Nak, sembuhlah tanpa bercerita kepada dunia tentang derita, ada yang mungkin tertawa melihat nasibmu, ada yang membiarmu terpinggir pilu.
Jalan terbaik, lalui kisahmu dengan bercerita sahaja kepadaNya. Hanya Dia memahami tiap liku dan peritnya hidupmu.
ALHAMDULILLAH
Malaysia diumumkan sebagai Negara Ekonomi Islam Terkuat di dunia pada 2025 lapor Dinar Standard
Dinar Standard ialah antara laporan analisis mengenai berkenaan Ekonomi Islam
No 2 ialah Arab Saudi dan No 3 ialah Indonesia
Malaysia kekal No 1 Dunia dalam Kewangan Islam dan Industri Halal
✊ Athletic stands with Palestine. #StopTheGenocide 🇵🇸
#Athletic125 ambassador @HoneyThaljieh, Palestinian refugees in the Basque Country, and @UNRWA representatives will receive a show support at San Mames before Saturday's match against @RCD_MallorcaEN kicks off
⚡️JUST IN:
Over 40 celebrities including Billie Eilish, Finneas, Cillian Murphy, Joaquin Phoenix, Steve Coogan, Annie Mac, and Peter Gabriel, appear in a Together for Palestine video calling for a Gaza ceasefire, released ahead of today’s benefit concert in London.
🚨🇨🇳🇮🇱 BREAKING: CHINA'S TOP University Dean DESTROYS ISRAELI military official!
"Your government does not have the LEGITIMACY or RIGHT to bomb civilians"
"NO ONE believes your propaganda, but a few radical Israelis"
Kebiasaannya, dalam misi penting mcm ni, NGO jarang libatkan nama PM / Kerajaan yg bantu.
Tp dlm gerakan Sumud Nusantara, Dr Nadir sahkan PMX adalah penaung. Maksudnya, dlm isu Palestine, PMX sentiasa terkehadapan dan memberi sokongan penuh.
Setiap muslim yang baik sepatutnya ada rasa bersalah kalau dengar azan dilaungkan, tapi masih duduk, tak buat apa-apa dan tak menuju ke tempat solat.
Bila mohon kepada Allah, kita harap Allah kabulkan segera doa.
Tapi bila Allah panggil mengadapnya, kita bertangguh-tangguh.
Ketenangan dalam hidup ni adalah sesuatu yang mahal.
You cannot fake it.
Namun ia boleh dicari. Bukan mengharap ia datang sendiri.
Ramai orang jumpa ketenangan, bila mereka mula dekat dengan agama.
Mudah-mudahan kita semua diberikan ketenangan hidup di dunia dan akhirat.
𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗧𝗜
1.Datuk Seri Anwar perlu terang dengan jelas apakah kesalahan Tun Daim sehingga usaha merampas dan memburukkan namanya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia.
2.Yang boleh hukum ialah mahkamah selepas perbicaraan. Perdana Menteri tidak ada hak menjatuh hukum.
3.Kalau hanya diragukan oleh Perdana Menteri merampas harta tidak boleh dilaku. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri.
4.Walaupun nama tidak disebut tetapi harta yang dirampas memang milik Tun Daim. Menjadi hak dan tanggungjawab masyarakat menjelas kesalahan Kerajaan. Tun Daim sudah tidak ada. Oleh itu beliau tidak dapat pertahan diri. Kerana itu Kerajaan Anwar dapat menuduh dengan selamat.
5.Semua tahu Daim sudah kaya sebelum jadi menteri. Semasa jadi menteri beliau dalam proses menyerah perniagaannya kepada pihak lain. Tetapi apabila ia tidak lagi jadi menteri ia kembali berniaga. Untuk tidak dituduh mendapat keistimewaan ia berniaga di luar negara. Tidak pula ada skandal apa-apa di negara dimana ia bergiat. Kalau mereka tidak ragu, tidak menuduh apa-apa kesalahan Daim, bagaimana Perdana Menteri Malaysia boleh ragu, buat tuduhan, dan menjatuh hukum. Kabinet juga tidak ada hak menghukum.
6.Konon nak bawa balik duit Tun Daim untuk rakyat. Undang-undang apa yang memberi hak kepada Kerajaan Malaysia merampas harta rakyat Malaysia di luar negara untuk apa tujuan pun.
7.Sebaliknya yang kita lihat sekarang bagaimana kroni Anwar dapat kontrak Kerajaan bernilai billion Ringgit. Ada pula orang yang sedang dituduh seleweng duit Kerajaan yang tiba-tiba ditarik balik tuduhan. Kalau ini bukan rasuah apakah makna rasuah.
8.Anak Perdana Menteri diberi jawatan tanpa proses biasa.
9.Sudah-sudahlah mendabik dada sebagai pejuang rasuah. Awak sendiri merestui rasuah, nepotisme dan kronisme.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
28 Julai 2025
𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥
1.Rakyat sudah seru supaya Anwar turun dari jawatan Perdana Menteri. Inilah laungan rakyat di Alor Setar.
2.Sebenarnya Anwar bukan dipilih oleh rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia kalah. Tetapi dengan cantuman dengan parti yang juga kalah dia berjaya mendapat cukup bilang untuk diri Kerajaan.
3.Sekarang persoalan timbul sama ada ia layak bertanding dalam PRU. Ini kerana terdapat kekeliruan berkenaan pengampunan Anwar. Ada kemungkinan bahawa pengampunannya tidak sah.
4.Anwar diberi ampun semasa saya jadi Perdana Menteri kali ke-2. Saya lakukan seperti dinasihat. Saya percaya ianya betul pada masa itu.
5.Tetapi sekarang ada yang timbul berkenan kesahihan pengampunan Anwar ini.
6.Rakyat berhak untuk selesaikan kekeliruan ini.
7.Selain itu, Anwar sudah tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ianya terlalu kerap membohong. Tidak ada yang betul keluar dari mulutnya.
8.Dulu janji Reformasi. Kini sudah jadi bahan jenaka dan rakyat rata-rata kata sudah
“dikencing” dengan penipuan.
9.Hari ini di depan mata kita dia amal nepotisme dan kronisme.
10.Dulu dia tuduh saya tanpa sebarang bukti.
11.Bila ia amalkan, bukti jelas di depan mata.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
21 Julai 2025