@PuteriSafiah2 Perasan tak kemunculan tok abah & amato masa scene kejar alien memula tu? Amato mase tu macam besar PIPI kan.. Mungkin garis masa dalam dunia game tu tak sama dgn garis masa dunia sebenar.
Kami driver Lala memang terkesan. 100+ liter subsidi cuma bertahan 4/5 hari.. fleetcard tak dpt.. kalau Gov taknak sapot kami then baik mintak Lalamove haramkan je Lala 4x4.. kami bukan nk kaya tp sekadar nk letak makanan atas meja untuk keluarga.. @rafiziramli@anwaribrahim
Bin, Binti atau Bte.
Ramai yg tidak faham sebenarnya maksud BTE, BIN dan BINTI itu. Ianya tiada kaitan dengan Islam pun sebenarnya!
BTE adalah singkatan untuk B=Belong, T=To dan E=Eve. Ini kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita itu adalah keturunan Eve @ Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama Adam. Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan "BINTI".
BIN adalah B= Belong, I=In dan N=Name (merujuk kpd nama keturunan keluarga) dan BINTI pula adalah B=Belong, I=In, N=Name, T=To dan I=Initial (ini kerana bagi wanita mereka sekali saja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selapas itu anak2 mereka akan menggunakan nama keluarga bagi suami mereka).
Ini adalah warisan kita dari zaman pemerintahan British dulu dan ianya tiada kaitan dgn agama Islam. Ini siapapun boleh menggunakannya TETAPI para pagawai di Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak tahu sejarah asal usul penggunaan BIN, BINTI dan BTE itu telah mengatakan bahawa ianya menunjukkan seseorang itu penganut agama islam. Sepatutnya tanggapan SALAH tentang perkara ini perlu diperbetulkan oleh pihak yang berkuasa.
Sebelum condem tengok dulu video2 dia dekat youtube. Beliau adalah seorg profesor, in order untuk bercakap sebegitu rupa she mesti dah buat extensive research. Ko rasa Melayu baru wujud 1511 ke? Tu baru runtuhnya Kerajaan Melayu paling agung. Site kat Sg Batu dated 738 BCE kot.
Jom hapuskan Isr@3L dekat Google Map. Follow cara bawah ni. Come on we Malaysians kan power benda2 macam ni!! 💪🏻
RT to spread this!
Pic credit to IG cintagazamalaysia & alyss.hq
MAAF, TULISAN AMAT PANJANG.
TETAPI INI HAL SERIUS.
Saya tidak pasti @itsteme tulis ni untuk hal yang saya bangkitkan kepada beliau & pihak @imanpublication atau bukan, tetapi sebagai orang yang mempunyai bukti bahawa dirinya telah dianggap oleh beberapa pembaca Penulis Jalanan sebagai watak Mirza Abudin, saya mahu membalas tweet Teme ini dengan beberapa kenyataan.
1 - Teme sepatutnya menegaskan sama ada karya Penulis Jalanan ini karya fiksyen sepenuhnya, atau karya non-fiksyen.
Sekiranya Teme mahu Penulis Jalanan ini menjadi separa fiksyen, yakni ada kisah benar melalui pengalaman Teme dan ditokok tambah, Teme sepatutnya beri klarifikasi yang mana benar, yang mana tokok tambah.
Sefaham saya, ada judul dalam siri Jalanan ini pernah memenangi anugerah dalam Kategori Buku Non-Fiksyen. Betul? Bermakna judul terbaru dalam siri karya ini juga sepatutnya berkategori non-fiksyen, sepatutnya isinya hanya kebenaran dan bukan tokok tambah, bukan rekaan.
Saya yakin itu anggapan kebanyakan orang dan mengapa ada yang sampai boleh terlintas Mirza Abudin itu adalah saya.
2. Bahaya tidak dijelaskan mana fiksyen dan mana yang bukan, adalah membuka ruang terlalu luas untuk bersangka-sangka. Macam penjelasan Teme ini juga, tidak menyelesaikan masalah.
Walau dikatakan watak Mirza itu metafora, gabungan banyak elemen yang tak sepatutnya dalam industri buku, maka
a - Dalam cerita Mirza Abudin tu, yang mana fiksyen dan yang mana benar?
b - Saya bagi contoh situasi. Bila orang tuduh saya sebagai Mirza Abudin, saya pertahankan diri dan kata pengakhiran atau timeline cerita itu ditulis tak kena dengan perjalanan karier saya sebagai penulis yang terbitkan sendiri karyanya. Saya boleh dibalas dengan kenyataan bahawa Teme telah cakap bukan semua benar. Mungkin pengakhiran atau timelina tak berapa tepat tulah yang Teme tambah-tambah agar biar orang tak kata itu Hilal Asyraf. Boleh nampak implikasinya?
Sebab itu disclaimer yang Teme letakkan pada awal Buku Penulis Jalanan ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebab orang masih berteka-teka mana yang fiksyen, mana yang bukan.
Apakah Teme akan klarifikasikan mana yang fiksyen, mana yang bukan sekiranya ditanya?
3. Teme juga dalam kenyataan ini tidak memberikan klarifikasi jelas bahawa Mirza Abudin itu bukan saya.
Walaupun saya telah mesej sendiri Teme(tidak dibalas) dan pihak IMAN(dibalas, tetapi tak pasti apa tindakannya. Kenyataan Teme ini ke tindakannya?) bukti-bukti bahawa sudah ada pembaca Penulis Jalanan yang mengaitkan watak itu dengan saya, sekaligus memberi risiko besar kepada nama, karya dan perniagaan saya.
