You don’t need to have everything figured out right now.
Most people are just learning as they go too.
Take the pressure off yourself.
You still have time.
You’re not behind.
You just keep looking at people who are on a different path from yours.
Slow down.
No one is rushing you.
Take your time. You’re still becoming the person you’re meant to be.
Kamus eh korang kata Empayar 4 tu. 😒
Percayalah, saya dah cuba sehabis baik. Banyak dah bahagian-bahagian tak penting yang saya keluarkan. Tapi tebal jugak. 😔
Pada 3 poster cover reveal yang saya tunjukkan dalam gambar ni, tersembunyi satu adegan daripada Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga!
Beberapa hari lalu, saya mula muat naik posting cover reveal di social media saya. Sehari, satu cover reveal.
Sebenarnya, bukan cover buku sahaja yang terkandung pada poster-poster tersebut.
Jika digabungkan ketiga-tiga poster, pada latar belakang, akan menjelmalah satu adegan yang saya gambarkan dengan tema wayang kulit!
Nanti, bila kalian dah baca Empayar 4, kalian akan menjelajah ke dalam adegan yang kalian nampak ini!
Persembahan wayang kulit merupakan salah satu elemen tradisional yang saya ketengahkan dalam Empayar 4. Bukan itu sahaja, ada juga cerita berkaitan asal usul sebuah lagu rakyat iaitu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga.
Buat masa sekarang, saya mohon maaf 🙏🏻, Empayar 4 telah SOLD OUT buat sementara waktu 🥹.
Alhamdulillah, kesemua 10,000 naskhah pre-order Empayar 4 telah habis. InsyaAllah, hujung bulan ini akan AVAILABLE SEMULA! Saya akan maklumkan!
Buat yang sempat beli… nanti carilah adegan mana yang saya cuba pertontonkan pada background poster ni! TAK SABAR NAK BACA REVIEW KALIAN!!
Sementara itu, 2 lagi naskhah keluaran khas saya sempena 10 TAHUN masih available untuk pre-order sehingga tengah malam ini!
‼️ Ini link pembelian: https://t.co/K1YOGpRTfs
Jaga diri! Nanti saya upload poster promosi terakhir untuk musim pre-order ni pulak! 😍
#pbakl2026 #pbakl #klibf #KLIBF2026
Alhamdulillah, setelah 20,000 jumlah naskhah terjual dalam SEJAM semalam, hari ini, EMPAYAR 4 pula SOLD OUT!
Akan available semula serentak dengan pesta buku insyaAllah!
Alhamdulillahhhh. Haza min fadli Rabbi. Terima kasih semuanyaaa 😭💕
2 lagi keluaran khas sempena 10 TAHUN masih AVAILABLE!
Dalam posting ni, saya ceritakan simplified version proses pembikinan salah satu kulit buku kali ini. Iaitu Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan Edisi Istimewa (MASIH AVAILABLE!)
Sebenarnya ia tidaklah sesimple ini 🥹. Ramaiii sangat yang terlibat untuk betul-betul menghasilkan buku yang betul-betul sedap mata memandang untuk kalian.
Lagi-lagi, untuk naskhah yang hanya diproduce dalam tahun 2026 ini. Naskhah yang diwujudkan sempena 10 TAHUN!
Kalian boleh slide-slide untuk tengok prosesnya!
PRE-ORDER MASIH DIBUKA! InsyaAllah sehingga ESOK! Melainkan direzekikan sold out kesemuanya.
‼️ Ini link pembelian: https://t.co/K1YOGpRTfs
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Bismillah… mempersembahkan, inilah cover Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga! 🥹🤩😍
9 MALAM INI AKAN BUKA PRE-ORDER!
Pertamanya, saya nak minta maaf sebab tulis terlalu panjang. 750 halaman buku Empayar kita kalini 💀!
Percayalah, saya dah banyakkk sangat singkatkan. Saya kekalkan yang penting-penting sahaja! InsyaAllah kalian tak bosan! Alhamdulillah, Allah masih kurniakan ilham untuk menulis.
Bukan tulisan sahaja bertambah, kita juga tambah banyak ciri-ciri best yang lain!
