Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Johor. Semoga amanah ini dipikul dengan sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat.
Pilihan raya dan pesta demokrasi telah pun melabuhkan tirainya. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke depan, mengutamakan khidmat dan amanah kepada rakyat dan bersama-sama membina sebuah Johor yang lebih makmur dan maju.
๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ข ๐๐๐ง ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฐ๐๐ termasuk kepada jentera yang bekerja keras dan berusaha seupayanya.
Tekad kami jelas, ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ง ๐๐๐๐๐๐๐, ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ค๐ข๐ซ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ก๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ญ๐๐ฐ๐๐ฌ, ๐๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐ฌ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ.
Kerajaan Persekutuan juga kekal komited memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diperkasa dan ditambahbaik, Insya-Allah.
Tee, seorang pesara berpendapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi sekurang-kurangnya 10 tahun untuk memimpin negara bagi memastikan agenda pembaharuan dan pembangunan dibawah Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan sepenuhnya.
#PRNJohor
โ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ ๐ช ๐๐๐๐๐ฅ๐จโ- ๐ฃ๐ ๐๐ก๐ช๐๐ฅ
#BatuPahat : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau membeli sebuah kenderaan mewah jenama BMW untuk kegunaan peribadi.
โAda orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskinย tapi dia beli kereta besar, kereta baharu BMW...ย saya tak beli, itu kereta lama... apa pasal mahu tipu,โ katanya dalam ucapan pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang.
๐ธ fotoBERNAMA
#BernamaImages
#BernamaNews
#PRNJohor2026
@anwaribrahim
Buat anak-anak Johor, pulanglah dan tunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negeri ini.
Berilah peluang kepada HARAPAN untuk berkhidmat dengan jujur, membawa kepimpinan yang bersih dan berintegriti, serta memastikan hasil pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN ๐บ๐ฉ
#HARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#YakinHARAPAN
Johor terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai projek berimpak tinggi yang bakal membawa manfaat besar kepada rakyat.
Di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Perdana Menteri, pelaburan dalam pembangunan infrastruktur, pengangkutan awam, kesihatan dan mitigasi banjir terus menjadi keutamaan demi meningkatkan kualiti hidup rakyat Johor.
Antara projek utama yang sedang dilaksanakan termasuk Projek Double Tracking Gemas-JB, Rapid Transit System (RTS) Link, pelebaran lorong ketiga PLUS, projek tebatan banjir Johor, Loji Rawatan Kumbahan Sungai Kim-Kim serta Hospital Pasir Gudang.
Komitmen Kerajaan MADANI terhadap pembangunan Johor terus diperkukuh menerusi kelulusan beberapa projek baharu berskala besar termasuk Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART), Hospital Sultanah Aminah 2 dan Hospital USIM di Sedili.
Pembangunan bukan sekadar angka dan nilai pelaburan, tetapi tentang bagaimana hasilnya dapat dirasai oleh rakyat melalui peluang pekerjaan, jaringan pengangkutan yang lebih cekap, akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik serta kesejahteraan hidup yang terus dipertingkatkan.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap negeri, termasuk Johor, menikmati pembangunan yang mampan, inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
#MalaysiaMadani
#YakinMadani
#KementerianDalamNegeri
#SaifNasution
"Kalau Ada 10 Pak Hassan di Johor Aku Letihlah"! Gurau Anwar Sambil Puji Hassan 'Loyal' & Berprinsip
.
.
.
#MalaysiaGazette#MGNews
Video : @aqiraazemi
Di sela lawatan kerja ke Kuantan semalam, saya berkesempatan menziarahi sahabat lama saudara Fauzi Abd Rahman yang juga mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota. Orangnya tegas tapi sangat jujur. Pertemuan ini sederhana pada zahirnya, namun sarat dengan makna. Kami mengikat tali kenangan, prinsip dan semangat perjuangan yang tidak kunjung pudar. Dalam suasana lebaran yang masih hangat, ia kembali mengingat betapa nilai silaturrahmi antara insan mesti terus diperteguh.
Pagi ini saya berkunjung ke Kuala Kangsar untuk bertemu guru, anak-anak serta bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Di sebalik tekanan cabaran ekonomi akibat krisis tenaga global ketika ini, saya tegaskan bahawa soal pendidikan dan naik taraf kemudahan sekolah tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
Dalam lawatan ini, saya tekankan bahawa projek kecil yang menyentuh keperluan harian pelajar, termasuk pembaikan kemudahan asas, mesti disegerakan tanpa berlengah. Keutamaan ini tidak boleh dikompromi walau dalam keadaan krisis, kerana masa depan anak-anak tidak boleh menjadi korban.
Namun dalam memastikan keutamaan ini terus dilaksana, kita tidak dapat lari daripada realiti bahawa dunia sedang berdepan krisis tenaga global yang kian meruncing, susulan konflik di Asia Barat yang menjejaskan bekalan minyak dan gas serta mencetuskan ketidaktentuan pasaran di seluruh dunia.
Tempiasnya turut dirasai di negara kita. Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI terus berikhtiar sedaya upaya memastikan rakyat tidak terbeban, termasuk mengekalkan harga RON95 pada kadar yang rendah serta meneruskan subsidi diesel kepada golongan yang memerlukan, sambil mengimbangi keperluan melindungi rakyat dan menjamin bekalan tenaga negara untuk jangka panjang.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan bahawa pendidikan kita perlu mengutamakan keupayaan berfikir secara kritis, memupuk nilai serta akhlak, di samping menguasai pelbagai bidang ilmu. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, ilmu tanpa nilai boleh memesongkan arah jika tidak dipandu oleh adab dan keinsanan.
Dalam kesempatan sama, saya turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM296,000 bagi kerja-kerja baik pulih bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang kini digunakan oleh SMK Clifford, sebagai usaha memelihara warisan sejarah serta memastikan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada warga sekolah.
Insya-Allah, dengan keutamaan yang jelas terhadap pendidikan serta kefahaman dan kebersamaan dalam mendepani cabaran global, kita mampu mengharungi ujian ini bersama-sama, sambil terus membina masa depan negara yang lebih adil, berdaya tahan dan berteraskan nilai.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Saya berkesempatan mengiringi YAB Perdana Menteri, @anwaribrahim menyantuni anak-anak muda dan belia negeri Pahang yang cukup luar biasa semangatnya sempena Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 di Kuantan semalam.
Menerusi amanatnya, YAB Perdana Menteri menitipkan pesan yang cukup bermakna. Beliau berkata nadi dan kekuatan masa depan negara terletak pada keberanian generasi muda untuk bangkit, berfikir jauh, dan bertindak dengan penuh tanggungjawab.
Beliau turut meraikan dan merakamkan ucapan tahniah buat para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. YAB Perdana Menteri juga berpesan dalam ucapan beliau, dalam kita mengecap kejayaan, jangan sesekali lupakan pengorbanan ibu bapa dan guru.
Sebagai bukti keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan dirasai terus oleh rakyat, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan beberapa inisiatif penting. Antaranya termasuklah projek naik taraf gelanggang futsal di Kampung Bukit Bayroute serta pembinaan dewan pembelajaran baharu di Maahad Tahfiz Ribath Al-Mustofa.
Semoga anak-anak Pahang terus melangkah dengan berani, berpegang teguh kepada jati diri yang utuh, dan menjadi pelapis yang akan membawa makna serta kemakmuran buat masa depan negeri dan negara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
#Pahang
Saya berbesar hati dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, @anwaribrahim meluncurkan MADANI Mart yang pertama di Indera Mahkota 8 petang tadi.
MADANI Mart merupakan usaha Yayasan MADANI bagi meringankan beban rakyat dan komuniti setempat dalam merungkai krisis bekalan dan barangan keperluan untuk jangka pendek dan panjang pada harga yang berpatutan.
MADANI Mart menyasarkan pembukaan sekurangnya 640 buah cawangan seluruh negara dengan matlamat setiap DUN satu cawangan.
Harapan saya agar inisiatif murni ini berjaya dan mendapat sokongan rakyat.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#MADANIBekerja
#MADANIMart
#Pahang
#InderaMahkot
Saya kemudiannya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), kembali menjejak kenangan di alma mater yang banyak membentuk asas pemikiran, disiplin dan perjalanan hidup saya. Sempat menghimbau saat bersama rakan dan guru-guru, yang jasanya tidak terdaya saya lupakan atau mampu dibalas, kerana budi mereka terlalu tinggi dan mulia.
Dalam sesi Temu Anwar bersama anak-anak MCKK, soalan-soalan yang dibangkitkan menyentuh isu besar, daripada cabaran geopolitik semasa hinggalah kepada peranan pendidikan dalam membentuk masa depan.
Saya jelaskan bahawa dunia kini berdepan ketidaktentuan yang kian meruncing akibat konflik di Asia Barat. Serangan berterusan Israel terhadap Iran dengan dukungan Amerika Syarikat telah mencetuskan kitaran keganasan yang semakin melebar dan berpanjangan.
Di Gaza pula, dunia menyaksikan pembunuhan rakyat awam, kemusnahan infrastruktur asas dan penderitaan kanak-kanak yang tidak berdosa. Namun, lebih mengecewakan apabila sebahagian kuasa besar Barat memilih untuk berdiam diri, malah dalam keadaan tertentu terus memberikan sokongan politik dan ketenteraan.
Inilah wajah hipokrasi yang nyata dan tidak boleh kita terima. Mereka berbicara lantang tentang hak asasi manusia tetapi apabila berdepan pembunuhan, kezaliman dan perampasan tanah, prinsip itu menjadi selektif dan dipolitikkan mengikut kepentingan.
Lebih membimbangkan, semua ini dilakukan oleh negara-negara yang memiliki kecanggihan teknologi, kekuatan ilmu dan institusi pendidikan terbaik di dunia. Namun apabila kecerdasan tidak disertai nurani, ia hanya melahirkan kekuatan tanpa kemanusiaan.
Menjawab persoalan anak-anak tentang masa depan pendidikan, saya tekankan bahawa kita tidak boleh melahirkan generasi yang hanya cemerlang tanpa jiwa, Excellence Without a Soul seperti diungkapkan oleh profesor Universiti Harvard, Harry R Lewis. Pendidikan harus melahirkan insan yang bukan sahaja unggul dari segi intelek, tetapi juga berakar pada nilai, akhlak dan keinsafan.
Dengan ilmu, peluang dan ruang yang diberikan, menjadi amanah untuk membina masyarakat yang lebih adil, berperikemanusiaan dan bermaruah, serta membuka akses pendidikan berkualiti kepada semua, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Dalam taklimat khas semalam, saya tegaskan bahawa krisis tenaga global semakin parah dan pemulihannya dijangka mengambil masa panjang. Malaysia masih bertahan, namun hakikatnya situasi kini bukan lagi seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat bagi menampan impak krisis dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion, memastikan harga RON95 kekal RM1.99 seliter dan subsidi diesel terus disalurkan kepada golongan yang layak.
Langkah tambahan turut diambil untuk menjamin bekalan tenaga dan mengawal penggunaan bahan api, termasuk pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) untuk sektor awam bermula 15 April.
Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Melalak โtiada tindakanโ tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen.
Selamat berbuka semua!
Hari ini, kita meraikan komitmen penjawat awam dengan kenaikan gaji baharu tertinggi dalam tempoh 12 tahun yang terbesar dalam sejarah bagi penjawat awam.
Ia bukan sekadar angka, tetapi pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen anda demi pembangunan negara.
Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi, dan semangat kebangsaan.
Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Hari ini, saya mengiringi YAB Perdana Menteri Datoโ Seri @anwaribrahim ke Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Pahang bagi mendengar taklimat pembangunan daerah oleh YAB Menteri Besar Pahang yang disertai pimpinan Kerajaan Negeri dan daerah.
Dalam sesi taklimat bersama kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang, YAB Perdana Menteri menekankan keperluan setiap projek dilaksanakan dengan segera serta berintegriti tanpa sebarang alasan kelewatan daripada pihak pengurusan atau kontraktor.
Beliau juga mahu masalah kemiskinan tegar melibatkan 106 keluarga di Bentong diselesaikan dalam masa sebulan.
Insya-Allah, usaha yang ingin digerakkan ini akan dilaksanakan dengan penuh iltizam dan pemantauan rapi bagi memastikan tiada lagi rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Dalam sesi lawatan kerja YAB Perdana Menteri @anwaribrahim hari ini, acara diteruskan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong dalam pertemuan bersama para pelajar tahfiz serta wakil institusi pondok dan maahad sekitar Pahang.
YAB Perdana Menteri menekankan beberapa perkara antaranya iltizam Kerajaan MADANI memperkukuh pendidikan Islam melalui peruntukan lebih RM2.6 bilion tahun ini bagi membina ekosistem pendidikan yang berdaya tahan dan bermaruah termasuk sokongan berterusan kepada maahad tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok.
YAB Perdana Menteri juga turut mengingatkan kepentingan memelihara akar turath dan disiplin ilmu sambil memperkasa penguasaan teknologi serta kecerdasan buatan (AI) agar institusi pondok dan sekolah agama kekal relevan dan mampu mendepani perubahan zaman tanpa mengorbankan nilai serta akhlak.
Di kesempatan yang ada, kami turut mendirikan solat zohor berjemaah dan mengeratkan ukhwah sesama kami. Alhamdulillah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
[Kepentingan Maโahad Tahfiz, PM-X Ajak Menteri Ekonomi Turun Padang Lihat Sendiri, Luar Biasa!]
PM @anwaribrahim menegaskan bahawa sama ada sekolah arab, cina atau tamil mesti ambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia.