A year older, bigger responsibility.
Alhamdulillah , selesai upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) penggal 2024/2025 yang berlangsung pada 30/04/2024 di Dewan Bunga Tanjung , MBPJ.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri @AmirudinShari yang memberi kepercayaan buat diri saya untuk menggalas tugas ini. InshaAllah dengan penuh tawadduk , saya akan pikul dengan penuh amanah.
Terima kasih juga buat sokongan dan dokongan pimpinan utama Angkatan Muda Keadilan Malaysia saudara YB @AdamAdli , @kamilmunim , pimpinan KEADILAN Cabang Petaling Jaya Tuan @heeloysian ,YB @FahmiDoc , YB @cheanchung dan saudara @Bryanngyihmiin serta seluruh ahli jawatankuasa cabang.
Time to serve.
Nabil Halimi gesa jentera parti di Petaling Jaya untuk menamatkan perdebatan mengenai pemilihan calon pilihan raya dan mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada prestasi khidmat bakti di lapangan.
Amanah yang diberikan itu menunjukkan kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada komited dan kepemimpin Datuk Seri Amirudin.
https://t.co/IMsJH9ffVe
#sinarharian#beritaterkini
Pelaburan EV: Nilai Tambah, Bukan Sekadar Pasang & Simpan
1. Dalam dua hari ini, negara kita hangat dengan isu cadangan BYD untuk membuka kilang di Malaysia.
2. Perdebatan timbul apabila syarat yang ditetapkan oleh MITI dilihat agak ketat, khususnya kepada pemain EV import. Ada yang berpendapat kerajaan perlu melonggarkan syarat supaya lebih banyak kenderaan elektrik dapat masuk dengan harga lebih murah, sekali gus mempercepatkan peralihan daripada petrol kepada elektrik serta mengurangkan beban subsidi bahan api dalam suasana geopolitik global yang tidak menentu.
3. Pada saya, perdebatan ini sihat. Rakyat perlu menilai kerajaan melalui dasar dan polisi bukan terperangkap dalam sentimen perkauman yang sempit.
4. Namun, ada satu syarat penting yang perlu diberi perhatian iaitu proses pemasangan mesti merangkumi body shop, paint dan trim dalam negara. Ini bermakna Malaysia tidak lagi menerima model lama “pasang skru”, tetapi mewajibkan pembuatan sebenar berlaku di sini.
5. Saya melihat pendekatan ini sebagai langkah tepat untuk memastikan Malaysia tidak sekadar menjadi tempat simpan dan pasang produk siap, tetapi benar-benar menjadi pusat pengeluaran bernilai tinggi.
6. Malah, pendekatan sebegini bukan sesuatu yang asing. China sendiri mengenakan syarat ketat kepada Tesla termasuk penggunaan vendor tempatan secara meluas apabila syarikat itu ingin menembusi pasaran mereka.
7. Jelas bahawa Malaysia kini sedang beralih daripada model “screwdriver assembly” kepada “full manufacturing economy”.
8. Dalam masa yang sama, Malaysia kekal sebagai ekonomi pasaran bebas. Kita tidak menolak pelaburan asing, malah mengalu-alukannya. Namun, pelaburan yang masuk mestilah berkualiti tinggi yang membawa kepada nilai tambah, bukan sekadar mengambil kesempatan ke atas pasaran dan insentif cukai.
9. Dasar ini akan membuka ruang kepada pembangunan tenaga kerja mahir seperti jurutera, teknologis dan pakar industri, di samping mempercepatkan pemindahan teknologi ke dalam negara.
10. Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana tempatan akan mendapat limpahan manfaat apabila dilibatkan dalam rantaian bekalan komponen EV, sekali gus memperkukuh ekosistem industri domestik.
11. Dalam masa yang sama saya ingin mencadangkan agar MITI memberi perhatian serius dalam mewujudkan ekosistem yang benar-benar menyokong pemindahan teknologi (technology transfer).
12. Realitinya, banyak negara pernah menawarkan insentif dan peluang untuk pemindahan teknologi, namun kadar penerimaan dalam kalangan syarikat tempatan masih rendah.
13. Sebagai contoh, dalam sektor automotif dan elektrik & elektronik (E&E), pelbagai program vendor development dan kerjasama teknologi telah diperkenalkan sejak era Proton lagi. Namun, hanya sebahagian kecil vendor tempatan berjaya naik ke tahap design & engineering capability, manakala majoriti kekal sebagai pembekal peringkat rendah (low value-added).