⭐️ Ada 12 ilustrasi dalam Empayar 4!
⭐️ Ada ilustrasi peta sebesar 2 halaman!
⭐️ Ada ilustrasi 3 putera sebesar 3 halaman!
⭐️ FREE bookmark dalam edisi terawal!
⭐️ Ada DISKAUN KHAS untuk pre-order sekali dengan Book Badge!
Terima kasih untuk kalian, kerana sokongan kalianlah kita boleh letakkan modal lebih besar untuk masukkan banyak ilustrasi, 2 ilustrasi besar yang macam poster, berwarna, tanpa kenaikan harga mendadak dengan keadaan sekarang.
Malah, kita siap boleh berikan free gift dan diskaun! Terima kasih atas sokongan kalian 🥹🌹.
Alhamdulillah, kita dah semakin hampir ke penghujung kali ni.
Terima kasih tau sebab beri saya peluang untuk terus berkarya. Terima kasih kerana sentiasa ada dan percayakan hasil seni saya. Seronokkk sangat menulis, siapkan lukisan-lukisan, poster, dan macam-macam lagi untuk kalian.
Thank you, truly. Mungkin ia kecil bagi kalian, but it means more than you think for me. I wouldn’t trade this journey for anything. Every sleepless night… was worth it. 💕
Pre-order akan bermula 9 MALAM INI, Jumaat, 1 Mei! Kalau berminat, kalian bolehlah set alarm! Kita akan tutup selepas 3 hari, atau lebih awal jika direzekikan sold out.
But kalini limit besar, jangan risau 🥹. SETIAP SATUNYA TERHAD PADA 10,000 UNIT!
Akan ada 3 ‘pasangan’ keluaran khas kali ini:
📦 (RM30) Komik Pelukis Jalanan + Book Badge Pelukis Jalanan
📦 (RM 53) Edisi Istimewa Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan + Book Badge Arkitek Jalanan
📦 (RM 50) Empayar 4 + Book Badge Empayar 4
Combo ketiga-tiganya hanya RM125 SAHAJA!
DISKAUN BERGANDA!
‼️ Ini link pembelian: https://t.co/K1YOGpRTfs
Terima kasih sebab baca sampai sini!
‘JUMPA’ MALAM NIII!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Bismillah… mempersembahkan, inilah cover EDISI ISTIMEWA Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan! 🥹🤩😍
Saat ini, generasi baru terutamanya, melalui cabaran untuk membuat pilihan dalam keadaan pengaruh social media yang besar. Antara dilema itu ialah persoalan untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi atau tidak.
Maka saya harap, karya ini serba sedikit dapat mencelah dan ‘memberi pendapat’ kepada golongan muda akan topik ilmu.
Buku ini BUKAN kisah kejayaan. Tapi kisah perjalanan. Kesungguhan, ikhtiar bangun setelah jatuh, kepentingan menuntut ilmu, belajar kerana Allah, jaga agama di mana sahaja kita berada, mengejar cita-cita, mencari hikmah dalam ketentuan, & macam-macam lagi.
Untuk edisi istimewa ini, saya gali phone lama untuk extract beberapa gambar ‘behind the scenes’ yang menjadi inspirasi penulisan ini. Kemudian, kita gabungkan cantik-cantik 2 buku Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan!
Selain daripada cover yang dilukis menggambarkan moment-moment dalam buku, khas untuk 10,000 pertama, saya lukiskan sprayed edges yang bersambung! FREE gold stamping book jacket! FREE bookmark! Harga promosi!
Kalian boleh hadiahkan untuk adik atau anak buah yang lebih muda juga! InsyaAllah, ia sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Dahlah kalini banyak hadiah, ia lagi murah daripada beli Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan asing-asing!
Kita buka 10,000 unit untuk pre-order kali ini! Jangan risau, banyak 🥹.
ESOK, Jumaat (1 Mei), 9 malam! Kalau berminat, kalian bolehlah set reminder!
Akan ada 3 ‘pasangan’ keluaran khas kali ini!
📦 (RM30) Komik Pelukis Jalanan + Book Badge Pelukis Jalanan
📦 (RM 53) Edisi Istimewa Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan + Book Badge Arkitek Jalanan
📦 (RM ?) Empayar 4 + Book Badge Empayar 4
Kalian akan dapat DISKAUN BERGANDA jika beli combo ketiga-tiga pasangan sekaligus!
Link pembelian akan diberikan kemudian.
Esok, beberapa jam sebelum pre-order, saya akan reveal cover Empayar 4 & harga promosi ketiga-tiganya pulak!
‘JUMPA’ ESOKKK!
And terima kasih sangat-sangat sebab sudi menerima kehadiran karya-karya saya selama 10 tahun ni 🥹💕
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Ini pula Book Badge Arkitek Jalanan!
Mempersembahkan…. Book Badge yang kedua daripada 3 Book Badge kali ini! 🤩
Buku Arkitek Jalanan telah lama wujud, hanya Book Badge sahaja yang baru diwujudkan.
Untuk tidak membiarkan Book Badge ini keseorangan, mengiringi Book Badge ini, kita juga akan lancarkan EDISI ISTIMEWA SEMPENA 10 TAHUN, PELUKIS JALANAN & ARKITEK JALANAN!
Akan ada banyak ciri-ciri istimewa dalam edisi sempena 10 tahun ini. Ada juga ciri-ciri yang TERHAD untuk pembeli terawal sahaja!
Edisi Istimewa ini akan di’pair’kan dengan Book Badge Arkitek Jalanan. Dan akan ada harga istimewa untuk pair tersebut! Kalian akan dapat DISKAUN BERGANDA jika beli combo ketiga-tiga pair sekaligus iaitu:
📦 Empayar 4 + Book Badge Empayar 4
📦 Komik Pelukis Jalanan + Book Badge Pelukis Jalanan
📦 Edisi Istimewa Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan + Book Badge Arkitek Jalanan
Harga saya akan maklumkan kemudian, seiring dengan cover reveal nanti. InsyaAllah, banyak diskaun khas untuk pembeli terawal pre-order! Link pembelian pun akan dimaklumkan kemudian.
Esok, insyaAllah saya akan reveal pula design Book Badge untuk EMPAYAR 4!!!
Kemudian, kita akan mula COVER REVEAL satu per satu! 🤩
Kalau berminat, kalian boleh set reminder pada 1 Mei, Jumaat, 9 malam. Akan ada 3 keluaran khas sempena 10 tahun, dengan pakej, ciri-ciri, harga, hadiah, dan items istimewa yang TERHAD hanya untuk pembeli terawal!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Bismillah… announcement milestone ini saya excited nak beritahu kalian, tapi saya paling segan nak sebut hahaha!
Saya ingat lagi ketika sekolah, buku Lawak Kampus dipass-pass. Kami gilir-gilir baca. Vanness, Bepop, Xena, Si Kosong, termasuklah Unknown, saya masih ingat hingga ke hari ini.
Malah sebelum menulis buku, saya sendiri banyak melukis komik berunsur dakwah yang terinspirasi daripada kegemilangan satu rumah penerbitan ini. Kalian pasti tahu. Gempak, Under 18, Utopia, Lawak Kampus, banyak lagi yang tidak asing bagi ‘kipas susah mati’ mereka.
Alhamdulillah… dengan rendah diri saya umumkan, insyaAllah Pelukis Jalanan versi komik, kerjasama dengan GEMPAK STARZ akan keluar Mei ini!
Adalah satu penghormatan yang sangat besar untuk karya pertama saya ini ���terpilih’ untuk dikomikkan oleh GEMPAK STARZ. Sungguh, diri saya yang belasan tahun yang sedang membelek-belek majalah Gempak tidak akan pernah terlintas akan ‘milestone’ ini.
Khas buat para pembaca yang mengangkat coretan ini sehingga ke tahap ini, ���YOU MADE IT GUYSSSS!!!✨ Hahaha! You carried this story further than I ever could 🥹💕. Who would’ve thought Pelukis Jalanan would become a comic one day?! HAHAHA!
