Official page of the Emb. of Malaysia in Doha. The Emb. promotes diplomatic and friendly people-to-people relations between Malaysia and the State of Qatar
[TERKINI] PM Anwar tiba di Doha, Qatar pada Ahad malam (waktu Qatar) bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari di negara itu.
📹 Nor Baizura Basri | BERNAMA
#VideoBernama#Doha#Qatar@anwaribrahim
Alhamdulillah selamat mendarat di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.
Ketibaan saya disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.
Sepanjang lawatan rasmi ini juga, saya akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.
Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar.
Moga lawatan kerja ini membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
Hari pertama lawatan kerja di Doha dimulakan dengan Majlis Menghadap ke atas Emir Qatar, Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Pertemuan atas jemputan Sheikh Tamim ini terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik yang telah pun mencecah 50 tahun.
Kedua-dua pemimpin juga membincangkan secara mendalam mengenai konflik Palestin-Israel dimana semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin. Dalam hal ini, negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian ini.
Turut dibincangkan adalah kerjasama dua hala dan mempermudahkan pelaburan serta pendidikan tinggi yang kemudiannya telah disentuh secara mendalam ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani
Kami berdua sepakat dan bersependapat bahawa kerjasama pelaburan di antara kedua-dua negara perlu terus dipertingkatkan dalam tahun-tahun yang mendatang.
Delegasi Malaysia kemudiannya telah diberi penghormatan jamuan rasmi negara yang dihoskan oleh Sheikh Mohammed.
Semoga ikatan persahabatan antara Malaysia dan Qatar akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
Saya diberikan penghormatan oleh Universiti Hamad bin Khalifa untuk menyampaikan syarahan umum berjudul Masa Depan Dunia Islam di Perpustakaan Negara Qatar.
Saya singgung cabaran dan tribulasi dalam era pasca normal yang menuntut pemimpin dunia Islam menggembleng kudrat berhadapan isu Islamofobia, diskrminasi dan hipokrasi kuasa besar dunia.
Umat Islam harus kekal waras dan kembali kepada akar kekuatan yang bertunjangkan budaya ilmu, akhlak, karamah Insaniah serta ketaqwaan yang mendasari ajaran Islam dan budaya ketimuran yang pernah saya ungkapkan dalam karya The Asian Renaissance.
Pesan saya pada akademia dan mahasiswa yang hadir agar terus istiqamah menjunjung nilai kemanusiaan dan ketulusan dalam merencana masa depan dunia Islam yang lebih cerah.
#MalaysiaMADANI
Tkasih Astro Awani. Berpeluang kongsi pengalaman Raya di Doha. Tkasih warga Malaysia di Qatar atas kerjasama dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia @MalaysiaMFA@FAM_Malaysia
https://t.co/rKCrECq49l
M.A.D.A.N.I lwn K.A.R.T.E.L
1. Minyak masak.
Minyak masak zaman PN melambung tinggi. Kartel tekan kerajaan PN untuk naikkan harga sesuai harga pasaran dunia.
Thank you, dear passengers, for an amazing journey with Malaysia Airlines through 2023! Despite the challenges, your unwavering support fuelled our resilience. We enjoyed extending our Malaysian Hospitality and as we soar higher in 2024, we promise to serve you even better.
Embracing our role as Malaysia's national carrier, we take pride in bringing tourists to our home and connecting them to Asia and beyond.
Get ready to embark on the flight of your dreams with us in 2024!
#FlyMH2024 #MalaysiaAirlines #Gratitude #JourneyTogether #MalaysianHospitality
Ramai yang tahu bahawa salah satu punca Malaysia terdedah kepada risiko kenaikan harga makanan mendadak ialah kerana industri pertanian berkaitan makanan bukanlah aktiviti besar dalam ekonomi negara. Memang betul kita ada sumbangan yang besar kepada ekonomi dari sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladangan besar-besaran untuk kelapa sawit.
Jadi apa kena mengena tugas Kementerian Ekonomi dengan industri pertanian moden? Kementerian Ekonomi adalah perancang dan penyelaras kepada semua kementerian dan agensi dalam perkara-perkara yang bersabit ekonomi. Hala tuju pertanian negara adalah kunci untuk memperbaiki beberapa kekangan utama dalam ekonomi, seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dan pengwujudan peluang pekerajaan di kawasan luar bandar untuk menghidupkan ekonomi luar bandar.
Usaha memodenkan industri pertanian ke arah kestabilan penawaran dan permintaan serta keterjaminan makanan banyak pula bergantung kepada guna tanah bagi tujuan pertanian, serta kemampuan negara menggerakkan lebih banyak guna tenaga ke dalam sektor pertanian.
Semua ini tidak akan berlaku hanya melalui slogan atau arahan dasar. Ia memerlukan data yang lengkap dari seluruh negara - berapa banyak tanah yang digunakan untuk pertanian, tanaman apa yang diusahakan, mutu tanah yang berbeza-beza, topografi bumi, jumlah pekerja, kos untuk menghasilkan produk pertanian dan sebagainya.
Bagi tujuan ini, agensi Kementerian Ekonomi iaitu Jabatan Perangkaan (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024, iaitu usaha pengumpulan data menyeluruh mengenai industri pertanian di seluruh negara.
Banci Pertanian dijalankan oleh pentadbiran terdahulu sebanyak 3 kali sahaja sebelum ini, iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1960), Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Badawi (2005). Ia langsung tidak dijalankan semasa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad atau Dato' Seri Najib Razak - yang memberi gambaran bagaimana dalam dekad-dekad terdahulu, tumpuan perancangan pertanian tidak menggunakan data yang paling terkini dan tepat.
Saya teruja dengan dapatan Banci Pertanian 2024 ini yang akan membantu perancangan pertanian moden negara untuk 10 tahun akan datang.
Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil, Insya Allah perancangan yang baik, dari data yang lengkap, disusuli dengan pelaksanaan berfokus, akan merungkai masalah keterjaminan makanan dan kestabilan penawaran dan permintaan makanan dari satu tahun ke satu tahun.
Malaysian Palm Oil is used in kitchens all over the world because it:
Does not oxidise easily
Produces fewer gummy materials
Has a neutral flavour
Withstands high heat