🇵🇸 🤷♀️ Appliance Thieves
In #Jerusalem, an israeli squatter theif stole a Palestinian man’s refrigerator and hands him his milk on the way out the door.
Scum
No one should ever forget:
The partnership of Netanyahu 🇮🇱; Trump 🇺🇸 & Starmer 🇬🇧 did this
It’s apocalyptic
An evil, racist genocide
For the sake of humanity, all must be made to answer in The Hague
Free Palestine 🇵🇸
1. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan "orang-orang politik" yang cuba mempolitikkan isu kesihatan di Johor.
2. Kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Johor hanya tahu “menyeru” KKM dan segala usaha yang telah dilakukan sekadar “wayang” adalah satu fitnah dan perlu diperbetulkan.
3. Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang melibatkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor, apatah lagi mempolitikkan isu ini. Kekurangan doktor dan jururawat di Johor kini berada pada tahap kritikal dan saya menuntut apa yang dijanjikan oleh KKM sebelum ini.
4. Untuk pengetahuan Bangsa Johor, Kerajaan Negeri terpaksa menyeru dan menuntut janji yang telah dibuat oleh KKM melalui media dan media sosial kerana isu ini telah dibangkitkan secara baik sejak tahun 2023 lagi. Malah pada tahun lalu, pihak KKM telah menghadap DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk menyelesaikan isu perjawatan ini.
5. KKM telah bersetuju untuk mengisi segera kekosongan jawatan kritikal di HSA, HSI dan Hospital Kulai, selain menambah tenaga kerja di Hospital Pasir Gudang.
6. Malangnya sehingga kini, masalah perjawatan yang membelenggu sektor kesihatan di Johor masih belum diselesaikan. Sebab itu, saya terpaksa terus menyeru untuk menuntut agar janji yang telah dibuat oleh pihak KKM dikotakan.
7. Seperti yang semua sedia maklum, apabila sekolah kekurangan guru, Kerajaan Negeri akan merujuk kepada Kementerian Pendidikan. Apabila kekurangan pegawai imigresen, perkara itu dibawa kepada KDN dan Jabatan Imigresen. Begitu juga apabila hospital KKM kekurangan petugas kesihatan, sudah tentu perkara itu perlu dibawa kepada KKM.
8. Saya juga telah dimaklumkan bahawa pihak JPA telah turut memberikan mandat kepada KKM untuk mengurus dan mengagihkan perjawatan mengikut keperluan fasiliti kesihatan.
9. Sementara menunggu penyelesaian pihak KKM, Kerajaan Negeri tidak hanya menjadi pemerhati dan pendesak. Kita bantu apa yang termampu. Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan beban KKM secara keseluruhan. Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan ialah:
a. Membiayai penempatan doktor locum di hospital-hospital utama termasuk HSA dan HSI bagi membantu Jabatan Kecemasan mengurangkan tempoh menunggu serta beban petugas sedia ada.
b. Menubuhkan Southern Volunteers Healthcare.
c. Meningkatkan kebajikan petugas kesihatan dengan menaik taraf lebih 460 bilik pantri di fasiliti kesihatan seluruh Johor.
d. Menyediakan penghantaran ubat secara pos, selain memperluaskan kemudahan seperti Locker4U untuk mengurangkan keperluan pesakit hadir semata-mata bagi mendapatkan ubat susulan.
e. Menyediakan ambulans tambahan selain bantuan aset serta peralatan perubatan kepada hospital dan fasiliti kesihatan.
f. Melaksanakan Klinik Decanting, pemindahan perkhidmatan tertentu ke lokasi alternatif bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan sedia ada dan memberikan keselesaan kepada petugas dan rakyat.
g. Menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta termasuk KPJ Healthcare bagi membantu dari sudut kepakaran dan tenaga kerja.
10. Maka jelaslah Kerajaan Negeri Johor bukan sekadar “wayang” bila melibatkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor. Seperti yang saya katakan, kami hanya menuntut apa yang dijanjikan. Sebab itu kita bersuara dan menyeru pihak yang mempunyai kuasa supaya melaksanakan tanggungjawabnya.
Sekian, terima kasih
DATO’ ONN HAFIZ BIN GHAZI
Menteri Besar Johor
7 Ogos 2026
@Melissa_WongMT@RepNancyMace Every single Zionist holding public office in America is a trojan horse, and a threat to both national security and our republic