@MosabAbuToha Haha u think u god in world only two days Allah SWT pays to your country. #israelNottheWinner haha israel better go to hell and USA must go to hell to ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
Tular sebuah video dikongsi warga maya yang dipercayai memaparkan remaja di bawah umur didenda KETUK KETAMPI oleh polis dalam satu sekatan jalan raya sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 di ibu negara malam tadi.
๐น Si Solihin
#digitalbernamatv#ambang2025#tahunbaharu
Tengah hari tadi melakukan kunjungan ke medan selera di Taman Warisan Pertanian dan makan tengah hari bersama-sama warga Putrajaya.
Usai makan tengah hari, saya ke Surau Pudina di Presint 17 untuk menunaikan solat Jumaat. Saya dan jemaah turut sertai solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Asyraf Ibrahim bagi memohon perlindungan daripada musibah banjir.
#MalaysiaMADANI
๐๐๐ง๐ข๐ง๐ฃ๐๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐ข ๐๐จ๐ญ๐ ๐๐ก๐๐ซ๐ฎ, ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ญ๐๐ง: ๐๐จ๐จ๐ซ๐๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ฃ๐ข๐ซ
Setelah berhubung dengan YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin semalam, hari ini saya tiba ke Negeri Kelantan bagi melihat sendiri bersama beliau keadaan banjir yang sedang melanda.
Setibanya di sini, saya telah menerima taklimat daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan mengenai keadaan semasa di sini.
Situasi banjir kali ini disifatkan lebih serius berbanding sebelumnya, dengan lebih 71 ribu mangsa melibatkan lebih 22 ribu keluarga telah dipindahkan ke 240 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.
Saya telah mengarahkan beberapa tindakan segera untuk dilaksana termasuklah mengatur gerak lebih 7,000 anggota dan pelbagai aset dari semua Agensi yang terlibat bagi memastikan bantuan sampai kepada seluruh mangsa banjir di sini.
Saya juga sempat ke Menara Tinjau Sungai Kelantan, Tambatan Diraja Kota Bharu bagi menilai sendiri keadaan Sungai Kelantan yang telah menyebabkan limpahan air ke kawasan sekitarnya.
Saya melihat koordinasi antara Agensi yang terlibat adalah baik dan kita juga mengenalpasti pelbagai langkah penambahbaikan yang akan dilakukan segera agar kebajikan serta keperluan rakyat Negeri Kelantan yang terjejas banjir disantuni segera.
Saya mohon agar semua terus tabah dan sabar. Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kita titipkan doa agar keadaan ini segera pulih dan segala usaha dipermudahkan oleh-Nya. Insya-Allah.
#SituasiBanjir
#NADMA
Tadi berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota bersama Menteri Besar Pahang, Menteri Dalam Negeri, dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan sebagai acara penutup dalam lawatan satu hari ke negeri Pahang hari ini.
Ramadan adalah bulan yang terbaik sebagai wahana menambah ilmu pengetahuan serta memanfaatkan ruang ini memperkukuh madrasah ruhiyyah Ramadan.
Umat yang baik adalah yang cekap mengadun dan menggarap persoalan semasa yang rumit seperti peralihan tenaga, AI dan transformasi digital bagi melonjak negara ini ke depan dalam menciptakan tamadun.
Mari bersama tinggalkan budaya dan sikap lama yang hanya menjadikan kita sebagai tukang jerit sebaliknya berusaha sedayanya menjadi masyarakat dan bangsa yang tinggi nilai dan berpengetahuan.
Itu mesej saya sewaktu di majlis berbuka bersama warga Kuantan.
#MalaysiaMADANI