There will always be someone who can't see your worth, or undervalue you. Don't let that person be yourself.
Know your worth. Put yourself amongst the people who know your value. And you will bloom like you can never imagine.
- Penulis Jalanan, @itsteme -
Fav Quote 🤍
Mencintai itu permainan yang besar.
Semakin dalam kita mencintai, semakin besar juga ruang untuk kita terluka apabila kehilangan.
Kerana itu, hanya hati yang kuat, berani mencintai dengan sepenuh jiwa raga.
You don’t need to have everything figured out right now.
Most people are just learning as they go too.
Take the pressure off yourself.
You still have time.
4 years of waiting, worth it✨
Karya @itsteme tidak pernah mengecewakan. Bacaan yang sarat dgn emosi. Saya baca pakej dengan terlopong, dahi berkerut, marah, kecewa, keliru, penat seolah-olah saya yang ikut berperang🤣🤣. I siap fikir 'how can Teme think this way?' .
You’re not behind.
You just keep looking at people who are on a different path from yours.
Slow down.
No one is rushing you.
Take your time. You’re still becoming the person you’re meant to be.
Kamus eh korang kata Empayar 4 tu. 😒
Percayalah, saya dah cuba sehabis baik. Banyak dah bahagian-bahagian tak penting yang saya keluarkan. Tapi tebal jugak. 😔
Dear my fav author @itsteme Happiest Birthday To you! 🎂
Semoga panjang umur dengan segala kebaikkan dan semoga dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Semoga diberi kesihatan sentiasa.
Looking forward to more Teme's masterpiece 10 years and counting, kan?
Mempersembahkan…. satu daripada 3 Book Badge kali ini! 🤩
Seiring dengan pelancaran Komik Pelukis Jalanan 1 Mei nanti, kita juga akan keluarkan Book Badge untuk Pelukis Jalanan!
Setakat ini, hanya ada 1 sahaja Book Badge (Penulis Jalanan) untuk Siri Jalanan yang mengandungi 5 judul kesemuanya. 1 Mei ini, insyaAllah 2 lagi Book Badge untuk Siri Jalanan akan dikeluarkan, menjadikan ada 3 Book Badge untuk Siri Jalanan!
Alhamdulillah, harga Book Badge ini kita masih boleh kekalkan. Masih RM20. TAPI! Kalian akan dapat diskaun yang aaaamat besar kalau beli sekali dengan Komik Pelukis Jalanan.
Kalian akan dapat DISKAUN BERGANDA kalau beli COMBO ketiga-tiga keluaran khas sempena 10 tahun kali ini! Nilai diskaunnya lebih daripada FREE 3 BOOK BADGE!
Esok, saya akan reveal pula design Book Badge untuk Arkitek Jalanan, juga sedikit perincian berkaitan buku LIMITED EDITION yang akan mengiringinya!
Lusa, barulah saya akan reveal design Book Badge untuk Empayar 4 pula!
Kalian boleh set reminder pada 1 Mei, Jumaat, 9 malam. Akan ada 3 keluaran khas sempena 10 tahun, dengan pakej, ciri-ciri, harga, hadiah, dan items istimewa yang terhad hanya untuk pembeli terawal!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
@itsteme saya nak nangis boleh tak? Saya terharu. 🥹 Saya selalu excited bila Teme dah mula posting lukisan-lukisan untuk sampaikan imaginasi kamu kepada pembaca. And this masterpiece .. I LOVE IT!!
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level ‘terbakar’ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. 🌹
Not everything online is meant to be your benchmark.
It’s easy to feel behind when everyone is posting their wins. But you’re only seeing highlights, not their full story.
Comparison steals the joy from moments that once felt enough.
So live gently.
Grow at your own pace.
Confession: Empayar 1 a bit confusing sebab @itsteme guna nombor (saya kalah wak bab nombor ni haha) tapi turns out Siri Empayar adalah one of my fav.. looking forward for Empayar 4.. betullah tak kenal maka tak cinta kan, eh salah tak baca, kita tak tahu..
Empayar 4 akan keluar 37 hari lagi! Maka, saya akan mulakan ‘ulang kaji’ bermula Empayar 1 😂.
Pelukis: Saya sendiri, bukan AI 🥹. Saya cuba buat ala-ala wayang kulit. Maaf kalau ada yang terlebih atau terkurang 🙏🏻🥹.
Kalau kalian perasan, saya ada selitkan perbincangan tentang halal/haram cinta dalam Islam, pertunangan, & nikah muda dalam Empayar 1. (Jangan risau, buku ini sudah melalui tapisan dan pengesahan oleh mereka yang alim dan berkelayakan sebelum diterbitkan 👍🏻)
Sebenarnya, semua itu diambil daripada kisah benar yang berlaku di dalam hidup saya sendiri. Hari ini, saya ceritakan sikit. Kalau free, jemputlah baca!
🔔 Kalian boleh set reminder pada 1 Mei, 9 malam untuk menjadi pembaca terawal dan dapatkan naskhah cetakan pertama Empayar 4!