Hari ini saya melancarkan MySiren, Sistem Amaran Awal Nasional yang membolehkan amaran bencana seperti banjir, cuaca buruk dan tsunami dihantar terus ke telefon bimbit di kawasan berisiko.
Tidak perlu muat turun aplikasi atau membuat pendaftaran.
Perkhidmatan ini juga percuma.
Ujian MySiren akan dilaksanakan di seluruh negara pada Ahad, 29 November, antara 10.10 dan 10.30 pagi.
Jika ada terima amaran berlabel ujian, jangan panik!
Pastikan telefon dikemas kini dan tetapan Amaran Kecemasan diaktifkan.
Insya-Allah, amaran lebih awal beri kita masa untuk bertindak.
Untuk maklumat lanjut layari: https://t.co/p3WA262dnC
@Adzzalle2022@Hatake01717409@adamyusuf88 Tak buat kerja kena kutuk, buat kerja pun kena kutuk, kita tegur yg sepatutnya buat kerja pun kena kutuk. Mungkin org2 yg rajin komen2 mcm ni yg patut jadi org politik. Silalah
Terima kekalahan dan tampal poster ni dekat dahi masing² 😅
Jangan tunding jari
"Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results" - Albert Einstein
Sekian.
Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 551 sekolah agama di Selangor merupakan langkah pencegahan awal bagi menangani risiko jenayah, pencerobohan dan gejala buli, sekali gus menjamin keselamatan warga sekolah.
EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata langkah itu diambil bagi memastikan persekitaran sekolah agama kekal selamat dan terpelihara daripada sebarang ancaman.
#MediaSelangor #KlikSemasa #CCTV #Sekolah #BelanjawanSelangor2027
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PEGUAM NEGARA MOHON PERKENAN MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG
Peguam Negara hari ini memohon perkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam kes SRC International.
Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB.
PEJABAT PERDANA MENTERI
7 November 2026
Kerajaan Selangor mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini melaksanakan tindakan penguatkuasaan serta-merta terhadap premis sembelihan ayam tidak berlesen.
EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang semalam (6 November 2026).
#MediaSelangor #MMKN #DrMohammadFahmiNgah
Bagus YB @FahmiDoc rakam dan buat video macam ni
Barulah rakyat nampak peranan dan fungsi YB untuk memudahkan urusan serta menyelesaikan masalah rakyat.
Kalau tak buat macam ni akhirnya jadi bangau oh bangau dan masalah tak selesai.
Puas hati tengok ending 👍
Kerajaan Selangor berpandangan pendekatan lebih tegas perlu dipertimbangkan bagi membendung kegiatan penipuan dalam talian atau ‘scam’ susulan peningkatan kes yang dilihat memerlukan tindakan lebih daripada sekadar kempen kesedaran.
EXCO Infrastruktur Digital, Dr Mohammad Fahmi Ngah @FahmiDoc berkata aspek penguatkuasaan berkaitan jenayah siber berada di bawah bidang kuasa agensi Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri.
#MediaSelangor #KlikSemasa #scam #MohammadFahmiNgah
Di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya, terletaknya Droneport-1000 iaitu kawasan ujian dron terbesar negara. Keluasannya 24 kilometer persegi dengan ruang udara setinggi 1,000 meter dan dron besar sudah diuji terbang sejauh 40 km.
Peruntukan RM500 ribu disediakan untuk menaik taraf kemudahan dan melaksanakan program bersama pihak swasta. Geran padanan juga sedang turut dipertimbangkan untuk menarik lebih banyak penglibatan syarikat lain.
Nilai sebenar Droneport-1000 ialah peluang pekerjaan. Dengan pengumpulan pelbagai syarikat yang hadir, akan terbuka ruang kerja dan latihan untuk juruteknik, jurutera serta anak muda tempatan yang meminati bidang teknologi dron.
Menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) juga, insya-Allah kita mempunyai rancangan meneroka dan memperluaskan lagi penglibatan dalam industri teknologi dron di Selangor.
#KitaSelangor
#RS2
@vanillathundhh@adibhazlami Approval for this area was done way back in 2008, i was only voted in 2023, so i cannot answer how this particular dev was approved then.
If there was a risk of landslide on this development, that wld hv been raised in its earlier EIA study.
@vanillathundhh@adibhazlami For every new development it is mandatory to hv approved EIA, TIA, SIA together w public consultations before final approval is given by @pjcitycouncil
@vanillathundhh@adibhazlami Sure agreed for planning.
However, how do u embed climate changes, faster population growth n traffic than expected etc? Prepare to hv exceptions, iterations and later workarounds when required. We r only humans