8.30pm, Muar setia di Parlimen.
Menteri Kewangan 2 menjawab soalan saya.
1) “Adakah betul Tabung Haji rugi melabur duit pendeposit dalam syarikat kawalan Jho Low”
Jawapan: Bukan rugi kecil, tapi RUGI 100%.
Ratusan juta dilabur dalam syarikat Putra Perdana yang terbukti dikawal oleh Jho Low.
Berapa kerugian yang perlu ditanggung Tabung Haji?
~RM200juta!
2) “Apa nasib 14 Pelaburan Tabung Haji yang ditegur dalam RCI”
7 dari 14 Pelaburan Tabung Haji, rugi 100%.
Kerugian terkumpul berbilion ringgit. Kerana masalah integriti & pengurusan yang tidak cekap. Kesan Ahli Politik masuk campur dalam urusan pelaburan Tabung Haji.
……….
Bila saya dengar ni, tak tahu la nak marah atau menangis.
Saya desak Multi-Agency task force (SPRM/PDRM/LHDN/SC) ditubuhkan & siasat pendedahan ini sampai ke lubang cacing.
Ini bukan soal politik, tapi soal masa depan 10juta pendeposit Tabung Haji.
Contoh-contoh scene dari filem Hollywood:
1. Tampor imam masjid
2. Pukul orang dengan kayu golf.
3. Buat video minum air dalam kolam
4. Bagi Malaysia kena denda dengan FIFA dengan idea ‘pemain warisan’ lepastu lepas tangan.
5. Lahir dalam dulang emas, tapi acah faham kehidupan rakyat marhaen.
6. Ratusan kereta sports di garaj, tapi nak noktahkan miskin tegar.
7. Rasa diri Jack of All Trades dengan masuk campur urusan pentadbiran negeri dan persekutuan, bolasepak, politik, dan sebagainya, padahal tidak pernah dipilih rakyat.
Contoh ja.
Hollywood tak Hollywood, MP Muar dah jalankan tanggungjawab beliau terhadap rakyat dlm kawasan tanpa sesen peruntukan kerajaan.
Cara masing2 lah. Dia terpaksa berlakon dan jadi duta produk utk cari duit, sbb jadi ahli parlimen banyak bantuan kena hulur.
Lagi nampak Muar yg buat kerja dari yang cakap banyak tapi tin kosong