Malam tadi saya telah mengadakan pertemuan secara maya bersama sahabat saya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Saya turut ditemani Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.
Sebelum kami memulakan perbincangan, Presiden Erdogan sempat mendoakan kejayaan gabungan perpaduan dalam Pilihan Raya di 6 Negeri di Malaysia.
Saya turut menyampaikan salam Azizah serta keluarga kepada Amina dan keluarga dan keinginan untuk bersua muka dalam kesempatan terdekat.
Dalam sesi ini, Presiden Erdogan memberikan komitmen jelas bahawa beliau akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memenuhi undangan saya untuk memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Saya dan Presiden Erdogan turut bersetuju untuk bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan.
Kami berdua turut berbincang terkait kerjasama pelaburan antara Malaysia-Turkiye.
Saya turut mengulangi komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak £200 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
Untuk itu, Batik Air telah terpilih sebagai operator untuk laluan KUL-ISG. Dijangka penerbangan Batik Air akan bermula pada Oktober 2023.
Kami turut berbincang terkait kerjasama pertahanan di mana Agensi Industri Pertahanan Turkiye (SSB) telah menghantar delegasi yang besar untuk menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.
Saya berasa kagum dengan kemajuan teknologi pertahanan Turkiye dan yakin Malaysia bakal mendapat manfaat besar hasil kerjasama erat antara Malaysia - Turkiye. Sayugia saya bersetuju secara prinsip untuk memuktamadkan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada masa yang terdekat.
Untuk rekod, jumlah perdagangan dengan Turkiye pada tahun 2022 berjumlah AS$4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6%). Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion kerana Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.
Saya juga menyatakan pendirian tegas Kerajaan Perpaduan yang menolak sebarang unsur keganasan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam keganasan di negara ini.
Saya juga menggunakan kesempatan ini untuk maklumkan kepada Presiden Erdogan terkait usaha Malaysia menentang Islamophobia (permusuhan dan benci ke atas islam) iaitu tindakan membakar Al-Quran di Sweden. Saya mengecam sekerasnya tindakan tersebut yang berlindung di sebalik hak kebebasan bersuara yang diagungkan oleh Barat.
Lantaran itu Malaysia menzahirkan komitmen untuk menyumbang satu juta naskhah Al-Quran di seluruh dunia termasuk 15,000 naskhah dengan terjemahan dalam bahasa Sweden sebagai salah satu usaha untuk menangani kedangkalan pemahaman Barat terhadap Islam.
Dan akhir sekali, saya turut sampaikan salam anak-anak pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang saya temui petang semalam dalam program Temu Anwar kepada Presiden Erdogan.
#MalaysiaMADANI
Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.
@CondorHero6 Woiii duit yg disonglap dalam jana wibawa duit pembayar cukai knaap ko diam hanat.. tol Percuma utk rakyat ko sibuk apa..AKU bayar cukai utk rakyat madani..ko menyalak lah pergi minta balik duit gaji buta menteri PN beval dulu telan
@PisauKarat@joharighani Jo ni kalau sembang mmg A…tp kalau segi pelaksanaan dia gagal…dia timb menteri kewangan zaman najib pun gagal mengawal kewangan negara…
𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗨𝗻𝗱𝗶, 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗚𝗮𝗱𝗮𝗶 𝗠𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
Apabila berhadapan dengan kuasa-kuasa besar, bahasa diplomatik adalah amat penting untuk memastikan hubungan harmoni dikekalkan.
FAKTA VS AUTA
Sanusi mendakwa ada gerakan cuba menyingkir beliau dari Majlis Kewangan Negara, iaitu satu majlis yang keanggotaannya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apa kata Perlembagaan Persekutuan? Perkara 108 kata keanggotaan Majlis Kewangan Negara adalah PM dan “seorang wakil dari setiap Negeri yang dilantik oleh Raja atau YdP Negeri”
Oleh itu, tiada sesiapa melainkan Sultan Kedah seorang yang berkuasa melantik wakil Kedah.
*Adakah Sanusi mendakwa sesuatu yang tidak baik terhadap Sultan Kedah sendiri?*
Hari ini kita mengenang peristiwa agung Israk dan Mikraj baginda Nabi SAW. Suatu permusafiran ruhaniyyah yang dihadiahi Allah SWT kepada kekasihNya tatkala sedang diuji berat dengan pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.