Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026: Memperkasa Keadilan, Membela Ummah! ⚖️
Alhamdulillah, sistem keadilan Syariah negara melangkah ke fasa lebih mantap! Konvensyen kali ini dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX), yang turut mengimbau perjuangan sukar meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 bagi memberikan bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah - sejarah besar yang wajar anak muda fahami.
PMX bersama-sama Almarhum Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim bersama Badan Perundingan Islam ketika itu mengusahakan pindaan Perkara 121(1A) yang akhirnya berjaya diluluskan di Parlimen. Bukan mudah lebih-lebih lagi melihatkan realiti pada waktu itu.
Kemudian, UIAM di bawah Prof. Ahmad Ibrahim telah menawarkan program DSLP (Diploma in Syariah Law and Practice / Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie) dan DAIJ (Diploma in Law and Administration of Islamic Judiciary / Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam) di Kuliyah Undang-undang UIAM bagi mempersiapkan dan meningkatkan kompetensi hakim, pegawai dan peguam. Ketika itu, PMX merupakan Presiden UIAM.
Demi menegakkan keadilan Islam yang inklusif, PMX turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memperluas akses bantuan guaman percuma buat golongan kurang berkemampuan. Ini membuktikan bahawa undang-undang Islam bertindak sebagai pelindung dan pembela nasib mereka yang memerlukan.
Tahniah kepada semua penganjur (JKSM, JAKIM, MAIWP, YAPEIM, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan YADIM) atas impak besar ini.
Ayuh umat Islam, jadikan komitmen ini sebagai inspirasi untuk memimpin dengan ilmu dan integriti. Fastabiqul khairat!
🤲��🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
📸 Sunan (Media Menteri Agama) & MAIWP
@anwaribrahim
Best tgk hansard parlimen yg latest..
Sonang la nak cari apa2
https://t.co/lQQfcrqQbg
Lepas ni kalau MP2 yg asyik jerit benda ngarut..terpampang la word apa yg dia selalu guna
Patutkah Pemandu Mabuk Didakwa Dibawah Seksyen 302?
“Ini bukan perkauman, kita tidak perlu stereotaip mana-mana kaum” — ADUN Kota Kemuning, YB Preakas Sampunathan komen kes pendakwaan pemandu mabuk.
GARIS MASA HOSPITAL PETALING JAYA
Semalam, kerajaan Selangor mengumumkan bahawa KKM telah bersetuju dengan tapak yang dicadangkan untuk pembinaan hospital awam di PJ. Ini garis masa penuh isu hospital PJ, dari kenyataan @PSMPetalingJaya sehingga ke pengumuman menteri besar.
Kuota Cina di IPTA Wajib Dilindungi daripada UEC
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat, kemasukan pelajar UEC ke IPTA dianggap sebafgai mencuri kuota pelajar sedia ada yang selama ini belajar mengikut sistem pendidikan negara ini dan perkata itu dianggap zalim.
#malaysiagazette #SkopMG #UEC #KuotaCina
Tonton video penuh: https://t.co/6CC32EXb64
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.
Titah baginda, ia supaya mereka menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.
#malaysiagazette
UEC ke IPTA: Langkah Progresif atau Ancaman Kepada Dasar Pendidikan Negara?
“UEC dah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk masuk IPTA. I'm speechless.”
Isu Sijil Peperiksaan Bersama atau UEC yang bermula sejak tahun 1975 sentiasa menjadi topik hangat di Malaysia.