Aku rasa kerajaan kena ambil tanggungjawab pasal telur2 kartel ni.
Meh aku bincang idea aku yang jahil ni.
Jangka masa panjang,
1. Kerajaan perlu sediakan satu kawasan untuk perternakan ayam yang khas untuk bertelur. Kerajaan boleh buat sebab kerajaan ada duit.
22 𝘈𝘱𝘳𝘪𝘭 2026
𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡:
𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗙𝗪𝗖𝗠𝗦
Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal.
Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet.
Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus.
Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan.
Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu.
Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri.
Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini.
Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini.
Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu.
Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi.
Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi.
KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi.
Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu.
Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.
Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.
2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.
3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.
4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.
5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.
Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri.
Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.
Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa.
Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri.
Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR.
Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju.
Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat.
Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan.
Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
@azliby bila anwar jadi pm. bukan main nak mcm2 pantang larang untuk mengkritik kerajaan. soalnya waktu kamu jadi pembangkang. kamu sopan ke? beretika ke? bertamadun ke? alahai hipokritnye la
🔥 RM36.8 JUTA Dalam Rumah! Kau Nak Cakap Ini Kerja Seorang? Rakyat Mula Persoal…Ada Yang Makan Rasuah Ke?
JOHOR BAHRU – Serbuan PERHILITAN di Taman Johor Jaya bukan sekadar kes biasa… tapi membongkar sesuatu yang jauh lebih besar dan mencurigakan.
Bayangkan ini 👇
Dalam sebuah rumah biasa, ditemui:
602 hempedu ular sawa
420 hempedu beruang
107 bahagian harimau
135 bahagian primat
191 bahagian ular sawa
Jumlah keseluruhan?
👉 RM36.8 JUTA!
⚠️ Ini Bukan Kerja Seorang… Ini Sindiket!
Jangan tipu diri sendiri.
Nak kumpul:
ratusan hempedu beruang
bahagian harimau (spesies dilindungi!)
dalam jumlah sebegini besar
👉 Ini bukan kerja sehari dua. Ini operasi bertahun-tahun.
Persoalan paling logik:
👉 Kau nak cakap seorang lelaki saja boleh buat semua ini tanpa bantuan?
😳 Mana Penguatkuasaan Selama Ini?
Lebih panas bila rakyat mula tanya:
Macam mana bahan sebanyak ini boleh bergerak tanpa dikesan?
Berapa lama benda ini disimpan?
Takkan langsung tak ada siapa perasan?
👉 Ini bukan sekadar kes simpan barang…
👉 Ini nampak macam rangkaian tersusun yang lama beroperasi.
💣 Isu “Orang Dalam”? Rasuah?
Di media sosial, satu lagi persoalan mula meletup:
👉 Adakah ada pihak yang ‘tutup mata’?
👉 Atau lebih teruk… ada yang ‘jaga belakang’?
⚠️ Setakat ini, tiada bukti rasmi kaitkan mana-mana pihak dengan rasuah.
TAPI… jumlah sitaan ini terlalu besar untuk dianggap kebetulan.
🚨 Realiti Yang Ramai Tak Sedar
Ini bukan sekadar kes jenayah biasa.
Ini menunjukkan:
Perdagangan hidupan liar masih hidup dan aktif
Mungkin lebih besar daripada yang kita sangka
Dan mungkin… sudah lama berlaku tanpa kita sedar
🔥 Kesimpulan Pedas
RM36 juta bukan angka kecil.
👉 Ini bukan “kes terpencil”
👉 Ini bau kuat sindiket besar
Sekarang rakyat cuma nak satu jawapan:
👉 Siapa lagi terlibat?
TERKINI
RAKYAT LUBNAN DIBUNUH BERAMAI-RAMAI OLEH ISRAEL
80 orang disahkan Terbunuh dan 200 orang disahkan cedera dalam serangan udara Israel di Beirut Sahaja
Ini tidak termasuk kawasan kawasan lain di seluruh Lubnan termasuk Selatan Lubnan
TERKINI
YA ALLAH SELAMATKANLAH LUBNAN
Israel betul betul menggila sebentar tadi Jam 7.30 Malam waktu Malaysia apabila melancarkan 100 Serangan udara serentak di Seluruh Lubnan terutama di kawasan Selatan Lubnan dan Beirut
Dianggarkan ramai rakyat Lubnan terbunuh dan Cedera