Liverpool FC can confirm Arne Slot is to depart his role as head coach with immediate effect and that the process to appoint a successor is under way.
He leaves with a Premier League title to his name and our deepest gratitude and appreciation.
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level ‘terbakar’ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. 🌹
Di celah keasyikan menyiap tugasan, jari terhenti seketika daripada menekan papan kekunci. Terdengar lirikan “dalam dingin subuh hatiku terusik, kenang nasib diri di rantauan..”
2025 sudah sampai ke penghujungnya. Inilah achievement terbesar saya tahun ini, alhamdulillah.
Panjang sikit saya tulis 😅.
“You can have 1,000 problems in your life. Until you have a health problem… Then you only have one.”
Saya ceritakan sedikit. Tahun 2025 ini, hampir sepanjang tahun saya menderita dengan sakit belakang hingga ke kaki yang kronik. Tempoh sakit yang paling panjang yang saya pernah lalui. Lama saya terpaksa berkerusi roda.
I’m going to be honest, no sugarcoating. Jujur, ada kalanya ketika sakit kali ini, saya ada terlintas tak nak buat apa dah dengan hidup ni kalau 24 jam saya tersiksa macam ni. Bukan setakat bekerja, tidur pun saya sukar untuk lakukan.
Dalam keadaan setiap hari kita bertarung dengan sakit yang sama dengan terlalu lama, minda kita akan menjadi musuh yang terbesar kepada diri kita sendiri. Kita akan mula rasa tak berguna. Rasa semakin menyusahkan orang lain. Rasa tak boleh membantu orang sekeliling. Patah semangat.
Buat yang sedang menempuh sakit yang serupa, percayalah, saya faham apa yang kalian rasa. Ada kalanya, rasa sakit saraf kat seluruh kaki buatkan kita rasa nak potong kaki sendiri. Sakit belakang sampai kita rasa nak sentap belakang kita sendiri. Apa nak jadi, jadilah. Akan rasa macam segala impian malah harapan untuk sembuh sudah berakhir.
Tidaklah pelik untuk lintasan-lintasan negatif itu bermain dalam minda kita. Cuma, kita harap Allah bantu kita untuk mendepaninya dengan cara yang betul. Dunia ni ujian untuk kita.
Buat mereka yang masih bertarung, jangan give up! You’re not alone! Teruskan berikhtiar! Saya akan kongsikan pengalaman saya.
Sakit yang saya alami kali ini lebih lama daripada sebelumnya.
Ada doktor pakar yang cadangkan saya untuk ambil risiko jalani pembedahan. Ada juga doktor pakar yang sarankan untuk saya lalui kaedah konservatif dahulu dan cuba elakkan risiko yang lebih besar kerana umur saya masih muda. (YE SAYA TAHU SAYA DAH 30 TAPI DOKTOR YANG KATA UMUR SAYA MUDA LAGIII 😭😂)
Tiap kali jumpa doktor, saya akan ulang soalan yang sama, “Betul ke saya akan makin okay? Tak berubah pun sakit ni?”
Jujur, kadang-kadang terlintas nak tanya, “Boleh tak bagi saya ubat tahan sakit yang kuat, biar saya tidur je terus 24 jam?”
Saya tak tahan dah, sakit sangat hari-hari. Saya nak berdiri 30 saat pun tak boleh. Nak duduk pun tak boleh. Baring pun tak boleh. Dalam posisi sujud je saya paling kurang sakit. Itu sahaja lah posisi saya untuk tidur. Tidur pun 15 minit je lena. Kemudian terjaga sebab sakit, sebab darah dah turun ke kepala akibat sujud terlalu lama. Jadi, motivasi saya memang sangat rendah.
اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى
Maksudnya: “Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.” Riwayat Muslim (6990)
Doa itu sudah mula kerap berlegar-legar di minda dan bisikan-bisikan saya. Saya tak mahu terus menyusahkan orang lain.
Dalam motivasi yang sangat rendah itu, ada satu perkara sahaja yang kuatkan saya untuk terus buat rawatan walaupun tidak nampak perubahan.
Iaitu…
Badan ni bukan milik kita. Allah yang pinjamkan kepada kita. Jadi apa-apa pun, secara tertib dan adab dalam meminjam sesuatu, kita tetap perlu pulangkan barang yang kita pinjam dengan baik. Atau sekurang-kurangnya, kita sudah berusaha sedaya upaya untuk jaga dan baik.
Hakikat itu sahajalah yang buatkan saya tetap kuatkan diri untuk jalani rawatan physiotherapy. Dua tiga tempat saya bergilir-gilir buat rawatan. Saya sambung buat di rumah juga setiap gerakan yang doktor sarankan.
Mungkin, orang nampak saya macam bersemangat untuk sembuh. Walhal, yang menggerakkan saya hanyalah semangat untuk pulangkan tubuh ini kepada Dia dengan keadaan baik, dalam keadaan yang beradab.
Hari demi hari, saya paksa diri untuk lalui rawatan. Tak rasa ada penambahbaikan pun, tetapi saya tetap lakukan juga.
Tiba-tiba, selepas 9 bulan, sakit tu berkurang secara mendadak. Boleh saya katakan, hampir semalaman sahaja ia berlaku.
Tiba-tiba saja saya bangun subuh dengan keadaan kurang sakit. Saya pun pelik ketika ia terjadi. Lagipun, saya tidak makan banyak ubat tahan sakit pun pada malam sebelumnya.
Saya tiba-tiba boleh bangun berwuduk macam dulu semula.
I cried like a baby bila saya tiba-tiba boleh solat dengan sempurna semula. Punyalah saya tak hargai nikmat yang diberikan percuma sebelum ini. Saya tidak pernah sedar yang saya sangat rindu untuk solat dengan sempurna. Saya tidak pernah sangka orang yang banyak dosa macam saya ini layak untuk ada perasaan itu pun.
Petang itu juga, saya terus berjalan 3km untuk ‘test’ HAHAHAHA
Dipendekkan cerita lagi, saya dah tak perlukan kerusi roda dah sekarang!
Alhamdulillah, daripada berjalan 3km, beberapa hari kemudian saya boleh berjalan 5km, kemudian meningkat jadi 10km. Alhamdulillah, saya dah boleh berjalan lama. Cuma, saya masih sakit bila duduk lama.
Semua itu berlaku selepas hampir setahun. Ketika saya sudah putus harapan untuk sembuh semula.
Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali boleh membantu mama papa saya, terutamanya untuk meringankan urusan perubatan mama saya.
Alhamdulillah, saya dah beransur aktif semula dengan tugas harian dan hakiki saya setelah cuti yang lama.
Alhamdulillah, saya juga sudah mula menulis semula.
Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik! Mungkin, ada doa orang soleh dalam kalangan kalian yang Allah makbulkan.
Buat yang mengalami sakit berpanjangan yang serupa, saya tahu, kesakitan yang saya alami mungkin tidak sebesar sakit kalian. Tapi percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah. Dan ingatlah, yang berlaku ini semua perancangan Allah. Semua ini ujian untuk kita, untuk kebaikan kita.
Allah tidak zalim dengan kita. Setiap ujian, adalah peluang untuk kita raih redhaNya. Lagipun, itu lah tujuan kita hidup.
There will be days when you feel like giving up.
Weeks that feel like nothing’s changing.
Even months where it seems like you’ll be stuck forever.
And that’s okay!
Progress isn’t always visible.
One day, maybe when you least expect it, everything will turn out kinder than you ever prayed. InsyaAllah.
Selamat berjuang dalam tahun yang baru pula! Take careee! 🌹
CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN 2025.
Dah tiba akhir tahun ni, dah sampai masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Aku kongsi cara kiraan zakat yang ada.
Ada 3 kaedah kiraan:
1. Guna Jadual Potongan Gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.
+++++++++++++++++
1. Guna Jadual Potongan Gaji.
Kaedah paling ringkas. Tengok berapa gaji kasar korang kat jadual bawah ini dulu.
• Bujang gaji kasar income lebih RM4,600 baru wajib bayar zakat RM74 sebulan.
• Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM5,900, zakatnya RM76 sebulan dan seterusnya.
• Warna Biru = Belum wajib keluarkan zakat. Tapi digalakkan untuk buat kiraan zakat dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.
• Bagi yang pendapatan tak tetap, buat anggaran dan lebihkan sedikit supaya lebih yakin.
Full Jadual ini:
https://t.co/lAIerKpVgj
+++++++++++++++++
2. Kiraan Zakat dengan tolakan Kifayah.
Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya Pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.
Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan seperti jadual dibawah ini. Termasuk tolakan untuk KWSP dan TH jika ada. Bakinya baru dikenakan zakat.
Ini Tolakan Asas Had Kifayah:
Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:
https://t.co/05if6rxVqh
+++++++++++++++++
3. Kiraan Tanpa Tolakan.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi.
Upper M40 atau T20.
Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka.
Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.
Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT
Contoh: Gaji Kasar Tahunan : RM150,000
RM150,000 x 2.5% = RM3,750
+++++++++++++++++
Bayar Zakat Online.
Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini :
https://t.co/4M0gvboiAA
+++++++++++++++++
Rebet Cukai.
Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%.
Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia yang seharusnya digunakan semua muslim. Takde negara lain yang buat begini.
Contoh kiraan selepas keluar zakat:
Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai LHDN dibayar kepada kerajaan : RM3,000
+++++++++++++++++
Semoga semua yang bayar zakat, rezekinya bertambah luas dan berkat, kehidupannya bertambah lapang dan tenang, keluarganya bahagia dan hartanya dibersihkan berkat bayaran zakat tersebut. Ameen!
Mohon panjangkan kepada sahabat lain untuk pahala berpanjangan dengan ingatkan mereka tentang zakat.
Wallahua'lam.
Do you remember when you joined X? I do! #MyXAnniversary
1 dekad berlalu begitu pantas membuka ruang untuk menilai kembali perjalanan hidup, mnghargai yg telah dipelajari dan memperbaiki yg masih kurang.
MALAYSIA SEDANG LEBARKAN JURANG KAYA DAN MISKIN
Pakar Ekonomi, Dr Muhammad Abdul Khalid memaklumkan dalam Podcast Lebih Masa bahawa Dasar Negara ketika ini tidak membantu mengurangkan Jurang Kaya dan Miskin malahan menambahkan lagi jurang
Sebagai Contoh. Beliau membantah Bantuan SARA sebanyak RM 2.2 Bilion yang sepatutnya digunakan untuk terus fokus membantu golongan miskin dan berkeperluan berbanding memberinya kepada semua rakyat Malaysia di mana ada di antaranya tidak memerlukan bantuan itu. Bantuan itu jika disalurkan terus kepada yang memerlukan mereka akan dapat 3 kali ganda bantuan
Kedua. Beliau menyatakan yang pelaksanaan bantuan Subsidi RON 95 Madani tidak tepat. Bantuan itu sepatutnya bersasar dan terus kepada golongan memerlukan berbanding memberinya kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai contoh. 20 peratus rakyat Miskin di Malaysia tiada kenderaan jadi mereka tak dapat bantuan ini. Daripada RM 100 bantuan Subsidi ini. B20 hanya dapat RM 4 sedangkan Golongan T20 dapat RM 42
Ketiga. Masalah diskriminasi dalam isu Cukai. Sebagai contoh. Orang miskin beli kenderaan biasa biasa seperti Perodua Kelisa harus membayar lebih Cukai iaitu Cukai Jualan, Cukai Ekses Duti dan Cukai Jalan. Sedangkan orang lebih kaya mendapat pelepasan Cukai dengan membeli Kenderaan Elektrik yang jauh lebih mahal dan mereka tak perlu bayar Cukai. Sedangkan mereka lebih mampu bayar cukai
Perkara ini yang menyebabkan jurang kemiskinan semakin lebar tanpa sedar di mana orang kaya lebih dapat subsidi tetapi orang miskin kurang dapat atau tidak mampu dapat subsidi
ANAK MUDA GEN Z HIDUP DI WAKTU EKONOMI YANG SUKAR
Pakar Ekonomi, Dr Muhammad Abdul Khalid menyatakan Anak Muda atau Gen Z sekarang hidup dalam keadaan sangat susah dan Ekonomi yang sangat mencabar katanya dalam Podcast Lebih Masa
Sebagai Contoh. Kalau masuk universiti sama ada IPTA atau IPTS. Kebanyakannya akan berhutang melalui PTPTN. Selepas graduasi dari universiti majoriti anak muda atau Gen Z akan mula masuk kerja dengan berhutang
Selepas itu. Dari 100 anak muda yang menjadi graduan universiti. 10 orang akan tiada kerja, 35 orang akan bekerja di bawah kelayakan Ijazah atau Diploma atau pekerjaan yang tidak memerlukan Ijazah atau Diploma. Selepas itu majoriti graduan akan mula bekerja dengan gaji kurang RM 3,000 sedangkan kadar kemiskinan Malaysia ialah RM 2,700
Zaman sekarang tiada lagi jaminan yang belajar tinggi-tinggi akan hidup senang macam zaman dahulu kala. Zaman sekarang belajar tinggi-tinggi ada kemungkinan hidup lagi susah dengan hutang pendidikan dan komitmen lain. Kebanyakan mereka pula berhutang padahal belum berkahwin dan ini menyukarkan mereka untuk membina keluarga dengan kewangan yang kukuh
Cabaran lain yang anak muda atau Gen Z hadapi ialah nilai duit makin kecil berbanding harga barang. Kenaikan gaji dari 2020-2024 menurut Bank Negara Malaysia ialah 7 peratus sedangkan harga barang naik 9 peratus.
Dr Muhammad Abdul Khalid menyeru kerajaan membuat sesuatu lebih awal dan fokus kepada luar bandar atau generasi selepas mereka supaya masalah ini dapat diselesaikan secara menyeluruh. Pemberian duit juga perlu disusun dengan betul kerana Malaysia bukan tiada duit cuma masalah pengurusan
Kalau kalah lagi weekend ni, gerakan menjatuhkan manager harus dilakukan. Hampir berada di kedudukan bahaya sekira tak masuk Top 10 sebelum international break nanti.