Tak perlu tunggu majlis mesyuarat raja-raja pun baru nak pening kepala. Dalam beberapa hari sahaja, memang akan ada pening kepala yang jauh lebih besar jika BN/PN menang dalam pilihan raya Negeri Sembilan kerana nampaknya ada dua Yang di-Pertuan Besar.
Jadi, raja mana yang mereka patut jumpa untuk minta audience, lantik MB dan bentuk kerajaan?
BN/PN sekarang terjebak dalam perangkap politik yang mereka sendiri cipta.
Dari awal lagi, melalui tokoh seperti Rais Yatim dan tindakan tarik sokongan terhadap MB PH, mereka jelas condong kepada Tunku Nadzaruddin dan mendakwa Tuanku Muhriz tidak lagi sah.
Sekarang, jika mereka menang dan mahu membentuk kerajaan, mereka terpaksa minta audience dengan siapa?
Kalau mereka pergi jumpa Tuanku Muhriz, itu bermaksud mereka menerima baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.
Mereka tidak boleh kemudiannya (selepas kerajaan terbentuk) berpaling dan mendakwa Nazaruddin sepatutnya jadi raja, kerana itu bermaksud mereka sendiri dilantik oleh raja yang salah dari awal, menjadikan kerajaan mereka tidak sah.
Kalau mereka degil pergi jumpa Nazaruddin pula, kerajaan baru itu akan terus dicabar di mahkamah dan berdepan risiko terbatal.
Inilah akibat bermain dengan isu diraja untuk kepentingan politik jangka pendek. Sekarang mereka kena pilih: konsisten dengan pendirian awal, atau ambil kuasa dengan cara yang akan memakan mereka sendiri kemudian.
Pilihan mana pun, perangkap sudah ditutup.