Bagaimana cara kita membina masa hadapan?
Kaedahnya dengan memberi peluang kepada muka lama kerana mereka berpengalaman, yang muda2 ni semua takda pengalaman...
Selamat Hari Ibu buat semua insan hebat yang bergelar ibu. Semoga seluruh ibu di Johor dan di seluruh tanah air sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebahagiaan dalam menjalankan amanah besar membentuk generasi masa depan.
Tidak dilupakan buat ibu yang saya rindui setiap hari, Almarhumah Roquaiya Hanim Hussein. Semoga roh bonda yang dikasihi sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT.
Terima kasih juga buat isteri saya yang tabah dan penyayang, ibu kepada anak-anak kami. Segala pengorbanan, kesabaran dan ketegasan dalam mendidik serta membesarkan anak-anak amat saya hargai. Tidak dilupakan juga ibu mertua saya, yang sentiasa hadir dengan nasihat, kasih sayang dan ketenangan dalam keluarga kami.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor q
Syukur Alhamdulillah, Night Zoo Johor bakal dibuka kepada umum bermula 27 Mac ini, sekali gus membawa satu pengalaman baharu kepada Bangsa Johor dan para pelancong untuk menikmati keindahan zoo pada waktu malam, lengkap dengan lebih 35 spesies baharu yang menarik.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, agar Zoo Johor dinaik taraf kepada konsep Night Zoo sebagai salah satu mercu tanda pelancongan utama negeri ini.
Dengan peruntukan sebanyak RM8.73 juta, pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan melibatkan sistem saliran, pembentungan, pencawang elektrik serta pencahayaan, bagi memastikan suasana yang lebih selesa, selamat dan menarik.
Night Zoo bakal beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, dengan kemasukan terakhir pada jam 10.00 malam. Harga tiket adalah seperti berikut:
1. RM10 bagi warganegara dewasa;
2. RM5 bagi warganegara kanak-kanak (5 tahun ke atas) dan wargaemas (60 tahun ke atas);
3. RM30 bagi pelancong asing; serta
4. Percuma bagi kanak-kanak (5 tahun ke bawah) dan pemegang kad OKU.
Antara tarikan utama adalah siri feeding show yang berlangsung sepanjang malam melibatkan haiwan nokturnal memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri gelagat semula jadi haiwan pada waktu paling aktif dalam suasana yang lebih dekat, interaktif dan berinformasi.
Kerajaan Negeri memberi penekanan serius terhadap aspek keselamatan dan kebersihan dengan penglibatan pengawal zoo, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA, rondaan berkala serta penempatan ambulans, selain pengurusan kebersihan yang dilaksanakan secara berjadual bagi menjamin keselesaan semua pengunjung.
Semoga inisiatif Night Zoo ini terus memberi manfaat kepada Bangsa Johor serta menjadi satu kebanggaan bersama. Diharapkan usaha ini mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara. Insya-Allah.
Allah Peliharakan SultanโจAllah Berkati JohorโจKepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #ZooJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Kepada Allah Kita Berserah
ูุง ุญูู ููุง ููุฉ ุฅูุง ุจุงููู
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, Program Semarak Subuh Johor terus menjadi medan untuk kita mengimarahkan rumah Allah SWT. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan umat Islam menunaikan solat berjemaah, tetapi turut menyemai kesedaran untuk memperbanyakkan ibadah serta memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Para jemaah telah bersama-sama mengimarahkan Masjid Kolam Ayer, Johor Bahru dengan menunaikan solat Subuh berjemaah dalam suasana penuh tenang dan kebersamaan. Program ini turut diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Dhiauddin bin Salimin dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor, yang memberi peringatan dan ilmu bermanfaat buat umat Islam.
Dalam tazkirah tersebut, dikongsikan pesanan Rasulullah SAW bahawa antara amalan yang membawa seseorang ke syurga ialah menyebarkan salam, memberi makan kepada yang memerlukan, menyambung silaturrahim serta menghidupkan malam dengan solat ketika orang lain sedang tidur. Amalan-amalan ini mencerminkan keindahan Islam tetapi menekankan keseimbangan antara hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam beribadah, memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghidupkan masjid sebagai pusat penyatuan ummah. Mudah-mudahan setiap langkah kecil yang kita lakukan ini menjadi asbab kepada keberkatan hidup dan membawa kita ke arah keredaan Allah SWT. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Ramadan2026 #RapatkanSaf
ูุง ุญูู ููุง ููุฉ ุฅูุง ุจุงููู
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah
Syukur Alhamdulillah, hari ini genap empat tahun saya diberi amanah untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas segala limpah perkenan serta kepercayaan yang telah diberikan sepanjang tempoh ini.
Menjunjung kasih juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas sokongan dan nasihat agar negeri ini diurus dengan amanah dan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Semestinya empat tahun ini bukan tempoh yang mudah. Namun sepanjang tempoh ini, Johor telah berjaya mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan dengan menarik pelaburan beratus bilion ringgit, serta memperkukuh kedudukan ekonomi negeri sehingga Johor kini semakin mendapat perhatian dari seluruh dunia.
Dalam usaha memperkukuh ekonomi, Kerajaan Negeri juga tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi membantu Bangsa Johor termasuk melalui Bantuan Kasih Johor, Jualan Kasih Johor, Perumahan Kasih Johor, bantuan pendidikan, kesihatan, pembangunan belia serta sokongan kepada para usahawan.
Namun, ingin saya tegaskan bahawa semua yang dicapai ini bukanlah hasil usaha saya semata-mata, tetapi lahir daripada kerja keras sebuah pasukan yang sentiasa berusaha siang dan malam demi memastikan Johor terus melangkah ke hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, barisan Ahli Dewan Negeri, para penjawat awam, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan, serta seluruh Bangsa Johor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang amat baik sepanjang tempoh ini.
Saya sedar dan insaf, empat tahun ini hanyalah sebahagian daripada perjalanan menuju Johor menuju negeri maju menjelang 2030. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab supaya setiap usaha yang kita lakukan hari ini dapat membina masa depan yang lebih baik untuk Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor