Saya mengakhiri kunjungan ke Negeri Sembilan malam tadi di Pusat Bandar Senawang untuk mendukung calon HARAPAN di DUN Paroi, saudara Shahir Mohd Shah, dan DUN Lenggeng, saudari Zarinna Abu Zarin.
HARAPAN memasuki pilihan raya ini dengan prestasi yang telah terbukti menerusi pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang bersih, amanah dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun. Pentadbiran HARAPAN telah berjaya merancakkan ekonomi negeri, menarik pelaburan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan, sementara sokongan kukuh Kerajaan Persekutuan terus mempergiat usaha menoktahkan kemiskinan tegar, menjaga kebajikan rakyat dan menangani tekanan kos sara hidup.
Justeru, saya menyeru rakyat Negeri Sembilan untuk mempertahankan pentadbiran yang amanah dan berintegriti dengan memberikan mandat kepada saudara Aminuddin dan pasukan HARAPAN untuk meneruskan kecemerlangan serta membawa Negeri Sembilan menuju kemakmuran yang berpanjangan, Insya-Allah.
🔺🚩
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANRakyat
#UndiHARAPAN
Pertemuan di Tokyo disambung di Putrajaya. 🇲🇾🇯🇵
Hari ini YAB Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Yasushi Kudo, Presiden The Genron NPO. Saya pernah bertemu beliau pada Mac lalu sempena Tokyo Conference dan pelancaran Asia Leaders Roundtable.
Pertemuan kali ini meneruskan perbincangan mengenai usaha memperkukuh Asia Leaders Roundtable sebagai wadah dialog strategik mengenai cabaran serantau dan global, di samping mempererat hubungan Malaysia-Jepun.
#TZA #MalaysiaJepun #GenronNPO #AsiaLeadersRoundtable #TokyoConference
LINGGI TERUS MAJU, BUKAN SEKADAR JANJI
Apa yang sedang dan bakal dinikmati rakyat Linggi?
✅ Jeti Pengkalan Kempas bernilai RM1 juta dijangka siap pada November 2025, memberi nafas baharu kepada ekonomi nelayan, pelancongan dan penduduk setempat.
✅ Dua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) telah diluluskan sejak 2023. Satu sedang dilaksanakan, manakala satu lagi telah disahkan di Dewan Rakyat bagi mengatasi masalah banjir yang membelenggu penduduk sekian lama.
✅ Projek Midport bernilai RM3.47 bilion bersama Port Dickson Free Zone merupakan pelaburan swasta yang mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan serta difasilitasi oleh Kerajaan Negeri. Apabila siap kelak, ia dijangka meletakkan Linggi sebagai hab ekonomi maritim baharu dan membuka ribuan peluang pekerjaan menjelang 2029.
Dalam masa yang sama, kerja-kerja menaik taraf bekalan air, jalan kampung dan estet serta kemudahan komuniti di Ladang Sengkang terus dipantau agar dapat disiapkan secepat mungkin.
Inilah bukti pembangunan bukan sekadar slogan. Asas telah dibina, pelaburan telah dibawa masuk dan kerja diteruskan supaya manfaatnya dirasai oleh seluruh rakyat Linggi, dari pekan, kampung nelayan hingga ke kawasan ladang.
Nismilan Elok Dah, Kekal TokMin.
#KekalHarapan
Nismilan elok dah
Puak² PEBANA sibuk kata melayu Islam terancam
Terancam ke mengancam?
Nismilan elok dah. Jangan kau nak Jalal Jalal kan
#KekalHarapan#KekalTokmin
Statesmenship.
PMX @anwaribrahim merupakan seorang tokoh yg benar2 berjiwa besar dan sayangi rakyat & negara.
Beliau sanggup lakukan apa saja demi negara kita yg tercinta.
Semoga Tuhan sentiasa memberkati beliau sekeluarga & segala urusan dipermudahkanNya.
Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.
Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.
Kepada Allah SWT kita berserah.
“...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Ma’idah: 2)
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Saya faham niat setiap calon adalah untuk menang. Tetapi, warga emas yang sedang terbaring uzur dan bertarung dengan kesakitan di atas katil bukanlah audiens untuk kita menjaja manifesto, menabur janji politik, apatah lagi meminta mereka mendoakan kemenangan parti kita. Waktu itu adalah waktu mereka paling rapuh, dan apa yang mereka perlukan hanyalah doa, ketenangan, dan sokongan moral, bukan bebanan kempen politik.
Di sinilah kita dapat melihat perbezaan nilai yang sangat jelas. Perhatikan bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra disapa Tok Min, menyantuni pesakit. Beliau melangkah masuk ke ruang ziarah itu bukan dengan 'baju politik', sebaliknya beliau hadir sebagai seorang manusia biasa yang penuh rasa empati. Tiada laungan kempen, tiada permintaan untuk dipangkah pada kertas undi. Yang ada hanyalah kata-kata semangat, permohonan maaf yang sangat merendah diri sebagai seorang pemimpin, dan doa yang ikhlas agar pesakit diberi kesembuhan.
Tok Min mengingatkan kita bahawa katil pesakit itu adalah cerminan masa depan kita semua. Kesantunan, keikhlasan, dan sifat tawaduk ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat di hadapan kamera; ia lahir dari hati nurani seorang pemimpin yang benar-benar menghormati rakyatnya.
Ketenangan dan jiwa besar Tok Min inilah yang sebenarnya menjadi paksi kepada kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan. Pemimpin yang tidak ego dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan amat mudah membina keserasian.
Nismilan Elok Dah, Kekal Tok Min
#KekalHarapan #NegeriSembilan
Ceramah Pakatan Harapan Temiang 💪🔥
Ayuh warga Negeri Sembilan, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN!
🔺🚩
#KekalHARAPAN#MemaknaiHARAPANrakyat#UndiHARAPAN
insya-Allah DUN Labu milik Pakatan Harapan.
Dato' Ahmad Faez
Calon yang mudah didekati rakyat dan rajin buat kerja.
Nismilan elok dah
#KekalHarapan#KekalTokmin@dsaminuddin
[MERAH PENUH DI PAROI]
PM @anwaribrahim turun ke Paroi disambut oleh ribua warga Paroi.
KEKAL HARAPAN, KEKAL TOK MIN!
Undi BN Dpt Hadi Awang.
55% org melayu akan mengundi HARAPAN sbg pelindung institusi adat & raja.
UMNO-PN Derhaka!
HARAPAN Pelindung Institusi Adat & Raja.
"Mana ada kerajaan berani isytihar tanah termahal di Kuala Lumpur sebagai Tanah Rizab Melayu? BN memerintah berpuluh tahun pun tak buat. Kita buat." - PM @anwaribrahim
Bukti lebih kuat dari kata-kata. Bukan sekadar retorik kosong, ini tindakan berani mempertahankan hak bumiputera di tengah pesatnya ibu kota.
#KekalHarapan #NegeriSembilan #anwaribrahim #pakatanharapan
Petang tadi saya turun ke Negeri Sembilan untuk bersama jentera dan calon Pakatan Harapan bagi DUN Ampangan, saudara Nazri Kassim. Kami singgah di Benteng Ampangan untuk bertemu santai bersama penduduk setempat, mendengar pandangan, isu dan keperluan pembangunan di kawasan ini.
Alhamdulillah, rata-rata penduduk menyambut baik usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun, khususnya dalam menangani masalah banjir yang sekian lama membelenggu masyarakat Ampangan.
Saudara Nazri membawa tekad untuk memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan dapat merancakkan ekonomi setempat dan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk, dengan dukungan kukuh Kerajaan Negeri dan Kerajaan MADANI.
Insya-Allah, dengan mandat rakyat, saudara Nazri akan meneruskan khidmat dan ikhtiar ini di Ampangan, sementara saudara Aminuddin terus mengemudi pasukan HARAPAN untuk memperhebat pembangunan, memelihara kebajikan rakyat dan meneruskan pentadbiran cemerlang di Negeri Sembilan.
🔺🚩
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN