Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.
Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru berusia 50 hari adalah satu amanah yang besar.
Kami tidak mengambilnya sebagai angka di atas kertas. Kami menerimanya sebagai tanda bahawa di luar sana ada rakyat Malaysia yang percaya kepada agenda yang dibawa BERSAMA dan nilai-nilai yang kami perjuangkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan sukarelawan BERSAMA yang datang dari seluruh negara untuk membantu kempen ini.
Ada yang memohon cuti daripada kerja. Ada yang memandu berjam-jam dari luar Johor. Ada yang menggunakan wang sendiri untuk untuk minyak, tol, makan dan tempat tinggal.
Ramai yang tinggal hampir dua minggu di Johor semata-mata mahu membantu sebuah parti yang belum pun mempunyai wakil rakyat.
Mereka menjadi PACA dari awal pagi hingga selesai pengiraan undi.
Mereka memasang bendera di bawah panas dan hujan.
Mereka mengangkat kerusi, mengedarkan risalah, dan melakukan seribu satu kerja yang kebanyakan orang tidak pernah nampak.
Tiada elaun yang lumayan. Tiada jaminan kemenangan.
Yang ada hanyalah keyakinan bahawa perjuangan ini berbaloi. Bahawa BERSAMA mampu menjadi wadah untuk membina politik yang lebih berprinsip dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Perjuangan seperti ini tidak akan pernah dibina oleh seorang individu.
Ia dibina oleh ribuan rakyat biasa yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang sendiri kerana percaya perubahan tidak akan datang jika semua hanya menunggu orang lain melakukannya.
Kepada semua yang mengundi BERSAMA, kepada semua yang berkempen, kepada semua yang menyumbang, dan kepada semua yang mendoakan kami, saya ucapkan terima kasih.
nobody in the norway team passing to haaland in this match and the Only person who does always pass to haaland, is now on the opposite teamโฆ oh my haalinghamโฆ
PKR masok bertanding 20 kerusi.
Menang 1 je di Puteri Wangsa
Hilang deposit 7 kerusi
PKR parti @anwaribrahim
Anwar President PKR dan Perdana Malaysia
PH Ghuyup di PRN Johor (PRN 2022: 12 kerusi PRN 2026: 8 kerusi)
Sebab kalah: Cytro dan penyokong kempen hentam parti lawan terutama BN dan Bersama
Cytro hentam Bersama hilang semua deposit 15 kerusi..parti yang berusia 50-60 hari as compared dgn parti yg dh berumur 25-26 tahun pun hilang deposit.
Kesimpulan:
Perbandingan lebih kepada PANAS HATI sebab parti PERDANA MENTERI tak PERFORM LANGSUNG di PRN Johor.
As for BERSAMAโฆ
Kita relek je ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
Kalah semua: ALHAMDULILLAH
Hilang Deposit: ALHAMDULILLAH
we go again PRN N9๐ช๐ป๐ช๐ป๐ช๐ป
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
Rasa terharu tengok @rafiziramli dalam IRL setiap hari. Dia berusaha bersungguh sungguh, berjalan tiap hari buat walkabout demi untuk mempromosi Bersama untuk membantu rakyat dibawah. Dia boleh hidup senang lenang tapi dia pilih untuk bersusah payah demi rakyat Malaysia. Besar pengorbanannya , celakalah orang yg duk mengata dia.
Semoga https://t.co/WeYiFRhWnu terus maju jaya
Parti baru masuk usia 50 hari. Tapi mereka yang hadir, awesome! Belum masuk lagi tontonan secara maya di platform media sosial.
Tiada baju sponsor. Semua baju kuning tu beli sendiri ye. Tiada khidmat bas. Semua datang dengan transport sendiri dan minyak sendiri. Tiada makan minum disediakan. Tiada artis-artis undangan. Semua yang hadir adalah mereka yang sayangkan negara dan Johor.
Menang tak tentu. Tapi kalau ada yang menang, itu isyarat jelas bahawa rakyat mulai muak dengan parti2 dinosaur yang cakap tak serupa bikin. Selamat mengundi warga Johor! PANGKAH CALON BERSAMA. ๐ซถ๐ป
These last 14 days, big salute to @rafiziramli. The guyโs not just campaigning. Heโs fully hands-on, jumping into every part of the jentera work. That level of grind and commitment is rare, especially with tight funds and limited manpower. But he still pulled it off. Bringing @partibersamamy on a solid tour all across Johor. Mad respect for his energy and dedication. Really hope thereโs a sweet surprise tomorrow. Ameen. https://t.co/ik6FIl19Fj
Kempen BERSAMA untuk PRN Johor kini melabuhkan tirainya.
Dalam tempoh 14 hari ini, kami telah lakukan apa yang termampu. BERSAMA baru berusia 50 hari. Kami tidak mempunyai jentera yang besar atau dana yang besar. Yang kami ada hanyalah keyakinan bahawa politik masih boleh digerakkan oleh rakyat biasa.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan BERSAMA. Mahasiswa, anak muda, golongan profesional dan ramai lagi yang mengorbankan masa, tenaga malah wang sendiri supaya kempen ini dapat berjalan lancar sejak hari pertama.
Terima kasih juga kepada 15 calon BERSAMA yang sanggup mengambil risiko bersama sebuah parti yang masih baharu. Mereka memilih untuk turun mendengar sendiri denyut nadi rakyat, ada yang pengalaman pertama kali untuk mereka.
Sepanjang kempen ini, saya belajar satu perkara. Rakyat tidak mengharapkan ahli politik yang sempurna. Mereka hanya mahukan wakil yang jujur, bekerja bersungguh-sungguh dan tidak melupakan mereka selepas pilihan raya.
Kini, kempen kami hampir selesai. Selebihnya kami serahkan kepada kebijaksanaan rakyat Johor untuk menentukan.