Meneruskan jelajah Diplomasi MADANI ke Republik Rakyat China atas jemputan sahabat saya, Premier Li Qiang bagi mengadakan lawatan kerja di Shanghai dan Hangzhou.
Selain mesyuarat dua hala untuk memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama dalam pelbagai bidang strategik antara Malaysia dan China, pertemuan bersama wakil syarikat-syarikat terkemuka bakal diadakan demi menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Malaysia.
Saya juga akan memenuhi undangan ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 untuk memberi sokongan secara langsung kepada anak-anak Malaysia yang bakal bertanding bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Di Hangzhou pula, saya dijadual menjejakkan kaki ke Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) di mana Malaysia antara negara tetamu kehormat yang dijemput oleh kerajaan China.
Moga lawatan kerja selama tiga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membuahkan hasil yang positif buat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🇨🇳
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
Live: The 2026 Acceleration Week for China-ASEAN Youth Development Programs took place in Guang Xi, Nanning. See the new trade-economic landscape and the AI wave at #ChinaAseanExpo#TheHype#PingluCanal https://t.co/kTDnhSnsfc
Please raise your daughters to have hobbies, interests, and academics...so when they become adults and middle-aged women they have something to talk about besides a man.
Alhamdulillah, Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 di Pulau Pinang menjadi medan menghimpunkan anak-anak muda daripada pelbagai negeri dan negara, menyemai persahabatan, membina kepimpinan serta memperkukuh semangat berkhidmat.
Kembali ke Pulau Pinang selepas 60 tahun, Jambori yang bertemakan “Menjejak Warisan Membina Masa Hadapan” mengingatkan kita bahawa warisan yang kita junjung hari ini harus menjadi asas untuk membina masa hadapan yang lebih baik.
Dalam dunia yang dipacu teknologi dan kecerdasan buatan, anak-anak Pengakap mesti dipersiapkan bukan sekadar untuk menggunakan teknologi, tetapi untuk mencipta, berinovasi dan memimpinnya dengan penuh tanggungjawab sambil dipandu akhlak, integriti, kemanusiaan dan semangat berbakti.
Semoga semangat persahabatan, perpaduan dan khidmat yang disemai di sini terus tumbuh menjadi kekuatan anak-anak Malaysia.
Selamat berjambori! 🏕️
#MalaysiaMadani
#YakinMADANI