14. Laporan industri oleh World Bank dan OECD pada 2020 menunjukkan Malaysia mempunyai peningkatan dalam R&D namun agak perlahan dalam pemindahan teknologi
15. Saya ingin tegaskan bahawa Malaysia bukan sekadar pasaran untuk diambil kesempatan. Jika pelabur benar-benar ingin bertapak di sini, mereka harus komited untuk membangunkan ekosistem tempatan, bukan hanya sekadar menjadikan Malaysia sebagai pusat simpanan dan pemasangan kos rendah.
Menghadapi Krisis Minyak Dunia: Langkah Malaysia dan Kepentingan Serantau
1. Apabila saya menyatakan bahawa krisis tenaga dan bekalan minyak akibat konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran adalah serius. ianya adalah realiti yang sedang menguji ketahanan dunia hari ini.
2. Di peringkat global, kita menyaksikan negara-negara mula kehilangan daya tahan tenaga sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah luar biasa seperti pengisytiharan darurat, catuan penggunaan minyak, malah ada stesen minyak yang terpaksa ditutup akibat kekurangan bekalan.
3. Di Filipina, kerajaan telah mengisytiharkan darurat apabila bekalan minyak negara itu berada pada tahap kritikal, dengan kebergantungan import hampir sepenuhnya dan simpanan yang semakin menyusut.
4. Di Thailand, kerajaan tidak lagi mampu mengekalkan kawalan harga diesel. Penggunaan minyak mula dicatu, manakala pihak berkuasa tenaga telah merancang kenaikan tarif elektrik bagi menampung lonjakan kos tenaga.
5. Di Australia, hampir 500 stesen minyak telah ditutup
6. Di Vietnam, negara itu hanya mempunyai sekitar 20 hari simpanan minyak dan bergantung sehingga 85% kepada import dari Timur Tengah. Usaha mendapatkan bekalan alternatif pula hanya mampu menampung beberapa hari sahaja, memaksa kerajaan menggalakkan kerja dari rumah bagi mengurangkan penggunaan bahan api.
7. Di Bangladesh, krisis lebih parah apabila negara itu sudah pun berdepan defisit gas sebelum konflik. Dengan 72% import LNG bergantung kepada Timur Tengah, gangguan bekalan kini memaksa kerajaan menutup universiti serta meletakkan depot minyak di bawah kawalan tentera.
8. Slovenia merupakan sebuah negara Kesatuan Eropah pertama melaksanakan langkah catuan bahan api
9. Alhamdulillah, di Malaysia kita masih mampu bertahan. Kerajaan masih mengekalkan subsidi RON95 pada harga RM1.99. Walaupun had penggunaan diperkenalkan pada 200 liter, ia masih melindungi majoriti besar rakyat. Bekalan barangan keperluan juga kekal stabil, dan negara belum sampai ke tahap catuan seperti yang berlaku di luar.
10. Namun, Kemampuan ini tidak akan berkekalan selama-lamanya. Ketahanan negara bergantung kepada sejauh mana krisis ini berlarutan dan bagaimana kita bersedia menghadapinya.
11. Kerajaan harus melaksanakan rangsangan ekonomi serta memperkenalkan polisi yang membantu rakyat menjimatkan penggunaan tenaga tanpa membebankan mereka.
12. Sejarah telah menunjukkan dunia pernah melalui krisis minyak seperti embargo 1973, Perang Teluk 1990, krisis kewangan 2008 dan konflik Rusia-Ukraine. Namun krisis hari ini berbeza akibat gangguan bekalan minyak pada skala yang jauh lebih besar, mencecah 10 tong sehari.
13. Krisis ini bukan hanya melibatkan Iran, tetapi turut memberi kesan kepada pusat tenaga dunia seperti UAE, Arab Saudi dan Qatar.
14. Justeru saya tekankan sekali lagi, kerajaan perlu menubuhkan satu pasukan khas komunikasi kecemasan bagi memberikan maklumat yang jelas, tepat dan berterusan kepada rakyat mengenai situasi sebenar yang sedang kita hadapi.
15. Rakyat juga perlu sedar, kita sedang berada di ambang bahaya. Kesiapsiagaan dan disiplin penggunaan adalah kunci untuk kita bertahan sebagai sebuah negara.
16. Malaysia harus mengambil peranan proaktif dalam ASEAN dengan menyelaraskan stok minyak, berkongsi bekalan kecemasan, dan menyelaraskan dasar supaya negara-negara serantau tidak bersaing, menunjukkan bahawa kewujudan bersama (coexistence) adalah kunci menangani krisis dalam dunia multipolar.
17. Sepertimana kejayaan Malaysia bangkit dan memulihkan ekonomi sebelum ini hasil usaha bersama kerajaan dan rakyat, krisis ini juga menuntut kesatuan, ketahanan dan semangat kebangsaan yang tinggi daripada kita semua.
18. Semoga Allah SWT melindungi dan memberkati negara kita, serta memelihara kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi ujian besar ini.
Saya melihat pengumuman YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menurunkan had Budi MADANI RON95 daripada 300L kepada 200L sebagai langkah tepat dan terkawal, tanpa memberi kejutan kepada majoriti rakyat memandangkan hampir 95% pengguna RON95 menggunakan kurang daripada 180 liter sebulan.
Langkah ini bukan sahaja membantu penjimatan subsidi, tetapi juga menggalakkan rakyat untuk lebih berjimat dalam penggunaan bahan api. Dalam masa yang sama, pelaksanaan had ke atas diesel, khususnya di Borneo, adalah langkah penting bagi mengekang ketirisan susulan kenaikan harga diesel.
Namun, dalam menghadapi krisis global yang semakin memuncak, kerajaan perlu segera melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi serta memperkukuh kesedaran rakyat bahawa cabaran yang bakal dihadapi adalah jauh lebih besar daripada jangkaan.
Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.
Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.
Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:
⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026
📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan
🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing
🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan
👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
KRISIS MINYAK GLOBAL MEMUNCAK, MALAYSIA HARUS AMBIL LANGKAH SEGERA DAN BERANI
1. Saya berpandangan bahawa konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran serta penutupan Selat Hormuz, bukan lagi krisis sementara tetapi satu krisis berpanjangan yang akan memberi kesan besar kepada ekonomi global dan negara kita.
2. Dunia kini berada dalam keadaan yang amat genting apabila harga minyak Brent melonjak tinggi dan gangguan rantaian bekalan global dijangka berlarutan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
3. Anggaran gangguan bekalan sehingga 10 juta tong sehari oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menunjukkan bahawa krisis ini berada pada skala luar biasa dan memberi tekanan langsung kepada kestabilan ekonomi dunia.
4. Dunia akan menghampiri garis merah akan krisis tenaga dan kesannya akan dirasai secara langsung oleh rakyat dalam bentuk kenaikan kos sara hidup.
5. Saya berpandangan bahawa krisis ini berpotensi menjadi lebih mencabar daripada apa yang pernah kita hadapi semasa pandemik Covid-19.
6. Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah keadaan rakyat yang masih belum benar-benar bersedia menghadapi realiti ini.
7. Berdasarkan pemerhatian saya, masyarakat masih leka dengan suasana perayaan, berbelanja tanpa kawalan, malah berlaku pembaziran termasuk pembelian mercun secara berlebihan.
8. Dalam saat dunia sedang berdepan krisis, sikap ini menunjukkan bahawa kita masih belum benar-benar sedar betapa besar cabaran yang sedang menghampiri.
9. Hakikatnya, cabaran terbesar hari ini bukan sahaja ekonomi akan tetapi kesiapsiagaan mental rakyat yang masih rendah.
10. Saya menghargai usaha Kerajaan MADANI dalam mengekalkan subsidi bersasar serta pendekatan diplomasi oleh YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim..
11. Namun,Subsidi hanyalah penampan sementara, bukan penyelesaian kepada krisis ekonomi berskala besar seperti yang sedang berlaku sekarang.
12. Justeru, Kerajaan perlu segera melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi sebagai usaha pengurusan ekonomi diwaktu krisis fokus untuk bantuan kos sara hidup rakyat, penstabilan rantaian bekalan dan logistik, sokongan kepada perniagaan khususnya PKS, perlindungan pekerjaan dan pendapatan, serta langkah penjimatan tenaga.
