PELETAKAN JAWATAN MENTERI: ANTARA KEPUTUSAN PERIBADI, PARTI DAN NEGARA
Baru berpeluang menulis setelah selesai beberapa urusan sejak pagi tadi. Sudah tentu untuk mengulas tentang berita peletakan jawatan sdr Rafizi Ramli dan sdr Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jawatan Menteri.
Ia bukan satu keputusan mengejut kerana sdr Rafizi telah menyebutkannya dalam kempen beliau. Namun, tetap berita penting kerana jarang sekali ia berlaku.
Meskipun PM telah berulang-kali menyebutkan bahawa pemilihan parti tidak ada kena mengena dengan kabinet kerajaan, namun peletakan jawatan adalah pilihan peribadi.
Jika ditanya, saya sendiri akan mengatakan tidak setuju dengan peletakan jawatan.
Saya boleh memahami pandangan sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi yang mengaitkan kedudukan kanan dalam parti sebagai asas pelantikan ke kabinet. Namun, bagi saya ia tidak cukup kuat.
Benar, jawatan dalam parti memberi pemberat tertentu untuk pelantikan ke kabinet. Walaupun begitu, ia bukanlah pemberat tunggal.
Pertama sekali, prerogatif pelantikan ke kabinet adalah hak Perdana Menteri (PM). Sudah tentu kebiasaannya seorang PM akan mengambil kira kedudukan dalam parti juga. Jika kerajaan dibentuk seperti sekarang, di mana melibatkan beberapa parti, cadangan akan dimohon daripada parti-parti terlibat dan lazim juga parti-parti ini akan mencadangkan sejumlah nama mengikut kekananan dalam parti.
Bagaimanapun, jangan dilupa bahawa terlebih dahulu PM lazimnya membuat pelantikan daripada kalangan ahli Parlimen terlebih dahulu, dan membuat beberapa pelantikan ke jawatan senator bagi mereka yang tidak menjadi ahli Parlimen.
Ya, bukan semua pemimpin parti yang kanan bernasib baik dalam pilihan raya. Meskipun di atas kertas peluang menang 50-50, bukan semua pemimpin kanan atau pemimpin yang bagus bertanding di kerusi selamat atau kerusi mudah menang.
Dalam kes ini, sebahagian pelantikan dibuat bukan berdasarkan menang pilihan raya. Malah ada yang dilantik tidak bertanding sama sekali.
Berbeza dengan ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Rakyat tidak semestinya memenangkan pemimpin kanan sesebuah parti.
Bagi saya, sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi telah dilantik sebagai Menteri berdasarkan merit bukan hanya kerana kedudukan mereka di dalam parti, tetapi juga kerana mereka dipilih oleh rakyat dalam PRU-15. Oleh kerana itu, meletakkan jawatan hanya kerana kalah pemilihan parti bagi saya bukan sebab yang cukup kuat.
Bayangkan dalam kerajaan semasa yang berbilang parti. Jika setiap parti mengalami perubahan pimpinan dalam pemilihan masing-masing yang lazim berlaku 3-4 tahun sekali, apakah PM perlu setiap kali melakukan rombakan kabinet?
Adakah selepas ini mungkin timbul pula tanggapan seorang wakil rakyat DUN atau Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu meletak jawatan mereka hanya kerana kalah pemilihan parti di peringkat bahagian/cabang/kawasan masing-masing?
Saya percaya ada garis halus yang memisahkan pendirian peribadi, parti dan negara. Terpulang kepada masing-masing untuk menilai dan membuat keputusan.
Apapun, sekalung penghargaan kepada sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi atas khidmat yang telah diberikan di kementerian masing-masing. Kalian berdua masih ahli Parlimen dan dalam tempoh berbaki penggal ini masih mempunyai peranan legislatif untuk memastikan undang-undang negara dan dasar kerajaan berada di landasan terbaik untuk manfaat semua.
Kasus 1975 : Adalah amat wajar utk bawa mereka ke mahkamah utk dakwaan menghina kepercayaan dan menghina kebudayaan dan negara. Kalau artis Malaysia yg keluarkan perkataan begitu di negara mereka sudah tentu akan dikenakan tindakan. Takkan @fahmi_fadzil nak biarkan sahaja?
Apakah keadilan? Apakah kezaliman? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain diminda saya pada tahun 1998 pasca pemecatan @anwaribrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
.
https://t.co/3uqewmQOfS
#GE15 PM candidates by age:
Mahathir Mohamad, 97
Muhyiddin Yassin, 75
Anwar Ibrahim, 75
Ismail Sabri, 62
Out of 21 mil voters-
• 58% are 18- 40-yrs olds
• youths 18-20 are 16% of 6.9 mil new voters
• 50.17% ARE WOMEN VOTERS
WHO do these men represent? 🇲🇾
Admin | Oleh itu, KPPK dalam usaha menyebarluas peranan agrikomoditi memulakan langkah pertama di Ampang bagi program 'Jom Kenali Agrikomoditi' peringkat komuniti.
Admin | Negara kita kaya dengan hasil agrikomoditi yang berkualiti dan bersifat mampan. Namun kesedaran Keluarga Malaysia dalam mengenali dan mempertahankan sektor ini masih pada tahap minimal.
Admin | Lewat petang tadi, sy singgah di ISKL Ampang Hilir untuk bertemu pemain-pemain besbol wanita Msia yg akan brlepas ke Jakarta utk perlawanan persahabatan. Ini kali kedua sy hadir disini bg memberikan semangat & dorongan kpd para atlet sukan khususnya golongan wanita.
Admin | Persiapan selama seminggu team Bangsa Malaysia Ampang untuk Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali hari ini berakhir dengan cukup meriah sekali.