Nak buktikan apa tu tebuk hafazan kat concertlah?
Orang suka hiburan pun boleh hafaz quran?
atau
Hafiz/ah pun boleh berhibur dan berlagha?
atau
โdonโt judge a book by itโs coverโ?
Ini rupa tandas di Arafah. Takde Flush. Tempat kita pijak tu plastik je. Hampir semua tandas kena squat.
Kalau tandas bangunan baru 2 tingkat, dalam 30 pintu, ada 5 je kot tandas duduk. Korang kena berlatih squat dari rumah. Lelagi yang badan besar.
Satu benda kena hati-hati kat tandas di Arafah ni, banyak smartphone jatuh dalam lubang tandas. Memang takkan dapat ambil.
Sebab kawan tu nak jaga kain ihram (tiada tempat sangkut). Kena sangkut kat pintu tandas. Pastu nak pegang phone, nak kena squat lagi, pastu kaki tiba-tiba cramp.
Memang disaster. Phone jatuh kat lantai, kemudian menggelongsor masuk ke lubang tandas.
Jadi, tak payah bawa smartphone ke tandas lebih selamat.
Lagi satu, airnya panas-suam. Lagi panas dari air suam order kat mamak. Better cuba kat tangan dulu. Sebab kat luar suhu cecah 48-50ยบC. Ramai orang menjerit dalam tandas, agaknya mereka main pancut je air kat situ.
Kawan-kawan gelakkan je kat luar.
Doa banyak-banyak agar ujian tandas ni tak jadi penghalang ibadah haji kita nanti.
Begitulah cerita tandas di Arafah.
Kenapa Timor Leste Masih Bukan Anggota ASEAN?
โTimor Leste tu negara Asia Tenggara kan? Tapi kenapa tak masuk ASEAN lagi?โ
Soalan ni nampak remeh, tapi bila kena depan-depan masa borak politik kedai mamak, terus terdiam nak jawab. Sebab memang betul.
Hari ini pada 2015
Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 hakim :
1- Arifin Zakaria.
2- Abdul Hamid Embong
3- Md Raus Sharif
4- Suriyadi Halim Omar
5 -Ramly Ali.
"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi โ betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan โ dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian telah menghakimi saya โ dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini โ dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!"
@anwaribrahim
Rahsia besar tarif Trump
Hari ni sebenarnya satu dunia dah kena game dengan Trump. Bila Trump kenakan tarif pada Canada, Mexico dan China, ramai orang mula fokus pada tarif.
Korang perasan tak, sejak Trump ambil alih jadi Presiden US, dia tak pernah cakap pasal hutang kerajaan US? Kenapa, sebab dia tak nak orang fokus pada hutang, dia nak orang fokus pada tarif dan naratif yang dia cuba selamatkan ekonomi US.
Masalah sebenar ekonomi US sebenarnya terletak pada hutang kerajaan mereka. Sejak 1980an hutang kerajaan US naik dengan mendadak. Sekarang, hutang mereka sekitar USD 36 trillion.
Ada satu indicator ekonomi nak tengok samaada hutang sihat atau tak. Ia adalah debt to GDP ratio. Ia juga semakin buruk. Dah lepas 100%.
Mana-mana presiden US yang lepas gagal atasi masalah ni. Isunya, kalau US perlahankan perbelanjaan kerajaan sebab nak kawal hutang ekonomi mereka akan slowdown.
Tapi masalah hutang ni boleh diatasi dengan satu lagi cara, iaitu naikkan hasil kerajaan. Hasil kerajaan boleh naik dengan naikkan cukai.
Masalah bila cerita pasal cukai ialah rakyat tak suka. Ia adalah beban politik. Tapi macam mana nak kenakan rakyat cukai tapi mereka tak marah?
Jawabnya ialah dengan tarif. Dengan tarif, Trump boleh cipta naratif yang dia naikkan tarif sebab nak lindungi ekonomi US. Tapi semua orang tahu akhirnya tarif ni yang bayar ialah rakyat US sendiri.
Ramai orang cakap Trump tak tahu apa kesan tarif dan siapa sebenarnya yang akan kena bayar tarif ni sebab tu dia suka hati kenakan tarif. Ni adalah cerita dongeng semata.
Mustahil seorang Presiden, apatah lagi dia seorang usahawan tak tahu yang akhirnya rakyat US sendiri yang akan tanggung cukai ni.
Trump kena pastikan hasil kerajaan US naik lebih laju semasa pentadbirannya. Jika hasil ni naik, dia boleh terus berhutang dengan kos yang rendah sebab credit rating akan naik.
Trump akan naikkan perbelanjaan US untuk sokong ekonomi. Tapi hasil kena naik. Ini muslihat dia yang ramai tak nampak.
Ini juga sebab Trump awal-awal dah ingatkan BRICS jangan sekali-sekali cuba gantikan US Dollar. Sebab penggantian US Dollar ni akan merosakkan rancangan beliau nak naikkan perbelanjaan kerajaan. Sebab hutang kerajaan US tak boleh naik jika tak disokong oleh nilai USD yang tinggi dan stabil.
Salam sejahtera kepadamu Mohammed Al Deif, Panglima Tertinggi Briged Al Qassam
Berehatlah kamu di syurga yang abadi
Perjuanganmu sudah selesai
Terima kasih kerana memimpin Tentera Palestin mewakili Umat Islam mempertahankan maruah Masjid AL Aqsa
Akhirnya gugur setelah beberapa kali cuba dibunuh oleh Perisikan dan Tentera Israel
Ini ialah gambar pertamanya dikeluarkan Hamas sejak sekian lama