UMNO ini pelik. Sewaktu jadi pembangkang, dia tebuk atap nak jadi kerajaan. Bila jadi kerajaan, sibuk nak jadi pembangkang pula.
Tak ada pun niat nak bekerja bantu rakyat, lebih kepada sibuk uruskan agenda sendiri.
Nak keluar dari Kerajaan Perpaduan, silakan sahaja wahai UMNO.
TETAPI tak perlu buat wayang kata Kerajaan langgar garis merah Melayu-Islam. Cakap sahaja tak puas hati dengan keputusan Mahkamah Najib Razak dan nak Kerajaan salah guna kuasa dan masuk campur. Jujur je senang.
Jadi PKR sebenarnya nak perjuangkan apa? Seluruh kempen pilihanraya dulu adalah nak benamkan penyamun. Bila hari ini orang celebrate penyamun kekal dipenjara terus kata uncalled for. At least BN depa konsisten memperjuangkan najib walaupun melingkup. PKR memperjuangkan apa???
Inilah masalah bila kau hidup dalam bubble sendiri. Dia igt semua orang suka denga cara pentadbiran dia. Sentimen rakyat langsung tak kisah. Memang melingkuplah madani ni.
Today's cabinet reshuffle says a lot about PMX. Useless ministers that urgently need to go are not gone like Saifuddin & Fahmi. Then suddenly Ramanan becomes minister lmao? PMX loves surrounding himself with questionable generals & that'll be his downfall. Again.
Kita cukup jumlah bentuk kerajaan, PH sedang bincang bersama GRS - Fuziah
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh memaklumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan pilihan raya negeri di Sabah dan kini sedang mengadakan perbincangan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #beritaterkini #PRNSabah #DUNSabah #suarakyatsabah
Fenomena biasa di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor berucap.
Sebab pergolakan dalam Bersatu, Ahli Parlimen Jelutong bangun dan cucuk jarum.
Beberapa Ahli Parlimen dari PN menjerit dan mengherdik, dalam dewan yang sepatutnya ada tata cara bercakap yang sangat jelas.
Mereka buat begitu sebab doktrin mereka Melayu yang berkuasa, kalau bukan Melayu bertanya soalan yang kurang selesa, boleh flex tunjuk kuasa sebab mereka Melayu.
Kita bising pasal budaya buli di sekolah.
Tiap-tiap hari kita menonton budaya buli di Parlimen, jerit menjerit dan hina menghina.
Mereka ini juga yang bersyarah hebat pasal cara nak hapus budaya buli 😂
Tak hantar anak sekolah sebab mogok nak menteri letak jawatan. Ni bukan masalah budak sekolah.
Sebenarnya yang bermasalah sekarang parents dari kalangan millenials and gen z. Disebabkan kebodohan dorang la anak2 hancur. Akar masalah sekarnag ni parent lebih ramai yang bingai.
𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡-𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡
𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡
𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥-𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡
Ada desakan supaya saya dan 8 lagi ahli parlimen PKR yang memulakan syor penubuhan RCI mengenai badan kehakiman digantung.
Maka ramailah ketua-ketua cabang di seluruh negara berlumba-lumba keluar kenyataan media mendesak kami digantung. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh kata akan bentang kepada Majlis Pimpinan Pusat tidak lama lagi.
Saya perhatikan saja. Anggota parti biasa pun perhati. Rakyat pun perhati juga.
Nasihat saya, kalau main catur atau main dam haji, sebelum ghairah nak makan lawan, tengok dulu aturan kat sebelah kita.
Menggantung 9 orang ahli parlimen menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, lebih sedikit dari DAP, BN dan GPS.
Menggantung kami juga tidak menyelesaikan masalah kerana kami dibayar gaji oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak mereka, jadi kami akan terus bersuara.
Menggantung kami memberi gambaran bahawa tidak ada ruang demokrasi dalam PKR, lebih-lebih lagi apabila ada ahli parlimen seperti Hassan Karim yang lebih teruk mengkritik Perdana Menteri sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan pun.
Nasihat saya kepada pimpinan PKR peringkat cabang dari generasi yang baru menang selepas pemilihan baru-baru ini - PKR tidak dibina dengan menutup mulut.
PKR nampak dinamik kerana kita sentiasa bergerak secara organik dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk membawa isu rakyat tanpa mengikut hirarki atau jawatan parti.
Kita juga diminati rakyat sebelum ini kerana kita paling cepat dan lantang bersuara dalam isu-isu rakyat.
Itulah amalan kami yang tua-tua ini sehingga PKR berjaya membentuk kerajaan dan membuka peluang kepada pimpinan baru, seperti ketua-ketua cabang ini, untuk menjadi orang besar dan berjawatan.
Sebab kalau belum tahu budaya dalam PKR, ini satu petua yang saya nak kongsi:
𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡-𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡
𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡
𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥-𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