Terima kasih kerana ‘jumpa’ karya saya di saat saya masih bertatih, hingga sekarang. Moga-moga usaha ini memberi manfaat kepada lebih ramai orang! Aminnn!
Ramai yang bersekang mata dan memerah keringat untuk ‘translate’ Pelukis Jalanan kepada versi komik. Payah. Namun atas usaha semua pihak, komik ni dah nak release kat kalian dah!!
Macam yang publisher beritahu saya, kita bukan komikkan Pelukis Jalanan, tetapi adaptasi. Maka, akan ada yang tidak sama. Yang istimewanya, ada juga dalam komik ini yang tidak ada dalam Pelukis Jalanan!
Saya harap, keunikan ini menggembirakan semua pihak, terutamanya golongan pembaca terawal penulisan pertama saya 10 tahun lalu.
Komik Pelukis Jalanan akan available bermula 9 malam, 1 Mei ini bersama 2 keluaran khas lain sempena 10 tahun!
Beberapa hari sebelum pre-order, saya akan reveal cover-cover untuk keluaran kali ini! TAK SABAR NAK TUNJUKKK! SERIOUS COVER KOMIK NI CANTIK BAGI SAYAAA!
Doakan semuanya berjalan lancar tau!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Zaman saya sekolah, saya dengan kawan-kawan selalu gilir-gilir baca Lawak Kampus. Under 18, Utopia, majalah Gempak. Kalian pernah baca jugak?
InsyaAllah, esok lusa saya akan announce satu lagi daripada 3 keluaran khas sempena 10 tahun!
🥹😉😮💨🤩🥰👌🏻
#PBAKL2026#pbakl#KLIBF2026
Pohon beringin. Gambaran yang kalian lihat ini adalah salah satu komponen penting dalam wayang kulit, iaitu pohon beringin.
Sesetengah tempat memanggil ia sebagai gunungan, pohon hayat, kayon, dan sebagainya.
Antara kegunaan kemunculan pohon beringin dalam permainan wayang kulit adalah sebagai penanda permulaan dan penamat sesebuah persembahan, serta penanda pertukaran-pertukaran babak.
Namun, fokus kali ini bukanlah pada pohon beringin itu sendiri. Tetapi, pada perincian lukisan pada corak yang saya sediakan buat kalian.
Corak pohon beringin ini menggambarkan susunan lapisan masyarakat di satu tempat penting dalam novel baru saya iaitu Empayar 4.
Dipanggil sebagai warena, terdapat 5 warena di tempat tersebut iaitu Pandita, Parwira, Parantara, Pakarja, dan Palinggir. Manakala golongan hamba pula wujud tanpa diiktiraf dalam susunan warena.
Dalam dunia Empayar 4, kalian akan meneroka di sekitar golongan-golongan ini. TAK SABAR NAK RELEASE UNTUK KALIAN BACAAA! 😭✨😭✨😭✨
15 HARI LAGI akan dibuka pre-order Empayar 4, dan 2 lagi keluaran khas, LIMITED EDITION sempena 10 tahun!
🔔 Kalian boleh set reminder pada pukul 9 malam, 1 Mei jika berminat!
InsyaAllah, kesemua 3 keluaran khas kali ini akan available juga di pesta buku nanti! Hal-hal special yang limited untuk pre-order sahaja tak ada.
#PBAKL2026 #pbakl #KLIBF2026
Kalau perlu berpatah balik masa, nasihat ini antara yang saya akan ceritakan pada diri saya yang masih belasan tahun. 💌
Saya terbang sambung pelajaran ke UK tanpa biasiswa. Terpaksa jadi pelukis jalanan untuk biaya kos pengajian.
SPM saya alhamdulillah, boleh dikatakan cemerlang. Dapat biasiswa untuk sambung pengajian seni bina ke United Kingdom.
Cuma saya buat silap ketika persediaan ke luar negara (A-Level). Saya menyimpang, membuatkan biasiswa saya dibatalkan.
Maka mulanya saya putuskan untuk tak sambung belajar. Saya nak terus meniaga je.
Ntahlah. Mungkin merajuk juga. Merajuk dengan diri, dengan sistem. Kecewa dengan tindakan diri sendiri. Bercampur-baur.
Tapi mama saya kata, “Kalau boleh, mama nak anak mama ada ijazah.”
Mama tak paksa. Tak marah. Mama hormat keputusan saya yang merasakan diri kononnya cukup besar untuk memilih haluan hidup. Mama cakap lembut je.
Kata-kata mama terngiang-ngiang dalam minda saya.
Maka saya beli tiket flight, saya packing mana yang patut, saya fly ke United Kingdom hahaha!
Dramatik je tu. Saya taklah fly tanpa plan. Saya dah ada tawaran uni di UK sebab result A-Level saya dulu taklah teruk. Result saya je kurang 1 point daripada syarat kelayakan biasaswa.
Passport, visa, semuanya kebetulan saya dah buat. Biasiswa je takda.
Tapi saya ada duit simpanan hasil berniaga sikit-sikit masa A-Level. Cukup untuk bayar separuh tuition fees untuk first year, & beberapa bulan duit poket.
Selebihnya saya berserah pada Allah. Pandai-pandailah saya survive.
Sampai UK, tempat tinggal pun saya tak ada. Saya tebalkan muka untuk gilir-gilir tumpang rumah senior & bilik sahabat baik saya di London. Moga Allah rahmati mereka dunia akhirat.
Kemudian slow-slow saya cari bilik sewa sendiri.
Macam-macam yang saya buat untuk survive & tamatkan ijazah. Kerja di kedai fast food. Busking. Jual lukisan di jalanan. Memang keluar terus daripada comfort zone.
Pegi uni jalan kaki 45 minit pegi, 45 minit balik sebab nak berjimat. Kalau tak, tambang bas sehari dah lebih RM10. Currency exchange tinggi!
Makan bercatu. Nasi lauk kuah mee segera tu dah biasa. Kalau dapat ayam goreng, kira mewah sangat dah. Kalau beli makanan untuk self-reward sekali-sekala, kena bahagi 2.
Memandangkan saya memang suka tulis blog sejak zaman sekolah, memori kenangan survival di UK ini pun saya catat.
Cuma bukan semuanya untuk dimuatnaik di blog. Saya tulis buat kenangan di hari tua.
Dipendekkan cerita. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya graduate ijazah sarjana muda seni bina.
Catatan survival saya tu? Ia ditakdirkan terbit menjadi sebuah buku hahaha! Panjang pula kalau nak cerita part ni.
Itulah buku first yang saya tulis. Keputusan untuk fly yang akhirnya menjadi titik mula hidup saya sebagai penulis sehingga berbelas buku kemudian.
Juga titik mula saya bekerja di London sebagai graduate architect.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, saya sangat bersyukur sebab ikut nasihat ibu bapa saya dulu.
Benar, ada detik yang saya rasa tak penting untuk sambung belajar sebab dah mula reti berniaga. Tapi alhamdulillah, saya ikut juga nasihat ibu bapa dengan niat untuk memperoleh reda mereka.
“Redha Allah terletak pada reda ibu bapa, & murka Allah terletak pada murka ibu bapa.” Hadis riwayat at-Tirmizi.
Syukur, dengan niat untuk membahagiakan ibu bapa itulah saya dibuka jalan yang saya lalui sehingga ke hari ini.
Peringkat awal dewasa, kita akan rasa semacam baru bebas.
Perjalanan nampak mudah. Kita sebagai anak muda akan merasa pandai. Merasa berhak suara kita didengar, & berhak buat keputusan dewasa. Kita berkobar-kobar nak mencuba, nak teroka potensi, & buat tindakan besar.
Semua itu tidak salah.
Namun percayalah, tidak rugi kita dengar & mempertimbangkan nasihat yang lebih tua, terutamanya ibu bapa. Minat & kemahuan sahaja tidak cukup untuk mengemudi masa hadapan.
'Ambil kesempatan' untuk menumpang pengalaman mereka. Ambil peluang untuk raih reda mereka.
