Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.
“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
“Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://t.co/54tbq5BUpE
#AWANInews
Jamak dan Qasar
Boleh jamak dan qasar solat sepanjang di destinasi perayaan yang kita pergi jika TIDAK berada di situ melebihi empat hari. Tidak termasuk hari tiba dan hari keluar.
Jika kita berniat untuk berada di lokasi empat hari keatas. Tidak boleh jamak dan qasar sebaik tiba di lokasi.
Rujuk jadual untuk contoh cara mengira hari yang boleh kita jamak dan qasar.
*Sekadar ulangkaji, untuk lebih memahami perlu belajar dengan berguru.
Jangan resign kalau company korang kerja ada ciri-ciri ni:
• Gaji naik yearly
• Jam kerja teratur
• OT hanya bila diperlukan je
• Manager & Officemate supportive
• Tak diganggu masa cuti
• Banyak benda boleh belajar
• Career path yang jelas
• Benefits termasuk keluarga
“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji puluhan ribu dan nak balik kampung. Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.
“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” kata tonggak utama pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.
📷: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
KES ZAYN RAYYAN
“BEBAN BUKTI”
Dalam sistem Mahkamah, terutamanya dalam kes jenayah, the GAME is, bukan apa kita tahu yang terjadi, tetapi apa yang boleh dibukti.
Ini kerana, apabila seorang itu didakwa, beliau hanya boleh didapati bersalah, tanpa ada keraguan munasabah.
Maknanya, Mahkamah perlu yakin-seyakin2 nya dialah orangnya yang lakukan jenayah. Kalau ada ragu2, walaupun sedikit, Mahkamah perlu lepaskan pesalah.
Dalam membuktikan kes bunuh, lagilah pulak. Perlu ada bukti senjata, kena ada DNA pembunuh di situ jua. Kalau ada saksi sahih dan kredibel, lagikan pula. Itu macam dapat kes atas silver platter.
Tapi itu hanya ideal. Setiap kes bunuh, ada saja masalah. Kadang senjata tak jumpa, saksi langsung tak nampak apa. Pesalah main game pula. Tambah yang dekat dengan mangsa.
Buat pihak penyiasat blur. Ada ketika polis dah tahu siapa pesalah, tetapi buktinya limited.
Makanya, ada cara lain yang boleh membantu. Dengan minta dia mengaku. Itu yang saya difahamkan berlaku, bila si ibu dibawa ke Mahkamah Majistret. Untuk buat pengakuan depan Mahkamah. Bukan depan polis. Pada mereka, agar ada la bukti nyata, dialah pesalah sebenarnya. 
Namun, atas urusan teknikaliti. Bila peguam campuri. Maka susahlah nak lekat kes ini.
Bila kes bunuh tak dapat dibuktikan. Polis perlu dapat kesalahan lebih ringan. Supaya tak terlepas sabitan. Masih lagi semua dalam Mahkamah perlu putuskan.
***************
Satu yang pasti, banyak sangat isu pelik2 di sini. Yang kita masih mencari.
Bagi pihak ibu/ bapa
- Kenapa tak konsisten cerita mak bapak dia. Kenapa bertukar2 sampai perlu buat lakonan semula?
- identiti Zayn pun kita confuse. Nama bapanya seperti ada dua. Tak tahu apa cerita sebaliknya?
Bagi pihak polis
- pelbagai naratif keluar pada awalnya, ada kes bunuh, ada kesan sexual abuse. Tetapi yang ibubapa didakwa atas kesalahan abai kanak2. Buat orang tertanya, ada pembunuh lain kah?
Walaupun banyak persoalan ini little birds sampaikan kepada saya. Macam2 cerita tetapi hearsay sahaja, takut subjudis juga. Eloklah semua ini dijawab ketika bicara.
Satu yang pasti, sama ada anda team Polis atau team ibubapa Zayn, seeloknya elakkan take side.
Side yang patut kita masuk, ialah team adik Zayn.
Doakan keadilan tertegak untuk mangsa, tak kira lah siapa yang menganiaya. Hatta di kalangan ahli keluarga. Hanya boleh kita ketahui ketika bicara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki