Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Bandar Seri Begawan pada 21 dan 22 Ogos ini bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-27 antara Malaysia dan Brunei (ALC-27).
Debut di World Cup - 🇨🇻 Cape Verde tidak tewas dalam 90 minit perlawanan sejak peringkat kumpulan serta pusingan 32 terakhir menentang Argentina.
🇪🇸 Sepanyol (0-0)
🇺🇾 Uruguay (2-2)
🇸🇦 Arab Saudi (0-0)
🇦🇷 Argentina (1-1)
🇫🇷 𝐊𝐘𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐁𝐀𝐏𝐏𝐄 - 𝟏𝟔 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 - 𝟏𝟔 𝐠𝐨𝐥
Rasanya rekod 18 gol penjaring terbanyak sepanjang zaman Lionel Messi tak akan bertahan lama.
Pada usia 27 tahun, Mbappe boleh beraksi sekurang-kurangnya dua lagi edisi Piala Dunia.
Anak Thiago Silva, iaitu Iago
menerima panggilan menyertai skuad Bawah 15 Tahun England.
Iago dilahirkan di Rio de Janeiro, Brazil, namun layak mewakili England selepas menetap di London sejak 2020 — ketika Thiago menyarung jersi Chelsea.
Ke hadapan @MPSepang ... Duit cukai nak sampah xnak kutip. Setiap minggu penduduk di Serenia Ariya hadapi masalah sampah tak dikutip. Kami xnak dengar alasan. Jalan tanggungjawab!
@MPSepang Minta jasa baik pantau jadual kutipan sampah. Rumah saya di Bdr Serenia dah seminggu ni tak ada yang collect. Sampah dah berulat/busuk. Mohon tindakan segera.
1. Saya ingin mengulas tentang berita berkenaan situasi keahlian parti politik saya. Sebenarnya, saya tiada membuat keputusan mengenai keahlian mana-mana parti, walaupun seperti yang telah disebut oleh YAB PM, pernah ada perbincangan tentang perkara ini dengan pihak yang berkaitan. Justeru saya amat terkejut dengan perkembangan kenyataan kepimpinan tentang perkara ini. Tambahan pula sejak isu ini mula diketengahkan saya tidak menerima sebarang panggilan dari pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu sebenar.
2. Hakikatnya, saya telah meninggalkan dunia korporat untuk menjadi anggota pentadbiran Kerajaan. Saya lakukan ini kerana saya yakin ianya merupakan landasan kerjaya yang mampu menyediakan ruang dan peluang untuk saya berkhidmat kepada rakyat dan juga menyumbang kepada agenda pembangunan negara secara langsung.
3. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan komitmen saya sebagai anggota pentadbiran Kerajaan, wadah perjuangan politik saya tertumpu kepada keperluan melaksanakan tugasan dengan baik bagi manfaat rakyat. Saya juga percaya bahawa hak individu untuk memilih landasan perjuangan merupakan hak asasi dan mutlak kerana tanpa keserasian mustahil untuk seseorang individu itu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.
4. Saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat ini. Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara. Ramai maklum isu-isu ini semua telah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor.
5. Justeru, dalam memilih wadah perjuangan politik yang sesuai bagi pembangunan rakyat dan negara seterusnya, seperti saya nyatakan, saya pernah ada berbincang dengan Parti PKR. Saya ingin tegaskan dalam perbincangan awal ini tidak ada perbincangan jawatan di peringkat Negeri mahu pun pilihanraya kecil dibincangkan.
6. Walau apa pun, saya tiada pun membuat apa-apa keputusan lagi. Saya berpegang kepada prinsip apabila saya membuat sesuatu keputusan sudah tentu saya akan membuatnya dengan penuh adab dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti saya.
7. Saya merupakan anggota satu pasukan yang sedang dan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang terbaik untuk rakyat. Saya juga percaya dan yakin khemah besar Kerajaan Perpaduan yang telah dibina selama ini mempunyai semangat kerjasama yang utuh dan toleransi yang tinggi. Kerajaan yang mampu menerima perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan parti komponen, tanpa mengganggu gugat objektif utama iaitu mengemudi negara ke arah kesejahteraan yang terbaik buat rakyat.
8. Bagi saya, yang penting kita fokus tentang dasar untuk rakyat, berdasarkan politik yang membina dan bukan menghancurkan.
#TZA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati semua 25 tuduhan terhadap Najib yang melibatkan RM2.3 bilion dana 1MDB, adalah sah dan betul dari segi undang-undang.