Tindakan Zionis Israel yang melabel pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah biadab dan tidak berasas sama sekali.
Hakikatnya, kapal-kapal flotilla ini tidak membawa sebarang senjata. Sebaliknya, ia sarat dengan makanan, minuman dan ubat-ubatan yang amat diperlukan rakyat Gaza yang menderita di bawah sekatan zalim.
Pengganas sebenar ialah rejim Israel sendiri apabila mereka menindas, membunuh orang awam tidak bersenjata, dan menyekat bantuan kemanusiaan daripada sampai kepada rakyat Gaza yang memerlukan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Setakat petang ini, saya telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Tรผrkiye, Presiden Mesir, dan Perdana Menteri Qatar bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan.
Saya dan pasukan juga turut berhubung rapat dengan beberapa rakan lain, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan.
Sekali lagi saya tegaskan, kezaliman yang dilakukan rejim Israel mesti dihentikan serta-merta. Malaysia tidak akan berdiam diri apabila hak dan maruah rakyat kita diinjak.
Dengan penuh keprihatinan, saya berdoa kepada Allah SWT agar semua rakan kita yang ditahan dibebaskan secepat mungkin, dan agar saluran bantuan kemanusiaan untuk saudara-saudara kita di Gaza serta seluruh bumi Palestin dapat disampaikan tanpa sekatan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Masih ada yang dok ratib konon Najib kena fitnah dan sekarang Allah balas balik ๐คฃ
Walaupun hakim2 dah jatuh hukuman dan Najib duduk di penjara sebab duit rakyat masuk akaun sendiri.
Walaupun 1MDB disiasat dan wang disita di akaun-akaun sulit di negara-negara lain.
Walaupun pendedahan saya mengenai Tabung Haji, Felda, MARA dibuktikan benar dan kerajaan/rakyat kini menanggung puluhan bilion kerugian.
Nak sokong Umno boleh, itu hak masing-masing.
Tapi nak tilik perancangan Allah dengan meletakkan Najib seperti wali selepas satu dunia dah tengok penyelewengan dan kerosakan, itu memalukan Malaysia, Melayu, keluarga dan diri sendiri.
Moga Allah buka pintu hati orang macam ini untuk menggunakan akal yang Allah bagi.
Sewaktu manusia dahaga tauladan dan contoh budiman, sosok Rasulullah SAW menawarkan wawasan dan aspirasi kemanusiaan yang menyerlahkan suara kejujuran serta kejernihan jiwa terus menjadi panduan.
Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, Baginda juga simbol perpaduan dan pemimpin yang dihubungkan dengan Madinat al-Nabi yang sarat dengan nilai.
Istilah al-Madinat al-Munawwarah pula mengisyaratkan tamadun kekotaan didasari cahaya (petunjuk wahyu) dan mengakar pada asas tauhid. Ia membayangkan aspirasi pembinaan kota sebagai tapak tamadun yang kemudiannya memberi dampak yang besar kepada dunia.
Melalui kepimpinan beliau di Madinah, Baginda meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu dan akhlak serta nilai-nilai kemanusiaan berasaskan nilai-nilai keagamaan.
Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul yang dicirikan oleh iman, nilai-nilai khayr (kebaikan), bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat, beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai ma'ruf dan pembasmian gejala-gejala mungkar.
Firman Allah SWT:
ูููุชูู ู ุฎูููุฑู ุฃูู ููุฉู ุฃูุฎูุฑูุฌูุชู ููููููุงุณู ุชูุฃูู ูุฑูููู ุจูุงููู ูุนูุฑูููู ููุชููููููููู ุนููู ุงููู ููููุฑู ููุชูุคูู ูููููู ุจูุงููููููู
Ali Imran: 110
Maksudnya: โKamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
Berakar kepada sunnah kenabian dan berpohon kepada rahmah Allah SWT, ayuh kita hadapi ranjau dalam kembara membina bangsa dan negara dengan contoh dan hikmah ar-Rasul.
Semoga dengan penghayatan dan kefahaman mendalam mengenai esensi ajaran dan warisan Baginda akan terus memandu dan menggerakkan kita semua untuk berkerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan umat.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Ada sebab kenapa SARA hanya boleh ditebus di pasaraya terpilih & bukannya kedai runcit seperti yg ramai mohon.
Mudah fahamnya, nak jual barang berkaitan SARA, owner pasaraya kena guna modal sendiri dulu kemudian baru gov bayar balik pada owner.
Pembayaran balik tu paling cepat 60 hari.
Ni yg ramai tak sanggup.
APA TUN KATA:
The Government seems happy with the deal they have negotiated with Trump.
FAKTA SEBENAR:
This is not about being โhappyโ but about responsible crisis management. The Government negotiated to avoid a 25% US tariff that threatened over RM198 billion in exports and 100,000 jobs (and this is just for E&E!). We secured the same 19% rate as other ASEAN peers, prioritizing national interests and economic stability.
Ini bukan pasal happy Tun, tapi tanggungjawab untuk menyelamatkan periuk nasi dan mata pencarian rakyat Malaysia.
APA TUN KATA:
In return for the U.S. reducing the tariff from 25% to 19%, Malaysia is abolishing all taxes on 11,000 U.S. products entering Malaysia.
As far as the 11,000 products are concerned, we are abolishing 100% of our tax. For this we only get a reduction in U.S. tariff of only 6% (from 25% to 19%). That is not a good deal.
FAKTA SEBENAR:
This is WRONG.
* Only 60.4% of tariff lines are now duty-free, not 100%.
* The real trade-off is defending over RM198 billion in exports and jobs, along with potential adverse spillovers to the overall economy, financial and capital markets, and not โgiving upโ taxation.
Hanya 60.4% sahaja baris tarif yang dikenakan duti sifar.
100% dengan 60% tu jauh bezanya, Tun. 60% tu lebih sikit daripada separuh, langsung tak sama dengan semua (100%). Jadi tuduhan Tun jelas adalah PALSU.
APA TUN KATA:
And the Prime Minister has stated that Malaysia will supply the U.S. with rare earth.
Now rare earth as rare earth fetches little money. It is only 5% of the total value of the material. Malaysia should process the rare earth and extract the elements in it because the return would be as much as 30 times higher than just rare earth.
Why is Malaysia so stupid as to accept only 5% of the value when we can get many times more.
FAKTA SEBENAR:
Another FALSE statement.
* There is NO agreement, verbal or written, for Malaysia to supply rare earths (REE) to the US or any country, exclusively or otherwise.
* In fact, as of 1 January 2024, Malaysia has imposed a BAN on the export of raw rare earth materials (NR-REE). This was a Cabinet decision and is subject to strict monitoring and six-month reviews.
* The policyโs aim is to ensure all rare earth to be processed domestically, not exported raw, maximizing value for Malaysiaโs economy and job creation. Malaysia is developing a full rare earth value chain, from mining (upstream), processing (midstream), to advanced manufacturing (downstream). The rare earth industry is projected to contribute up to RM9.5 billion to GDP by 2025 and generate thousands of skilled jobs.
* The policy has been communicated to all state governments and compliance is MANDATORY.
Cuba baca balik kenyataan rasmi, Tun. TIADA perjanjian untuk bekal nadir bumi secara eksklusif. Dan tak ada mana-mana kenyataan pun yang menyatakan kita akan bekalkan nadir bumi mentah yang tidak diproses. Malah dasar sedia ada jelas MEWAJIBKAN nadir bumi diproses DALAM negara sebelum dieksport.
Boleh Tun kongsi sumber tuduhan Tun tersebut?
Tak salah untuk mengkritik, tapi bila kritikan tu berlandaskan kepada tuduhan palsu, itu SALAH!
Very shocking:
Israel has just killed Palestinian national team star Suleiman al-Obeid while waiting for aid in Rafah.
I remember hearing his name all the time when the score of matches were announced. He was the top scorer of Gaza in 2016 and 2017. He played mostly for Khadamat al-Shati Club and Gaza Sports Club. He also played al-Amaari FC in the West Bank (2009-2013).
He was named โThe Pelรฉ of Palestine.โ
RIP.
A month ago, Diogo Jota died an a car accident. The whole world mourned him. His photos were everywhere.
Today Israel killed a soccer star while seeking aid.
No one will hear about him. No one will see his photo. No one will mourn him except for his family and friends.
Insya-Allah rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang akan dibentangkan esok akan membawa natijah terbaik buat rakyat dan meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang.
Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan agar kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Usai urusan di Putrajaya, saya kini turun ke Jakarta, Indonesia dalam rangka Lawatan Kerja yang bermula hari ini dan esok.
Insya-Allah, esok saya dijadualkan untuk ketemu sahabat dan Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto.
Doakan Lawatan Kerja kali ini memberi manfaat yang terbaik buat rakyat kedua-dua negara sahabat.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja