Minyak Petronas Sebenarnya Tak Jimat? Ini Realiti Yang Aku Nampak.
Dulu aku ni memang kipas susah mati Petronas, kalau nak isi minyak tu wajib cari stesen dorang je.
Sebab utamanya sbb senang guna app Setel, lagipun niat di hati memang nak sokong barang lokal biar makin maju.
Top 10 Stadiums in the U.S.A🇺🇸
USA stadium aesthetics and Architecture are insane , too beautiful for a country that isn't all about football . You gotta give them some credit for this 2026 #FIFA WorldCup
Thread 🧵🍿
Sedih aku baca ni. Tak sangka hingga ke tahap sebegini. Tolong Rohingya ni kewajipan saudara saudara muslim. Susah bagaimana pun, kewajipan tu tetap ada hinggalah ke hari kiamat.
Kita lupa, ikatan akidah jauh lebih tebal daripada ikatan darah atau sempadan geografi ciptaan kafir. Menolak saudara seagama yang sedang dizalimi hanya kerana mereka "bukan warganegara" adalah jauh daripada jalan agama kita ajarkan.
Lupakah kita pada firman Allah,
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara
فَاَصْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;
وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah Al-Hujurat, ayat 10)
Kata Allah lagi,
وَإِنِ ٱسْتَنصَرُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ فَعَلَيْكُمُ ٱلنَّصْرُ
“... dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu memberikan pertolongan...”
(Surah al-Anfal, ayat 72)
Hari-hari kita minta rahmat Allah. Tapi bila kita diuji sebegini, terus kita taknak bantu mereka sedangkan mereka menghadapi genosid. Kita langsung tak sedar kita memutuskan tali persaudaraan yang diikat oleh Allah!
Jika Nabi SAW masih ada, pasti Nabi tidak akan pernah sesekali berpaling daripada golongan yang dizalimi ini hanya kerana sebab mereka ini menyusahkan. Beza betul dengan kita, kita layan mereka seolah-olah macam haiwan buangan bahkan ada yang lebih teruk hingga sampai ugut nak bunuh mereka!
Padahal disana Nabi SAW nyatakan,
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama tubuh. Jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” (Riwayat Muslim)
Bagaimana kita boleh tidur nyenyak dan mendabik dada sebagai Muslim, jika ada sebahagian "anggota tubuh" kita (saudara seakidah) yang sedang berdarah, kelaparan, dan dinafikan hak kemanusiaan mereka?
Jika lambakan pendatang tanpa izin atau pelarian menyebabkan masalah sosial dan ketidakselesaan awam; fokus sahaja pada masalah sebenar iaitu polisi, penguatkuasaan, dan pengurusan sempadan, bukannya pada hak pelarian untuk hidup.
Kritiklahlah menteri, desak kerajaan wujudkan mekanisme pengurusan pelarian yang lebih sistematik. Kita ada ramai bijak pandai. Namun tindakan kita maki hamun, pastu siap ugut nyawa golongan pelarian ini membuatkan kita tidak ubah seperti Zionis yang rasis dan xenophobic sampai hilang sifat kemanusiaan namun dalam masa sama kita masih memanggil diri kita sebagai seorang Muslim, ini jauh lebih teruk!
Kita nampaknya kurang syukur bahawa negara kita Malaysia negara yang dilimpahi rahmat Allah di dunia. Keamanan kita luar biasa. Salah satunya sebab orang Melayu dari dulu lagi dikenali sebagai bangsa yang rahmah dengan mereka yang lain. Jadi kalau kita ambil keputusan untuk cancel rahmah kita, lalu kita hendak bertukar jadi bangsa durjana, kena ingat bahawa Allah bila-bila masa sahaja boleh cancel rahmat-Nya ke atas kita.
Baginda Rasulullah SAW sebut dalam Sahih al-Bukhari,
هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُزَرْقُونَ إِلَّا بِضْعَفَائِكَمْ
“Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki disebabkan orang-orang lemah dalam kalangan kamu?”
Kata Nabi lagi dalam Sahih Muslim,
وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ
“Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”
Ittaqullah! Jangan kita gadaikan akhirat kita hanya kerana fikiran cetek kita.
The biggest scam in Msian cafe culture today (apart from really terrible coffee beans) is the big breakfast. Cafes like Lisette and Kenny Hills selling toast, eggs, beans, mushrooms for RM40. I don't know if they're delusional or Msians have no sense of value. Like, wtf?
bukan ada rules ke tak boleh main alat musik dalam train?
Dalam pengangkutan awam, takda siapa yg suka bising2. Buat kat tempat open takpa. Ni common sense takda 🤷