Sebelum ni orang follow Starbuck dan McDonald's nak tengok lokasi tu berpotensi ke tak untuk buat bisnes dan beli rumah.
Sebab team data sciences diaorang power. Dah kaji banyak faktor dan buat kajian sebelum buka cawangan.
Biasanya, lepas ada McDonald's, kawasan tu memang akan terus membangun selepas beberapa tahun seperti yang mereka predict.
Cuma itu valid sebelum boikotlah. Tak pasti sekarang.
Sekarang nak tahu tempat tu 'atas', mereka tengok Village Grocer dan Jaya Grocer pula.
Kalau ada premium groceries store kat tempat tu, maksudnya level of income penduduk kawasan tu dah meningkat dan bagus, criminal low dsb. Ia dijangka akan terus maju.
Itulah tips yang belajar dari geng hartanah. Tak mampu buat kajian sendiri, follow company yang ada team data sciences power buat research dan survey.
Tak ada jaminan. Tapi lebih baik daripada cari kawasan nak buka bisnes dengan agak-agak je.
Aku jawab persoalan ini sebagai seorang Muslim, dengan dua lensa:
Pertama, sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
Kedua, daripada pengalaman peribadi dan pemerhatian yang aku nampak sendiri.
Dan sebelum kita pergi lebih jauh,
Jika yang membaca tweet ini termasuk dalam golongan yang masih yakin bahawa “Perbankan Islam” hari ini benar-benar bebas daripada riba’, atau menganggap ia solusi sempurna yang Allah redha, maka tulisan ini bukan untuk kau.
Kau boleh pergi minum air rendaman kaki panel syariah bank dan teruskan hidup macam biasa. Tulisan ini untuk mereka yang benar-benar mahu mencari jalan keluar. Yang sanggup susah, asalkan tidak menzalimi diri dengan riba’. Yang masih ada sekelumit rasa takut kepada Allah dalam urusan harta dan kehidupan.
Segala perbincangan tentang harta dan riba’ mesti bermula dengan satu kesedaran paling asas: dunia ini hanyalah tempat singgah sementara. Kita diciptakan bukan untuk menetap di sini selama-lamanya, tetapi untuk diuji. Sama ada kita tunduk kepada sistem Allah, atau sistem manusia yang menyimpang dari fitrah.
Apabila hati seorang Muslim benar-benar memahami hakikat ini, dia tidak lagi melihat dunia dengan pandangan orang yang mahu mengakar di dalamnya. Dia akan berfikir seperti seorang pengembara, yang cukup sekadar memiliki apa yang perlu untuk meneruskan perjalanan, bukan membina istana di padang pasir yang sementara.
Rasulullah bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang pengembara, atau seorang yang melintas jalan."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dan seorang pengembara tidak membeli sesuatu dengan hutang yang menjadikannya terikat sepanjang hayat. Dia tahu perjalanan ini pendek, dan kemewahan di tengah jalan bukan tujuan.
Beli kereta. Jawapan paling mudah tetapi paling susah untuk diterima: beli secara tunai.
Ya, sesederhana itu.
Dan ya, sesusah itu.
Realitinya, tak semua orang mampu beli kereta baharu berharga RM70,000 ke atas tanpa pinjaman.
Tetapi siapa kata kita wajib beli kereta baharu?
Kita cuma perlu kenderaan yang berfungsi untuk memenuhi keperluan hidup, bukan simbol status untuk dilihat berjaya.
Pasaran Malaysia penuh dengan kereta berharga bawah RM20,000 dari model lama yang masih kuat, hingga kereta kecil yang boleh dibeli dengan tunai hasil simpanan beberapa bulan.
Nak lebih berhati-hati, upahlah kawan atau pomen yang boleh dipercayai untuk periksa keadaan kereta sebelum beli. Dan kenal pasti bengkel yang jujur untuk urusan penyelenggaraan selepas itu. Mungkin boleh tanya @Pelabur_Bijak
dia ada bengkel.
Ia memang memerlukan sedikit usaha dan kesabaran tapi begitulah sifat jalan halal. Ramai orang enggan melalui jalan ini bukan kerana mereka tak mampu, tetapi kerana mereka malas berfikir dan lebih selesa memilih “jalan mudah” yang sudah biasa.
Mereka kata,
“Kalau beli kereta lama pening kepala kalau rosak.”
Lalu mereka memilih untuk membeli kereta baharu melalui pinjaman bank “Islamik” yang penuh dengan akad batil dan manipulasi istilah semata-mata untuk merasa "tenang."
Padahal ketenangan itu bukan kerana bebas daripada masalah, tapi kerana sudah terbiasa hidup dalam riba’ yang disyariahkan.
Isu rumah lebih besar, kerana nilainya lebih tinggi. Namun prinsipnya sama: jika mahu bebas riba’, beli secara tunai.
Kedengaran mustahil? Mungkin, tapi bukan tidak boleh.
Majoriti orang tidak mampu membeli rumah tunai dalam masa singkat. Maka solusinya bukan dengan berpaling kepada riba’, tetapi dengan kembali kepada gaya hidup yang lebih ringan, menyewa.
Menyewa sering dilihat sebagai kegagalan dalam paradigma moden, tetapi sebenarnya ia lebih dekat kepada hakikat seorang Muslim yang melihat dunia sebagai tempat persinggahan.
Jika terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah lain, anggaplah itu sebagai latihan mujahadah.
Bukan semua ketidakselesaan itu keburukan; kadang-kadang, ia adalah tarbiah Allah untuk mengajar kita jangan terlalu melekat pada dunia.
Dalam masa yang sama, kumpul sedikit demi sedikit. Bina simpanan untuk beli tanah dan rumah kecil di atasnya dengan tunai, walaupun ambil masa bertahun-tahun. Biar lambat, asalkan berkat. Kalau tak tercapai benda ni sebelum mati pun takde hal, bukan kat sini rumah abadi.
Tidak dinafikan, hidup tanpa riba’ memang struggle. Ia menuntut kesabaran, perancangan, dan pengorbanan di saat majoriti manusia mengamalkannya.
Tetapi inilah realiti iman. Orang beriman tidak mencari kemudahan dunia dengan menukar redha Allah kepada kesenangan sementara.
Ramai memilih pinjaman riba’ atas alasan “semua orang pun buat.” Mereka mahu nampak “stabil” ada rumah, ada kereta, ada gaji bulanan tetap.
Namun mereka tidak sedar kestabilan itu dibina atas kebatilan. Sedikit sahaja krisis ekonomi atau kehilangan kerja, semuanya runtuh.
Sedangkan orang yang menolak riba’ mungkin kelihatan susah, tetapi dia hidup dengan dada yang lapang. Tiada hutang tersembunyi. Tiada kontrak syubhah.
Akhirnya, semuanya kembali kepada cara pandang (worldview). Kita boleh melihat dunia ini seperti orang kebanyakan, sebagai tempat untuk “membina kehidupan,” “naik taraf,” dan “mengejar keselesaan.”
Atau kita boleh melihatnya seperti yang Allah dan Rasul ajar tempat singgah untuk diuji sebelum kembali kepada tempat sebenar.
Jika kita melihat dunia sebagaimana pandangan yang Allah dan Rasul dah ajar, maka kita akan mula menilai sesuatu bukan berdasarkan kesenangan semata-mata, tetapi keredhaan.
Dan bila hati mula mencari redha, riba’ bukan lagi pilihan, walau seluruh dunia mengatakan ia normal.
Jalan hidup tanpa riba’ bukan jalan yang senang. Tapi ia jalan yang membawa ketenangan sebenar kerana ia seiring dengan fitrah dan perintah Allah.
Membeli kereta tunai, menyewa rumah, hidup sederhana semua itu mungkin nampak “mundur” di mata dunia moden. Tapi di sisi Allah, mungkin di situlah kemuliaan yang sebenar.
Pada skala yang lebih besar, boleh ke YouTube Ustaz Noor Derus, beliau ada kupas bagaimana sistem wakaf & real business boleh bantu Muslim dalam isu pemilikan rumah.
Haaa HADAM. Aku penat baca statement2 bodoh, pergaduhan2 yang tak masuk akal. Patutnya platform ni untuk kita bersatu bukan sibuk berhujah fikir pendapat sendiri je. Baran aku baran 🤯 Malas membaca? Ni aku tepek video terus dengoo korek telinga.
Aku ingatkn Bad Genius dh power, skali lg Thailand buat cerita sebenar ttg Startup Unicorn pertama di Thailand. Dari org kampung berjaya buat startup bernilai 1 Billion USD, idea dia dpt
tgk delivery sistem di China. Korang mmg tak senang duduk tgk film ni.
Mad Unicorn : 9.5/10
Setebal apa dosaku? Hingga ibadah ku terasa begitu hambar,
sekeras apa hatiku sehingga nasehat sulit tembus kedalam hatiku.
Duhai Yaa Rabb, hamba mohon
jangan jadikan hamba berpaling dari-Mu.
حفظه الله تعالى