13. Kelewatan dalam melaksanakan pakej rangsangan ini hanya akan menyebabkan rakyat berhadapan dengan kejutan inflasi tanpa persediaan.
14. Dalam masa yang sama, Kerajaan perlu menubuhkan Pasukan Komunikasi Kecemasan Negara bagi memastikan rakyat diberi penerangan yang jelas, jujur dan konsisten tentang situasi sebenar.
15. Negara juga perlu melaksanakan langkah penjimatan tenaga secara tersusun termasuk pelaksanaan kerja dari rumah dan pengurangan kebergantungan kepada penggunaan bahan api.
16. Ini bukan masanya untuk kita leka atau berbelanja tanpa kawalan, tetapi masanya untuk kita bersedia, berjimat dan menyesuaikan diri dengan realiti ekonomi baharu.
17. Dalam saat getir ini, isu politik tidak sewajarnya menjadi keutamaan. Kini masanya untuk menyelamatkan negara dan masa depan rakyat Malaysia.
18. Ini bukan masa untuk pendekatan populis, tetapi masa untuk kepimpinan yang berani membuat keputusan yang mungkin sukar, tetapi perlu.
19. Sejarah akan menilai bukan siapa yang popular ketika krisis, tetapi siapa yang bertindak tegas demi kepentingan negara.
20. Jika kita gagal menyediakan langkah dan persiapan awal membantu ekonomi dan mental rakyat hari ini, kita akan berhadapan dengan krisis yang jauh lebih besar dalam masa terdekat.
21. Malaysia masih mempunyai ruang untuk bertindak, namun ruang itu semakin sempit dan menuntut tindakan segera, tegas dan berani.
RON97 and diesel (Peninsula) cross beyond RM5, retailing at RM5.15 and RM5.52 respectively.
Unsubsidised RON95 up 60 sen to RM3.87.
Subsidised fuel prices remain the same.
RON97 and diesel (Peninsula) cross beyond RM5, retailing at RM5.15 and RM5.52 respectively.
Unsubsidised RON95 up 60 sen to RM3.87.
Subsidised fuel prices remain the same.
08032026 | Moh Moreh AMK Melaka
Program Moreh bersama AMK Melaka. Turut hadir YB Adam Adli, Pengerusi KEADILAN Melaka; Saudara Nabil Halimi, Naib Ketua AMK Malaysia; dan Saudara Danish Hairudin, Ketua Penerangan AMK Malaysia.
Saya berada di Traders Hotel, Muar bagi menghadiri Program Bengkel Pemantapan Jentera Pilihan Raya KEADILAN Negeri Johor & Melaka 2026.
Bersama barisan pimpinan negeri Johor dan Melaka, saya menyampaikan beberapa pesanan penting serta berkongsi pandangan strategik dalam merangka gerak kerja yang lebih tersusun dan berfokus menjelang PRN yang bakal tiba. Persiapan rapi, keutuhan pasukan serta disiplin organisasi adalah kunci untuk memastikan jentera KEADILAN benar-benar bersedia menghadapi medan perjuangan yang mendatang.
Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang tidak pernah luntur, jentera ini akan terus diperkasa, lebih mantap dan yakin melangkah ke hadapan.
Reformasi! Reformasi! Reformasi!
#KEADILAN
Kita memandang serius mengenai dakwaan wujudnya usaha melibatkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara. Sekiranya benar, ia merupakan ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika terdapat watak pengkhianat dari dalam yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi. Perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara, dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa.
Lantaran itu, wajar kita mendesak agar pihak PDRM segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terlibat serta yang bersubahat tanpa mengira kedudukan. Kita tidak mahu lagi perkara sebegini dilihat sebagai helah politik. Rakyat berhak mengetahui kebenaran, dan negara tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang sanggup memperdagang kedaulatan serta maruah negara demi apa saja kepentingan yang merosakkan.
Alhamdulillah , selesai upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) penggal 2026/2027 yang berlangsung pada 9 Januari 2026 di Dewan Bunga Tanjung , MBPJ.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri @AmirudinShari yang memberi kepercayaan buat diri saya untuk menggalas tugas ini untuk penggal kedua.
Terima kasih juga buat sokongan dan dokongan pimpinan utama Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya serta barisan kepimpinan KEADILAN Petaling Jaya.
InshaAllah, saya akan pikul amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.