Teme sekadar kata itu metafora, watak tu gabungan banyak hal tak sepatutnya dalam industri, ajak pembaca berhenti bersangka-sangka dan tak lagi cari gerangan penganiaya, serta pergi minta maaf jika ada terguris hati.
Tapi tak ada pun bersihkan nama saya, tegaskan memang bukan cerita fasal Hilal Asyraf, Hilal Asyraf tak pernah berurusan dengan Teme fasal karya, Hilal Asyraf tak pernah curi idea Teme. Padahal saya sudah pamerkan bukti sudah ada yang mula sangka begitu sekarang.
Teme merupakan penulis yang ada terlalu ramai pembaca. Teme & IMAN sewajarnya faham implikasi penanaman idea, lintasan-lintasan sangkaan buruk yang berisiko menjadi fitnah besar ke atas seseorang. Sewajarnya ruang fitnah itu ditutup rapat-rapat dengan klarifikasi jelas.
Buku Penulis Jalanan ini, jika mengikut track record Teme, akan terus terjual lebih banyak dan lebih lama. Apakah cukup satu statement samar-samar macam tweet yang Teme buat ini untuk mengelak sangka buruk dan lintasan-lintasan tuduhan jahat ke atas diri saya sepanjang buku ini masih boleh dibaca dan diakses ramai orang?
Tetapi kalau Teme dan IMAN keluarkan kenyataan tegas dan jelas bahawa orang itu bukan saya, sekurang-kurangnya jika ada tuduhan ke atas diri saya, saya boleh tunjukkan statement Teme & IMAN membersihkan nama saya.
Malangnya itu tidak dilakukan Teme & IMAN setakat ini.
Minta maaf sebab terguris? Yang bangkitkan hal ini saya je setakat ni. Orang boleh anggap pula Hilal yang terguris, sebab Hilal je bersuara hal ni.
Padahal saya bukan terguris sebab terasa dengan penulisan Teme.
Saya memang telah dipalit sebagai watak Mirza Abudin itu. Saya bukan nak Teme & IMAN minta maaf sebab saya terguris. Saya nak Teme & IMAN bertindak bertanggungjawab lindungi saya dari sangkaan jahat daripada minda pembaca-pembaca Penulis Jalanan yang timbul dari penciptaan watak Mirza Abudin, dengan buat klarifikasi terang dan jelas bahawa watak itu langsung tak ada kena mengena dengan Hilal Asyraf, walau sedikit pun.
Saya nak terguris dengan penulisan itu buat apa sebab saya bukan Mirza Abudin. Saya juga tahu Teme tak tulis untuk tujukan kepada saya. Sebab saya dan Teme memang tak pernah berurusan fasal karya.
Yang jadi masalahnya sekarang, sudah ada pembaca Penulis Jalanan yang sangka itu saya. Jadi saya sekadar mohon jasa baik daripada Teme & IMAN untuk lindungi saya agar saya tak menjadi mangsa persepsi dan lintasan buruk dalam fikiran pembaca-pembaca Penulis Jalanan.
Saya harap Teme & IMAN ambil berat isu ini.
Mungkin akan ada yang anggap saya melebih-lebih, dan tak perlu risau kerana ciri-ciri watak itu banyak tak sama dengan saya.
Tapi hakikatnya, sudah ada yang mengaitkan watak itu dengan saya. Kategori karya ini yang syubhah antara fiksyen & non-fiksyen juga tidak membantu keadaan. Sebab boleh jadi orang sangka ciri-ciri yang tak sama tulah yang rekaan. Kenyataan Teme juga tidak membersihkan nama saya, ditambah pula Teme pergi minta maaf jika ada yang terugris dengan penulisannya, menggambarkan pula macam ada orang dah terasa dengan apa yang ditulis sedang saya sahaja setakat ini secara publik bangkitkan hal ini.
Ada yang kata kepada saya, saya patut tegur pembaca Teme, bukan Teme.
Dah jadi satu hal pula saya kena sentiasa pertahankan diri, tegur setiap orang yang kata saya ni Mirza Abudin. Kemudian, kalau orang yang ada sangkaan begitu hubungi saya minta penjelasan, tak mengapalah. Saya boleh jelaskan sendiri.
Tapi bayangkan yang ada lintasan dan sangkaan buruk itu, tetapi tak hubungi saya? Mereka bersembang sesama mereka, membina teori, membina persepsi buruk ke atas saya, karya saya, perniagaan saya. Macam mana saya nak selamatkan nama baik saya, karya saya dan perniagaan saya?
Siapa yang ada kemampuan untuk hentikan hal ini?
Teme & IMAN.
Sebab itu saya mohon sikap lebih bertanggungjawab daripada Teme & IMAN dalam hal ini.
Kesanggupan saya untuk tulis panjang lebar hal ini di tempat awam, dengan QRT tweet Teme menandakan saya serius akan hal ini.
Harapnya peluang-peluang sangkaan buruk ke atas diri saya dapatlah Teme & IMAN tutup rapat-rapat.
Solusinya ada 2.
1 - Terangkan saja mana yang fiksyen dan mana yang bukan di dalam Buku Penulis Jalanan.
2 - Keluarkan kenyataan tegas dan jelas bahawa Hilal Asyraf langsung tak ada kena mengena dengan watak Mirza Abudin.
Terima kasih.
MetMalaysia memaklumkan sembilan kawasan itu ialah Kuala Terengganu, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Rompin dan Jempol.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/0QZhwBt0aT
I pnah vegan skjp dulu. Until I realised being vegan is not necessarily healthy & eco friendly.
You still can be healthy & eco friendly without being vegan too.
Just a matter of better choice.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.
Ikuti berita terkini di https://t.co/HapRkhNisD
#AWANInews