InsyaAllah, dengan niat yang betul, Allah akan pelihara kita. 🌹
10 tahun sekali 🌹
Dalam setahun, sekali je saya lancarkan buku baru. Dan kali ini, dengan rendah diri saya nak umumkan akan ada 3 keluaran khas! Ada berita gembira yang saya tak sabar nak maklumkan nanti!
Insyallah, akan datang 1 Mei ini. Akan available waktu pesta buku juga!
Terima kasih sebab masih ada di sini sepanjang 10 tahun saya menulis buku 🥹
Saya dapat 10A untuk SPM.
Alhamdulillah, layak untuk mohon hampir kesemua scholarship.
Saya bukan tiba-tiba nak bagitahu result tau hahaha! Apa yang saya nak cerita ialah, tindakan kita selepas SPM itu yang menentukan hala tuju kita. SPM tidak menjamin. Jangan ulangi silap saya.
Dipendekkan cerita, saya dapat scholarship ijazah architecture ke United Kingdom. Namun, ada kesilapan yang saya buat, yang mengakibatkan saya hilang kesemuanya.
Saya terpaksa jadi pelukis jalanan buat beberapa tahun.
Lepas SPM, kita terdedah dengan alam dewasa yang sebenar. Kita perlu buat pilihan besar. Tak ada orang pantau kita kat universiti. Nak tidur 24 jam tak pegi kelas pun tak ada siapa yang marah.
Time ni lah jiwa remaja kita teruji. Lagi mencabar dalam keadaan tiada pemantauan.
Instead of menjadi pelajar yang baik, saya banyak menyimpang. Saya berniaga, saya belajar agama (tidak salah. Cuma pembahagian masa & keutamaan saya yang salah), saya banyak cuba benda baru.
Saya jadi tak nak study.
Merasa diri dah besar, saya banyak buat keputusan pramatang.
Rebel. Saya terlupa tujuan & tanggungjawab sebenar saya. End up saya tidak capai keputusan yang baik untuk exam terakhir saya sebelum layak terbang ke United Kingdom.
Saya kurang 1 point sahaja. Sangat sayang.
Scholarship saya untuk ke UK dibatalkan. Rayuan ditolak.
Bila saya apply universiti dalam negara, hampir tak jumpa universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia yang terima result A-Level. Semuanya minta result SPM.
Maksudnya, saya terpaksa bermula dari awal.
2 tahun A-Level ‘terbakar’ macam tu sahaja. Sedangkan kawan-kawan saya yang masuk asasi, matriks, diploma, semuanya berbaki 2-3 tahun je lagi untuk dapat ijazah. Ada yang dah nak kerja pun.
Saya? Daripada baki 3 tahun, jadi 5-7 tahun untuk ijazah seni bina. Sebab intake tahun tersebut dah tak dibuka.
Masa hadapan terasa gelap masa tu.
Memang rasa tak nak sambung belajar dah. 2 tahun yang 'sia-sia' itu ibarat 10 tahun bagi budak belasan tahun. Kita rasa stress & asyik compare dengan kawan-kawan yang lebih bernasib baik pada mata kita.
Sedih tengok kawan-kawan semua dah hampir tamat belajar sedangkan saya dengan SPM je.
Namun semua tu berlaku atas kesilapan saya juga. Maka, saya terpaksa hadap & perbetulkan semuanya semula.
Apa yang saya nak share ialah, hati-hati membuat keputusan di alam dewasa. SPM bukan penamat, bukanlah penentu segalanya.
Ya, alhamdulillah saya dapat 'kejar' balik akhirnya. Saya terbang ke UK dengan biaya sendiri. Terpaksa buat macam-macam kerja sambil belajar di negara orang. Siap jadi pelukis jalanan. Macam-macam cabaran saya lalui termasuklah kata-kata yang kurang enak daripada orang terdekat.
Tapi, kalian tak perlu lalui semua tu. Kalian boleh elakkan buat kesilapan yang sama.
Dan jika kalian temui jalan buntu, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jika kita berusaha, tak give up, serahkan kepada Allah dalam semua hal, insyaAllah akan ada penyelesaiannya.
Take your time untuk bersedih.
Tapi ingatlah, gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya. 🌹