#Harakahdaily